Sunday 31 March 2019

fb d

Kita sentiasa menutup aib kita dari diketahui orang, begitulah juga apabila kita melakukan ibadah , lakukan seperti kita sembunyikan aib kita dari di ketahui oleh orang lain.

fb d

Apabila hati kita sudah menjadi hitam.
Kita tahu syaitan itu musuh kita ,
Tetapi kita tetap mengikutinya.

fb d


Neraka itu tidak pernah memanggil kita untuk datang kepadanya. Tetapi kita sendiri mendatangi neraka dengan rela hati.
Syurga itu sentiasa menunggu kita dengan penuh kesetian, tetapi kita berusaha bersungguh sungguh meninggalkannya.

cun

Image may contain: 1 person

fb d

Ingat itu perkara baharu, agak agak itu perkara baharu, bayang bayangkan tuhan itu perkara baharu, wajah wajahkan tuhan itu perkara baharu, gambar gambarkan tuhan itu perkara baharu, akal itu perkara baharu, otak itu perkara baharu dan diri kita sendiri itu pun juga perkara baharu. Mana mungkin perkara baharu boleh ingat kepada tuhan.
Jika tuhan itu, boleh kita agak agak , boleh kita teka teka, kebimbangan ianya meleset dari jangkauan dan kebimbangan ianya lari jauh dari apa yang sebenar. Oleh itu , berhati hatilah dengan ingatan kita.

fb d

Ustaz dan tok guru dan yg beragama zaman sekarang yang glamour glamour tu boleh tak jujur atas ilmu. Mentah mentah menipu sedangkan kamu tahu kebenaran yang sebenar. Kamu sanggup menipu dengan mengatakan setiap makanan yang dimakan atau digemari oleh nabi itu menjadi sunnah. Sedangkan kamu tahu jumhur ulama menyatakan bahawa setiap makanan yang ada tersebut didalam hadis atau al quran bah kan segala minuman yang ada tersebut dalam hadis atau al quran itu termasuk dalam kalangan perbuatan harus sahaja (mubah) dan bukannya sunat atau wajib, ianya terserah pada individu mahu menurut atau tidak. Tetapi ramai ustaz dan tok guru menipu dengan mendefinasikan makanan sunnah bagi semua makanan yang berasal dari al quran dan hadis, sedangkan mereka tahu yang sebenarnya harus bukan sunat atau wajib. Untuk apa kamu semu sejak berzaman menipu orang awam dan membaca kitab yang penuh dengan hujah dhoif.
Sedangkan cendiakawan menyebutkan segala makanan yang membawa kebaikan dan maslahah kepada manusia sama ada yang disebutkan dalam al quran , dan hadis atau yang tidak disebutkan dalam kedua duanya , adalah harus bukan sunat atau wajib.
Kita bertungku lumus mencari susu kambing untuk diberikan kepada bayi, sedangkan rasullillah sewaktu kecil diberikan susu ibu (halimatul sa'adiah) sunnah mana pula yang kita ikuti?.
Orang kita pulak sehari baru pergi belajar tanpa rujuk kembali kitab dah rasa alim dah habis wall fb dgn IG duk post dan anggap apa yang ustaz tu sampaikan seratus peratus betul seolah olah ustaz dan tok guru tu maksum tak ada salah. Kalau dah baqhal tu bhaqal la jugak. Dan kerana kebodohan masyarakat tak nak rujuk kitab maka dengan mudah tetipu dan percaya bulat bulat. Sedarlah setiap makanan dan minuman yang ada tersebut dalam al quran atau hadis harus hukumnya bukan sunat atau wajib dan bukan sunnah.

