Tuesday 30 June 2015

Tauhid pecahan


Tauhid 3 serangkai ialah

Tauhid uluhiah
Tauhid rububiah
Tauhid asma was sifat

DICIPTA oleh Ibnu Taimiyah yg BUKAN hidup di zaman salaf. Tapi sering mendakwa INILAH PEGANGAN SALAF.

Tujuan tauhid 3
1. Mengkafirkan org Islam
2. Mensyirikkan para sahabat dan ulama Islam
3. Membidaahkan amalan umat Islam yg sahih

KESANnya..
Menyebabkan umat Islam berpecah
Mengembangkan budaya mengkafirkan org lain
Sering menipu masyarakat dgn perkataan 'ini hadis sahih'
Menyebabkan masyarakat menjadi biadap dgn ulama
Mudah mengkafirkan dan bidaahkan sahabat Nabi, seperti Saidina Uthman, Bilal bin Harith al Muzani, Saidatina Aisyah, Abdullah bin Amr dll.

STRATEGI
Mereka perkenalkan secara perlahan lahan dlm kurikulum pengajian.
Tujuannya supaya muncul generasi yg 'selesa' dgn tauhid 3.
Kesannya adalah selepas 15 tahun, terhasillah generasi yg syirikkan dan.kafirkan org.

IMPLIKASI tauhid 3 :
Mengkafirkan >>> tuduh org sembah kubur, padahal org cuma ziarah >>> org kafir >>> halal darah >>> perlu dibunuh >>> lebih utama dibunuh berbanding Yahudi >>> tindakan fizikal >>> bom makam Nabi Nabi, org soleh >>> perang, dengki, ganas, keras, bakar manusia, sembelih, bom masjid, ISIS, semuanya dgn slogan bohong "KAMI AHLI TAUHID". Sebenarnya Tauhid 3. Bukan tauhid akidah Islam.

PUNCA berlaku
Penyebaran akidah Wahhabi/Salafi
Penyelewenga isi kandungan kitab muktabar
Meluluskan seminar di kalangan pembentang atas nama 'akademik'
Toleransi yg tidak bijak
Pelantikan Wahhabi ke jawatan pembuat keputusan
Tiada keseriusan utk melihat kesan dan implikasi jauh
Rakus habuan dunia, tamakkan kemasyhuran dan hanyut dengan nafsu

USAHA yg patut dibuat:
Penerangan berterusan
Jihad ilmu
Sabar dan berkorban utk agama
Cekal dgn fitnah
Kuat smngat atas label jahat yg diberikan oleh Wahhabi
Tabah utk hadapi ugutan bunuh oleh Wahhabi

MATLAMAT tertinggi :
Mempertahankan akidah para Nabi dan sahabat serta majoriti ulama Asyairah dan Maturidiyah
Syahid di jalan Allah
Mendapatkan redha Allah
Merasai nikmat kepayahan para Nabi menyebarkan akidah yg sahih.

HARAPAN
Semoga Malaysia dan rakyatnya, semuanya sedar lebih awal akan kesan langsung betapa tauhid 3 telah menyebabkan kesan buruk kpd kehidupan dunia (berbunuhan dan kehancuran) dan kesan buruk kpd kehidupan akhirat (akidahnya kufur dan tidak diterima Allah) sehingga semua amalannya tertolak.

PESANAN
Perjuangan ini akan ada sampai kiamat, kita hanya mata rantai yg menyambungkan kesinambungannya...

Amalan afdal


AMALAN TERBALIK 👎VS AMALAN TERBAIK👍
⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔⛔
👎 kita berebut penuhkan turn moreh setiap malam ramadhan,😭
👍 sedangkan pahala menjamu orang berbuka puasa yg lebih ganjarannya😊
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂
👎 kita beriya sedekah angpow di pagi Syawal😭
👍 sedangkan pahala sedekah yg berlipat ganda adalah di bulan ramadhan😊
🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻
👎 kita beriya meraikan anak2 yatim hanya sepanjang  bulan ramadhan😭
👍 sedangkan mengusap kepala anak yatim sudah mendapat pahala setiap masa dan ketika😊
🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀
👎 kita berpusu-pusu memenuhi saf-saf taraweh😭
👍 sedangkan pahala solat 5 waktu berjemaah adalah 27 kali ganda😊
🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵🌴🌵🌴
👎 kita melatih anak2 kita berpuasa ketika mencecah 7 tahun😭
👍 sedangkan yg disuruh Rasulullah s.a.w ialah melatih anak2 bersolat ketika umur 7 tahun..😊
👎 kita berpusu2 ke masjid pada 10 malam pertama ramadhan😭
💙💜💚💙💜💚💙💜💚💙💜💚💙💜💚
👍 sedangkan 10 malam terakhir adalah kemuncak ramadhan yg amat bermakna😊
🍂🍃🍂🍃🍂🌺🌴🌵🌴🍂🍂🍃🌺🍃🍂

Nampak..??? TERBALIK KAN AMALAN KITA..!!
JOM MUHASABAH...SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA...🌷🍀🌻🌺🍃🍂

Tasawuf


Tauhid itu ialah mengisbatkan perbuatan  Allah, Nama-Nama Allah, Sifat-Sifat Allah dan Kewujudan Zat Allah.

