🌹🌹 *Sehari SATU Hadith* 🌹🌹
*HADITH KE 665*
عن جابِرٍ رضيَ اللَّه عنه قال :
كانَ رسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يُعَلِّمُنَا الاسْتِخَارَةَ في الأُمُور كُلِّهَا كالسُّورَةِ منَ القُرْآنِ ،
يَقُولُ : « إِذا هَمَّ أَحَدُكُمْ بالأمر ، فَليَركعْ رَكعتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفرِيضَةِ ثم ليقُلْ :
اللَّهُم إِني أَسْتَخِيرُكَ بعِلْمِكَ ، وأستقدِرُكَ بقُدْرِتك ، وأَسْأَلُكَ مِنْ فضْلِكَ العَظِيم ، فإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ ، وتعْلَمُ ولا أَعْلَمُ ، وَأَنتَ علاَّمُ الغُيُوبِ . اللَّهُمَّ إِنْ كنْتَ تعْلَمُ أَنَّ هذا الأمرَ خَيْرٌ لي في دِيني وَمَعَاشي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي »
أَوْ قالَ : « عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِله ، فاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي، ثمَّ بَارِكْ لي فِيهِ ، وَإِن كُنْتَ تعْلمُ أَنَّ هذَا الأَمْرَ شرٌّ لي في دِيني وَمَعاشي وَعَاقبةِ أَمَرِي »
أَو قال : « عَاجِل أَمري وآجِلهِ ، فاصْرِفهُ عَني ، وَاصْرفني عَنهُ، وَاقدُرْ لي الخَيْرَ حَيْثُ كانَ ، ثُمَّ رَضِّني بِهِ »
قال : « ويسمِّي حاجته »
( رواه البخاري )
*Dari Jabir R.A., berkata :*
" Rasulullah Sholallahu Alayhi Wasallam mengajarkan kepada kami cara melakukan shalat istikharah (yakni mohon pilihan kepada Allah, mana yang terbaik antara dua perkara atau beberapa perkara) dalam segala macam urusan, sebagaimana Baginda Sholallahu Alayhi Wasallam mengajarkan surat dari al-Quran.
Rasulullah Sholallahu Alayhi Wasallam bersabda :
*"Jikalau seseorang dari engkau semua berkehendak pada sesuatu perkara, maka hendaklah bersembahyang dua rakaat yang tidak termasuk shalat fardhu, kemudian ucapkanlah :*
_*"Ya Allah, saya mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu dan saya mohon ditakdirkan (untuk mendapatkan yang terbaik antara dua atau beberapa perkara) dengan kekuasaanMu, juga saya mohon kepadaMu akan keutamaanMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Kuasa sedang saya tidak kuasa apa-apa, juga Engkau adalah Maha Mengetahui sedang saya tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui segala sesuatu yang ghaib."*_
_*"Ya Allah, jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku - atau Baginda Sholallahu Alayhi Wasallam menyabdakan : baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah mendapatkannya padaku, selanjutnya berilah keberkahan padaku dalam urusan itu."*_
_*"Tetapi jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku - atau Baginda Sholallahu Alayhi Wasallam menyabdakan : baik untuk urusanku sekarang dan urusanku di kemudian hari, maka hindarkanlah itu dari diriku dan hindarkanlah aku daripadanya, lalu takdirkanlah mana-mana yang baik untukku di mana saja adanya kebaikan itu dan seterusnya berikanlah keredhaan padaku dengan melakukan yang baik tadi."*_
Baginda Sholallahu Alayhi Wasallam bersabda :
_*"Dan orang yang melakukan istikharah itu supaya menyebutkan apa yang menjadi hajat keperluannya."*_
(Riwayat Bukhari)
🍃MalaysiaCintaRasul🍃
🍂NusantaraCintaRasul🍂
🍃BruneiCintaRasul🍃
🍂SingapuraCintaRasul🍂
🍃ChampariaCintaRasul🍃
🍂TaiwanCintaRasul🍂
🍃HongKongCintaRasul🍃
🍂NewZelandCintaRasul🍂
🍃ThailandCintaRasul🍃
No comments:
Post a Comment