Thursday 28 March 2019

fb d



Kisah nabi yunus ditelan ikan itu sebenarnya simbolik dunia dan manusia. Ikan nun itu ibarat dunia , yang mana dunia akan menelan sesiapa sahaja yang lalai dan yang gilakan dunia. Setiap manusia yang lalai dan putus asa terhadap akhirat, sudah pasti akan ditelan oleh dunia dan menjadi tahid. Nabi yunus hampir menjadi tahid ikan nun, tetapi dia tersedar dan cepat cepat bertaubat yakni kembali kepada tuhan, maka ikan nun memutahkan kembali nabi yunus. Begitulah kita jika kita sedar dan cepat cepat kembali kepada tuhan , maka dunia memuntahkan kita , dan diri kita selamat dari menjadi tahid dunia. Selamatkanlah dirimu dari menjadi tahid dunia, jangan biarkan dirimu ditelan oleh dunia.

fb d



Tuhan menjadikan alam ghaib , alam nyata, alam kecil, alam besar, alam darat, alam lautan, alam atas , alam bawah dan macam macam alam yang ada. Tujuannya adalah supaya kenal dia, supaya manusia mengkaji alam ini untuk dijadikan ilmu sebagai penduan untuk , supaya kita kenal akan dirinya. Bukan untuk kita terhenti pada alam itu atau untuk kita sekadar kenal alam itu. Sedangkan alam ini ibarat alamat untuk menuju kepadanya sahaja semata mata itu sahaja. Tetapi ramai yang tersasar jauh dan terhenti pada alam , dan menjadikan alam itu tuhan dan tertaksub dengan alam.

ke cium

Image may contain: 1 person, text

hadis

Ali bertanya lagi kepada Rasulillah
Ya Rasulillah "Jika seseorang itu menyembah Nama maka apakah hukuman bagi orang tersebut.
Rasulillah menjawab "Jika ianya menyembah Nama tiada dengan Ilmunya maka sesat semata mata hukumnya orang tersebut...

fb

solat itu maksutnya membuat kebaikan. Solat lah kamu apa bila terbitnya fajar sehingga tengelamnya fajar. Maksudnya sebenarnya berbuat baiklah kamu apa bila kamu bangkit dari tidur sehingga lah diwaktu kamu hendak tidur semula di waktu malam. Itu lah yg dikatakan solat daim. Solat 24 jam.

2 6 tu nang

https://www.pesonapengantin.my/percaya-atau-tak-dalam-sedar-tak-sedar-kita-sebenarnya-dah-jadi-tunangan-orang/?fbclid=IwAR1NRFH3Juvc3V1LP4lxreS6udF_CnjgajxuR-EWov7PMujAUtuXi3BVCIY

fb d


Memandangkan tuhan belum kita kenal, kita tidak boleh mengaku yang kita itu ingat kepada tuhan. Kita sebagai makhluk manusia, hanya boleh ingat kepada yang kita kenal , tidak mungkin kita boleh ingat kepada yang belum kita kenal ?. Mungkin apa yang kita ingat ingatkan itu, sebenarnya bukan tuhan . Mungkin hanya sangkaan kita sahaja, tetapi sebenarnya bukan tuhan . Cuba kamu bayangkan , bagaimana mungkin kita boleh ingat kepada tuhan , sedangkan tuhan yang hendak kita ingat itu, belum kita kenal?. 
Bagaimana untuk ingat kepada tuhan , sedangkan tuhan itu, bersalahan dengan apa yang kita agak, bersalahan atau berlainan dari apa yang kita sangka.

fb d


Yang kita sangka itu bukan tuhan, yang kita agak itu , bukan tuhan, yang kita kenang itu , bukan tuhan, yang kita bayang bayangkan itu, bukan tuhan dan apa yang kita ingat ingatkan itupun juga bukan tuhan. Tuhan itu, bersifat dengan sifat yang bersalahan daripada sifat yang baharu.
Ingat itu perkara baharu , agak agak itu perkara baharu , bayang bayangkan tuhan itu perkara baharu, wajah wajahkan tuhan itu perkara baharu, gambar gambarkan tuhan itu perkara baharu , akal itu perkara baharu, otak itu perkara baharu dan diri kita sendiri itupun juga perkara baharu . Mana mungkin perkara baharu boleh ingat kepada tuhan

Wednesday 27 March 2019

fb d

tuhan tidak sedikit pun mengambil faedah diatas puji pujian makhluknya . tuhan tidak terpengaruh dengan rasuah puji pujian dari umat dan makhluknya. Pujuk atau rayuan makhluk, tidak sedikitpun akan dapat mengubah ketetapan tulisan yang sudah siap tertulis.