Zat Allah tetap Zat Allah dan zat makhluk tetap zat makhluk, Laisa kamistlihi syaiun.

Tuhan tetap Tuhan dan hamba Tetap hamba, tiada wujud yg lain setelah engkau fana daripada selain Allah.

Jangan kamu anggap kamu Zat Allah, adalah kekufuran!

Bezakanlah antara ahli wahdatul wujud yg mawahid dan ahli wahdatul wujud yg mulhid lagi zindik!


بسم الله الر حمن الر حيم
Dialah (Allah) yang dicintai para waliNya (hamba-hambaNya yang taat kepadaNya) dengan kecintaan yang tidak serupa (tidak ada bandingannya) dengan apapun (di dunia ini). Sebagaimana Dia tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya dalam sifat-sifat keagungan, keindahan, (kesempurnaan) makna dan perbuatan-perbuatanNya, maka kecintaan kepadaNya di hati hamba-hambaNya yang dipilihNya sesuai dengan itu semua, (yaitu) tidak sesuatupun dari bentuk-bentuk kecintaan yang menyamainya.


Semoga Allah merahmatimu kepada cahaya tauhidNya dan mendiami engkau didalam kota tauhidNya.

Katakanlah sesuatu yg dapat menghidupkan rohmu kepada Allah dan serahkanlah perkara-perkara ghaib yg engkau tidak mengetahui kepada Allah.

Jangan berebut-rebut pangkat kerohaniyah disisi Allah, kerana akan menjadi hijab kepada si-salik.

Jagalah tumpuan hatimu kepada Allah supaya tidak melalaikanmu daripada tujuan asalmu menuju makrifatullah yg sebenar dan menjadi seorang hamba Allah yg berjiwa tauhid.

Lupakanlah kekeramatan dan kemuliaan diri, usahakanlah hatimu supaya dapat hidup bersama Allah.

Lupakanlah selain Allah, pandanglah Allah dan jangan engkau pandang sesuatu selain Allah, tiada Tuhan selain Allah.

Mlm 1k


Jgnlah kita menjadi hamba kepada lailatul qodar..
Tetapi jadilah kita hamba hnya kepada Allah.
Mohonlah redho Allah dgn ikhlas dn tawaduk
 Bermakna perlulah kita istiqomah dr awal romdhan sehingga keakhirnya dn berhajat utk istiqomah berterusan..

ORG YG MENEGJAR LAILATULQODAR BELUM PASTI MENGGAPAI REDHO ALLAH.

TETAPI ORG YG MENGGAPAI REDHO-NYA, SUDAH PASTI AKN BERJUMPA LAILATULQODAR...

ikhlaskn diri..
Buang rasa selain ALLAH dalam diri..yg ada hanya Allah..

Monday 29 June 2015

Lawak solat


Berhati2 pada sapa yg suka aktiviti  masuk hutan di kepulauan Indonesia dan kini Di Rompin. Ranjer hutan tgh berjaga2 kot2 menular masuk ke hutan sempadan Kelantan dan peringatan buat diri ini yg kalau lupa..

Ade 1 jenis Cicak mcm dinosaur. Namenye kalau x silap "Komodo Dragon". Binatang yg berbahaya dan berbisa. Ia boleh berenang, lari 40km/jam dan juga suke memanjat dan merayap di sepohon kayu daunnya rimbun. Lebat bunganya serta buahnya. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya.

Web tamadun islam

http://panduanpercuma.info/pelbagai/792/kronologi-empayar-islam-dan-kegemilangannya/

Blog palestin

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-381873-p-5.html

Web palestin

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-381873-p-5.html

Pen datang


Ini fakta!
Hukuman menyeberangi sempadan
1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.
2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.
3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.
4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.
5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.
6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.
7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.
8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.
9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.
10) Jika anda  menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
- Mykad sementara atau
-Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
- Kad kredit
-bolej buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
-jadi tauke kedai runcit.
- jadi bos org tempatan
- beli rumah
- beli tanah free hold
- kahwin orang tempatan
Dll.
Copy paste dari group bangla.