tuhan tidak mengambil faedah dan tidak memberi apa apa kesempatan diatas perbuatan makhluknya . Kerajaan serta pemerintahan kekuasaan tuhan itu, sudah sedia besar!. tuhan tidak hairan dengan air mata makhluknya, kita tidak perlu merasuah tuhan dengan air mata, dengan memek muka yang sedih atau dengan suara yang merayu rayu untuk memuji tuhan

fb d



Amalan bodek membodek demi kepentingan peribadi sudah menjadi satu amalan budaya didalam masyarakat hari ini.
Sehinggalah membodek rasullillah supaya payung syurga diakhirat nanti. Ramai yang melakukan dosa dan maksiat kepada tuhan bersholawat kepada rasullillah dengan harapan dapat pertolongan diakhirat , sedangkan setiap hari buat dosa dan bermaksiat, tetapi bila tiba musim maulid berpusu pusu bodek rasullillah dengan sholawat , supaya rasullillah payung akhirat nanti. Inilah manusia celaka sampai rasullillah pun dia bodek .

fb d


Akal tidak pernah berjumpa tuhan, otak tidak pernah berjumpa tuhan, mata, telinga , mulut , tangan dan anggota kaki kita , tidak pernah berjumpa tuhan. Jika semuanya anggota tubuh badan kita tidak pernah berjumpa tuhan , mana mungkin kita boleh mengenal tuhan dan ingat tuhan.

fb d



Setiap jawapan sudah ada pada diri yang bertanya. Kerana setiap pertanyaan yang ditanya oleh penanya sudah pasti jawapan setiap pertayaan itu sudah ada pada dirinya. Melainkan soalan yang ditanya oleh juhalak, kerana setiap soalan dari juhalak itu menandakan bahawa dirinya itu tiada pengetahuan diatas perkara tersebut.

fb d

Bila K. K. M buat serbuan dan merampas produck yang tak ada kelulusan KKM dan mengeluarkan saman . Maka ramai pengeluar produck yang bising konon kita penat lelah cari rezeki halal KKM senang senang saman ambil duit. Itulah kata kata pengeluar produck yang tak ada iman. Wahai pengeluar produck nak tanya kalau ada penguna produck awak mati kerana makan produck awak , awak boleh ganti ke nyawa tu, awak ingat nyawa ada jual kat kedai ke. Dan kalau ada kesan sanmpingan yang memudharatkan awak boleh ganti jadi seperti sediakala ke. Awak tahu tak menjual sesuatu produck yang tak ada kesahihan selamat dimakan atau digunakan itu dikira menipu, jika awak jual produck dalam menipu penguna hukumnya salah. Jangan fikir nak untung jual produck je , fikirlah nyawa dan keselamatan orang yang membeli produck awak tu. Tu nasib KKM yang saman , kalau penguna yang saman kerana ada masalah kerana guna peroduck awak lagi teruk kena saman. Dan sesetengah pengeluar produck dia sendiri tak makan produck dia sendiri tu lagi la penipu besar. So nasihat saya kepada pengeluar produck yang beragama  tolong jujur dan ada kelulusan KKM biar penguna pun selamat rezeki awak pun berkat , jangan kerana nak untung rela rezeki tu jadi bahan api neraka diakhirat kelak. KATAKAN TIDAK UNTUK PRODUK YANG TAK ADA KELULUSAN KKM.

fb d

Bagaimanakah caranya untuk kita menyatakan tuhan?. Bagaimanakah untuk mengatakan yang tuhan itu tuhan?. Bolehkah apa yang kita bayang bayangkan itu, disifatkan sebagai tuhan?. Sedangkan tuhan itu bukan sebagaimana apa yang kita bayang bayangkan . Apakah yang kita sangka sangkakan tuhan itu, adalah tuhan?. Apakah yang kita ingat itu , adalah tuhan?

Monday 25 March 2019

Hakikat Diri/Roh/Tiflul Maani dan "Kelahiran Ke Dua

*Hakikat Diri/Roh/Tiflul Maani dan "Kelahiran Ke Dua" *
Bersabda Nabi Isa (a.s) :
"Manusia tidak akan boleh masuk ke alam ghaib(malakutnya) langit, kecuali telah dilahirkan dua kali seperti burung." (Kitab Sirrul Asrar Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)
Burung dilahirkan dua kali, pertama keluar telur dari ibunya, kedua menetas ia dari telurnya. Beberapa aliran dari agama lain seperti Buddha atau Hindu mempercayai kelahiran kedua yang dinamakan "inkarnasi". Fahaman ini amat tua dan hanya berdasarkan lingkungan alam dunia yang sempit.
Fahaman inilah yang dinyatakan oleh tuhan dalam kitab surah At-Jathiyah ayat 24-26 :
"Mereka berkata kehidupan ini tidak ada selain kehidupan kita didunia ini sahaja, disinilah kita mati dan disinilah kita hidup. Tidak ada yang merosakkan kita ini kecuali masa. Tetapi sebenarnya mereka tiadalah pengetahuan tentang yang ghaib melainkan hanyalah sangka-sangkaan sahaja. Apabila dibacakan kepada mereka keterangan-keterangan kami yang jelas, mereka tiada bantahan kecuali mereka hanya berkata, 'Datangkan kehidupan kembali bapa-bapa kita, jika apa yang kamu katakan itu benar.' Katakanlah tuhan itulah yang menghidupkan kamu semua, kemudian mematikan kamu semua pula, akhirnya kamu semua dikumpulkan pada hari akhirat dan hari kiam/kiamat/tertegak di akhir zaman. Hal ini tidak perlu diragukan lagi tetapi ramai manusia memang tidak mengetahuinya."
Dalam Islam ia dipanggil tanasukh. Ada juga aliran dari Syiah yang menerimanya sebagai pegangan. Namun mereka percaya berlakunya tanasukh hanya pada Imam-Imam Duabelas sahaja, bukan pada semua manusia.
Kepercayaan perpindahan ruh ke dalam badan manusia yang lain atau dalam badan haiwan mengikut amalan mereka di dunia dahulu adalah menyalahi sifat ruh sendiri. Ini disebabkan Qalbi mereka tidak tersingkap untuk melihat ruh di alam Jabarut dan alam Lahut walaupun mereka melakukan meditasi berpuluh-puluh tahun. Dunia ini amat kecil sahaja jika dibandingkan dengan beberapa alam yang terdinding dari pandangan manusia. Namun iblis dan syaitan amat bijak dalam menyesatkan manusia.
Kadangkala jin yang bersama tuannya dahulu ketika hidup menyusup masuk ke dalam badan manusia seperti kanak-kanak untuk membuktikan bahawa ruh hidup kembali dalam badan yang lain adalah benar. Ini juga yang berlaku pada kaum Nabi Musa (a.s) apabila bila manusia terpedaya oleh iblis dan syaitan menyusup ke dalam patung lembu dan berkata-kata sehingga ramai pengikut Nabi Musa percaya bahawa itu adalah jelmaan tuhan. Mereka melihat ia adalah nyata, sedangkan Tuhan yang disebut oleh Nabi Musa (a.s) tidak dapat dilihat.
Begitu juga tersesatnya kaum Quraisy dengan patung Latta dan Uzza, kerana kedua-dua patung tersebut boleh berbicara. Apabila Nabi  menyuruh Khalid al-Walid a.s menghancurkannya, Saidina Khalid melihat manusia dan jin berterbangan lari dari patung tersebut. Begitu juga apabila berlakunya patung menangis atau ruh simati hidup kembali. Segala itu adalah jelmaan syaitan atau jin kerana ruh yang telah keluar dari alam ini tidak kembali ke sini lagi. Ruh yang baik akan ke 'Illiyin dan ruh yang jahat akan ke Sijjin. Ia adalah alam ruh bukannya alam nyata.
Untuk melihat alam ruh yang tidak dipermainkan syaitan, manusia perlu menyingkap Qalbinya berdasarkan kaedah-kaedah yang diambil dari Nabi. Segala pintu/sempadan alam ghaib, alam rahsia terbuka ketika lahirnya Nabi. Mereka tidak dapat menembusinya melainkan dengan jalan petunjuk yg sebenar dgn ilmu keimanan yg sebenar. Nabi telah membukanya kembali pada malam Israk dan Mikraj, sesiapa yang mahu pergi ke alam ghaib/ langit perlu melalui sempadan/pintunya. Nabi adalah pemegang rahsia langit, rahsia alam ghaib, rahsia alam keTuhanan. Tiada ruh yang boleh terbang ke alam keTuhanan melainkan dengan izinnya, dengan mengikuti ajaran dan mencintainya.
Kerana itulah Saidina Umar al-Khattab menangis apabila melihat seorang rahib yang tekun bermeditasi di dalam lubang yang kecil sehingga Umar mengatakan : "Aku menangis kerana ketekunan kamu untuk mencapai Tuhan, sedangkan pintunya tidak engkau lalui iaitu jln petunjuk. Mereka tidak akan mencapainya melainkan dimainkan oleh khayalan dan syaitan.
Berlakunya pembukaan yang ghaib seperti melihat ruh, melihat Tuhan adalah sebenarnya masih di alam ini lagi. Para ahli sufi termasuk Syaikh Abdul Qadir al-Jailani juga mengalami peristiwa terbuka rahsia keTuhanan ketika khalwatnya, namun dengan rahmat tuhan ia selamat dari tipu dayanya. Dalam pembukaan ini, ramai para ahli sufi terkeliru sehingga menyangka mereka telah mencapainya. Ini kerana ia berlaku dalam bentuk yang begitu hebat dan tersilau segala rohani kala menatapnya. Ia datang dengan beberapa kalimat pengajaran, namun hakikatnya tersembunyi tipu daya yang halus.
Justeru itu manusia memerlukan Nabi yang memiliki kelebihan ruhnya yang berkemampuan melihat dan menerima wahyu. Nabi mengesahkan apa yang tersingkap pada Qalbi para sahabat adalah benar-benar Tuhan. Ilmu penyaksian yang haq atau tersingkap Qalbi secara haq terhadap alam keTuhanan ini diturunkan kepada beberapa orang sahabat. Sahabat mengajar pula kepada beberapa orang para tabi'i, para tabi'i mengajar pula kepada beberapa orang di kalangan tabi'i-tabi'i dan seterusnya sehingga sampai ilmu itu pada hari ini kepada orang yang tertentu pula. Justeru itu, pembukaan mereka yang tidak melalui jalan kenabian hanyalah sekitar di alam dunia ini dan alam mithal, iaitu alam ghaib yang masih tidak terkeluar daripada kongkongan alam jasad.
Manusia itu perlu dilahirkan kali kedua.iaitu jiwa keluar dari jasad. spt Bayi jasad lahir dari gabungan dua nutfah iaitu lelaki dan perempuan. Bayi maknawi lahir gabungan dari ilmu zahir dan batin. Amal zahir ialah ibadah syariat dan amal batin ialah ikhlas. Ruh Al-Qudsi yang datang dari alam Lahut telah dikandung dalam Qalbi manusia. Ia telah terkurung dalam kegelapan. Apabila manusia beramal soleh dan meninggalkan segala kejahatan, zikir/manfaat lisan berpindah kepada zikir/manfaat hati dan zikir/manfaat hati berpindah ke dalam lidah hati. Ketika itu Ruh Al-Qudsi akan lahir kembali dari Qalbinya dalam bentuk permulaan dan dinamakan Bayi Maknawi "Tiflul Maani".
Pada peringkat ini, jiwa seseorang itu cenderung melakukan kebaikan, amat menyesal apabila melakukan kejahatan. Inilah kebanyakan peringkat jiwa yang ada pada manusia yang bermujahadah terhadap sifat jahat dalam diri mereka walaupun dari pelbagai agama. Sebagaimana bayi jasad yang membesar dengan keperluan makanan, minuman dan penjagaan, begitu jugalah dengan bayi maknawi.
Seseorang itu janganlah hanya berpuashati dengan keadaan bayi maknawinya. Ia perlu dibesarkan sehingga melalui beberapa kelahiran kembali (peringkat) sehingga akhirnya ia kembali kepada asal keadaannya di alam Lahut. Mereka perlu memberi makanan, minuman dan didikan kepada bayi maknawi itu kerana ianya mengandungi pelbagai rahsia. Justeru itu, guru yang sebenar ada dalam diri manusia sendiri, ia adalah hakikat kehidupan, ia adalah pemegang ilmu rahsia alam ghaib.
Dengan penjagaan dan didikan yang betul, bayi maknawi ini akan melewati dari alam bayi kepada kanak-kanak (alam Malakut) kemudian berpindah ke alam remaja (alam Jabarut) dan dari remaja menjadi seorang dewasa yang matang (alam Lahut). Ketika itu Ruh Al-Qudsi telah sempurna kembali kepada hakikatnya. Ia kembali makrifat/kenal pada tuhan dengan pandangan yang haq. Ia tidak lagi menjadi tua dan tiada mati.
Pernah satu ketika Rasullillah bersabda pada seorang wanita tua "Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga", wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda , kemudian Rasulillah bersabda lagi "Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka".
Hakikat Diri dan "Kelahiran Semula" - 2/2
Seorang Muslim mencari rahsia dirinya di alam ruh sedangkan "inkarnasi" mencari siapa dirinya pada kehidupannya pada kelahiran yang lalu. Kehidupan semula di alam ini menyebabkan ruh akan terus terkongkong dan tidak meningkat atau maju. Mereka bermujahadah di alam dunia yang penuh ujian dan fitnah sehingga mereka mati, kemudian ruh dikembalikan pula ke alam ini pada kelahiran yang lain. Ruhnya kembali pada proses pertama iaitu kembali kotor, gelap kemudian menghadapi pelbagai ujian hidup kembali. Alangkah menderitanya ruh kerana tiada erti kerehatan. Ruh tiada kemajuan, hanya hidup mengalami proses yang sama cuma badan yang berlainan dan ujian yang berlainan. Ini adalah penyiksaan pada ruh yang berkekalan.
Ruh adalah kehidupan; adanya rasanya, pandangan, pendengaran, ilmu, kudrat dan iradat. Ruh tidak memerlukan badan, ia sudah mempunyai badannya sendiri mengikut alam. Sarungnya lebih cantik pada setiap alam. Apabila berlakunya peningkatan kesucian ruh, tersingkap baginya beberapa ilmu dan pandangan. Pandangan terhadap perkara yang haq tidak akan hilang. Apabila ruh kembali ke alam Lahut, tersingkap padanya rahsia keTuhanan yang haq. Inilah yang disabda oleh Nabi : "Sesiapa yang masuk ke syurga tidak akan keluar lagi", bermakna ruh yang sudah masuk ke alam Lahut tidak akan kembali kepada kegelapan.
Amat salah bagi mereka yang berfahaman "inkarnasi" kerana percaya bahawa ruh akan kembali gelap dan hilang segala ilmunya apabila masuk kembali ke dalam tubuh yang baru. Perkara yang binasa itu adalah makhluk dan dari syaitan sedangkan Wajah tuhan itu kekal, ilmu itu terus terpancar pada cemin Qalbinya sehingga meleburkan segala kebatilan, syirik, mazmumah pada dirinya.
Firman tuhan :
"Katakanlah, apabila datangnya yang haq (kebenaran) maka akan hilanglah yang batil." (al-Israa' : 81)
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat." (al-Qiyaamah : 22-23)
Sesungguhnya manusia tidak boleh menyucikan dirinya,tuhanlah yang menyucikan dirinya dengan berlakunya beberapa tajalli pada cermin Qalbinya. Bukit Tursina hancur dan Nabi  Musa (a.s) pengsan ketika tuhan mentajallikan dirinya. Bukit Tursina dikiaskan kepada segala mazmumah dan pengsannya Nabi Musa dikiaskan berlakunya fana' iaitu keleburan seorang hamba dengan Tuhannya, bukannya hamba menjadi Tuhan. Ia umpama cahaya lampu yang hilang di dalam terang cahaya matahari. Cahaya lampu tetap wujud tetapi tiada kelihatan. Cahaya lampu akan kelihatan apabila cahaya matahari menghilang.
Kasyaf terhadap Tuhan ada tiga dan ia hampir sama. Pertama dari syaitan, ia menyesatkan dan menyebabkan manusia itu terkeliru. Justeru itu, seseorang pengembara rohani perlu mempunyai ilmu asas keTuhanan seperti wajib memahami sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi tuhan. Tanpa memahaminya ia akan terkeliru dan boleh tersesat.
Kedua kasyaf pada rohani. Ia kelihatan sama seperti saudara kembar yang tidak dapat dikenali dengan sepintas lalu, namun pembukaan itu tidak meleburkan sifat mazmumah dalam diri, malah kadangkala menjadikan manusia itu sombong sehingga menyangka mereka mencapai darjat yang tinggi. Ada yang meninggalkan syariat, ada yang meringankan ibadah, ada yang sudah mula merendahkan orang lain, ada yang mendakwa ilmunya yang haq dan orang lain belum sampai.
Ketiga ialah kasyaf Rahmani dimana berlakunya peleburan mazmumah. Mereka menjadi manusia baru seperti ular yang keluar dari kulitnya, diberi kulit (perangai) yang baru. Tiada padanya kesombongan dan dakwaan, malah mereka tenggelam dalam lautan dosa dan kehambaan. Mereka mencintai ibadah, amat cinta dan takut pada tuhan. Banyak menilik kelemahan diri dan menjauhi segala bentuk pujian. Jiwa mereka sentiasa dalam keadaan takut dan harap pada tuhan.
Tipu daya nafsu bagi permulan penuntut ialah perlawanan dengan nafsu kebaikan dan sentiasa jatuh maksiat zahir. Tipu daya nafsu bagi pertengahan penuntut ialah dorongan kepada ibadah dan kebaikan tetapi didalamnya terkandung tipu daya, seperti pengakuan menjadi Nabi, Wali dan sebagainya. Sedangkan pada daerah makrifat, tipu daya nafsu dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) berupa jenis cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan, bersatu dengan tuhan dan sebagainya yang melibatkan kesalahan akidah. Peringkat ini amat bahaya kerana mudah tergelincir akidahnya.
Seorang penuntut perlu mendalami Akidah dan keimanan dan mendapat bimbingan Guru yang mantap kefahaman akidah, syariat dan tasawufnya kerana tanpa asas ini amatlah bahaya. Bagaikan mendaki bukit yang tinggi dan curam, potensi untuk tergelincir amatlah mudah.
Firman tuhan
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya..." (a

fb

https://www.facebook.com/thekelatdaily/videos/2524399837589085/UzpfSTExNTA4NDM0MDUwMzM5NjU6MjIwNTU5NDk3Mjg5MjEzMQ/

Sunday 24 March 2019

kan kan

dlm se luar


fb d

Ramai acah acah lagak macam cendekiawan islam, setakat belajar kat universiti pun dah rasa alim semua. Sedangkan mereka hanya tahu memusuhi perkara yang dia tak tahu, perkara yang dia sendiri tak faham dan juga memusuhi pendapat yang tidak sependapat dengan dia. Bukan memusuhi perkara yang bathil, inilah yang berlaku dewasa ini .

fb d

Ustaz dan ulama sekarang lebih suka membuat fitnah dan momok pembohongan dalam ajaran islam. Menipu orang awam konon negara kita berpegang pada mazhab as syafie katanya, sedangkan mereka mengajar ideology yang tersimpang jauh dari fatwa as syafiee dan banyak mengajar ibadat adat budaya ciptaan tetapi claim konon ini fatwa imam as syafiee. Dan jugak konon tak boleh ikut mazhab lain kerana nanti jadi fitnah kerana orang awam tak faham. Memang jadi fitnah jika kamu tak perjelaskan , untuk apa kamu ada gelaran ulama atau ustaz kalau tahu satu mazhab sahaja tu pun bercampur aduk dengan ajaran budaya. Sepatutnya kalau kamu tu betul orang berilmu ajar orang awam biar faham empat fatwa mazhab , supaya tak ada lagi masyarakat yang buta tentang masalah khilaf , itulah tujuan orang yang berilmu, bukan membiarkan orang awam buta bab khilaf. Bila orang kata ulama ular dalam semak , ustaz jetak kamu nak marah , sendangkan kamu sama perangai dengan ahli kitab yahudi suka mensamar samarkan ajaran supaya kamu dapat keuntungan.

Saturday 23 March 2019

fb d

iman dulu baru islam keseluruhannya
Islam itu bermaksud  damai ajaranya, diturunkan untuk seluruh umat manusia tanpa sebarang batasan. Tidak mengira bangsa, pegangan , kepercayaan dan apa jua anutan seseorang atau satu kaum dan bangsa. Kerana islam itu bukan nama bagi manusia, bangsa, keturunan, kaum, negara atau khas untuk agama. Islam itu rahmat untuk seluruh alam. Tetapi dewasa ini islam itu terlebih subur dinegara yang cukup asing dengan islam dan islam semakin rosak dan merosok di negara yang sinonim dengan islam.

lu bang

Image may contain: 2 people

fb l


❤️MARI MENARI-39❤️
“Ayuh bangun kau Kota London! ‘MENARILAH!’ Hayun segera langkah mu!, tapi asal jangan Joget!, asal jangan Zapin, Dan jangan juga apa saja yang membawa jiwa dan akal ku kembali ke arah sana..”🙏🏽🙏🏽
‘Menarilah Kota London!, menarilah hayun rentak ikut suka rasa mu, Menarilah!, dan ingat!!, Asal saja jangan seperti atur gaya tari yang telah pernah ku tahu...’🙏🏽🙏🏽🙏🏽🙏🏽
‘Jangan bawa lagi aku ke situ! Lembut manis lenggoknya nyata tersirat racun amat berbisa. Aku telah hampir putus talian nyawa, parah jiwa diracun Kelembutan lenggok tariannya’🙏🏽
🙏🏽‘Enough is enough..” 🙏🏽✌🏽
Sekarang cuba berdiri aku sekali lagi didepan pintu tari menari Mu’.., ‘Kaku langkah ku, buntu akal ku, Namun aku tetap saja memerhati dan cuba untuk terus berlaku berani seolah tidak pernah langsung dilukai..’🙏🏽
Ku bangun pasrah juga hadapi segalanya, selepas satu timbul pula lagi satu, ‘ujian demi ujian, aku tegapkan dada, sediakan diri, jalani ku jalani, lagi dan lagi .., ‘Look on every exit as being an entrance somewhere else...’🙏🏽
Percaya! Ku tetap saja percaya! Walau telah teruk di lukakan! Yakin! Ku tetap saja terus Yakin!
🙏🏽‘Allah ada dimana saja aku berada, 🙏🏽❤️🌹
.
Ku pejamkan mata, nafas ku hirupkan, ku hembuskan semula, mata kembali ku bukakan, ku pandang ke depan ke kanan dan ke kiri..
‘Hey London!!! Aku masih memiliki Hati!! And i will always stay steady!’❤️.
‘Yes indeed! what will be, surely
will be, Aku yakin didalam Nurani, walau sekali pun selepas aku mati di tanam lalu sepi.., “still!!, I do really believe!, Good things are still going to happen to Me!”😉!, 😍😘🥰
‘Dan Aku sangatlah amat merasa Happy dihentian fahaman yang serupa ini..” ❤️🌹✌🏽

kecil besar

No photo description available.

fb k


Nabi bersolat dengan membacakan ayat-ayat Al Quran kepada kaumnya atau membacakannya semula kepada Allah?

Anda bagaimana?
Comments
Mohd Zul Abdul Kahar Johari Desperado

Ataupun diorang yg suruh Allah katakan pada orang kafir, ya aiyuhal kaffirun..


Sebab diorang sebut perkataan QUL, maka dioranglah yg perintahkan Tuhan supaya KATAKAN
Manage
Reply2d
Mdrose Aziz bodohnya md zul , berlajar lagi le!
Manage
Reply1d