Lawak puasa


Apakah hukum mencela di bulan ramadan?
Dan diantara hukum mencela ada dua iaitu yang
pertama bilamana mencela atau mengeji makhluk
ataupun rezeki adalah haram dan dilarang dalam islam,
Adapun yang kedua mencela dengan erti kata mencela
untuk kebaikan iaitu mencela pucuk ubi atau terung
untuk dicicah dengan budu adalah diharuskan karena
bertujuan utk melembutkan pucuk ubi yang dicela.
Selamat berbuka puasa.

Sunday 28 June 2015

Tasawuf zikir


Zikir Hasanah dan Darajah



Dari satu sudut, zikir terbahagi kepada dua bahagian iaitu zikir hasanah dan zikir darajah. Zikir hasanah ialah zikir yang dilakukan bertujuan mendapatkan ganjaran atau pahala di sisi Allah di akhirat nanti. Manakala zikir darajah pula ialah zikir yang dilakukan bertujuan membersihkan hati dan meningkatkan tahap kejernihannya, bukan semata-mata bagi mendapatkan pahala. Oleh itu perbezaan utama di antara zikir hasanah dan zikir darajah adalah terletak pada tujuan utama zikir itu dilakukan. Zikir hasanah bertujuan mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah di akhirat, dan zikir darajah pula bertujuan menyucikan rohani serta membuang berbagai hijabnya.


Shaykh `Abd al-Qadir `Isa menamakan zikir hasanah sebagai zikir umum dan zikir darajah sebagai zikir khusus. Menurut beliau, zikir umum itu ialah zikir ganjaran dan pahala, iaitu seseorang itu berzikir mengingati Tuhannya dengan apa-apa bentuk zikir yang dikehendakinya, namun dia masih kekal dalam sifat-sifat kecelaan dirinya.[9] Manakala zikir khusus pula ialah zikir hudur, iaitu seseorang itu berzikir mengingati Tuhannya dengan zikir-zikir tertentu dengan sifat (kaifiyyat) tertentu bertujuan mencapai ma`rifah terhadap Allah, dengan membersihkan dirinya dari semua sifat kecelaan serta menghiasinya dengan semua sifat kemuliaan, dan bertujuan melepaskan diri daripada kegelapan kebendaan serta ingin mendapatkan rahsia-rahsia kerohanian.[10]
Zikir darajat kena terima dari guru mursyid


Zikir hasanah terbahagi kpd dua:
Dzikir secara mutlak, yaitu dzikir yang diperintahkan tanpa ada ikatan waktu, tempat, atau jumlah tertentu, maka dzikir semacam ini tidak boleh dilakukan dengan menentukan jumlah-jumlah yang dikhususkan seperti seribu kali dan semisalnya. sebagaimana dalam firman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya". (QS. al-Ahzab: 41)

Dzikir muqoyyad, yaitu dzikir-dzikir yang dianjurkan supaya dilakukan dengan kalimat tertentu, waktu tertentu, tatacara tertentu dan hitungan tertentu, seperti ucapan : Subhanalloh 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allohu Akbar 33 kali, dan hitungan paling banyak yang pernah dianjurkan oleh Nabi adalah 100 kali, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wasallam :

Doa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

12 Ramadan 1436
29 Jun 2015

Doa Pagi Isnin

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Ya ALLAH berikanlah kami kekuatan, berikanlah kami kemampuan, kuatkanlah iman kami. Ya ALLAH, kuatkanlah agama kami dan iman kami...

Ya ALLAH, sekiranya kami keluar daripada landasan-MU, berikanlah kami petunjuk-MU yang lurus dan yang hak...

Ya ALLAH,  kami akan menjadi insan mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami kepada-MU...

Ya ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah nur cahaya atas setiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya atas setiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya atas penglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Ya ALLAH, tabahkanlah, sabarkanlah sifat kami dan   ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Ya ALLAH sesungguhnya hanya kepada-MU kami berserah diri.

Ya ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami untuk kembali ke sisi-MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertakwa kepada-MU...

Ya ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada-MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keredaan-MU, hanya ENGKAU yang menilai semua perbuatan kami.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
_________________________

Yang menjaga solatnya biasanya menjaga puasanya tetapi ada kebarangkalian yang menjaga puasanya tetapi tidak menjaga solatnya...semoga kita menjadi insan yang sentiasa menjaga solat dan puasa kita.

Tasawuf


Sabda Rasulullah S.A.W:
Bebaskan diri kamu dari kerunsingan dunia sekadar kemampuan kamu....
Tauhid itu ialah mengosongkan akalmu daripada segala sesuatu selain Allah, sehingga engkau tidak melihat pada alam ini selain Allah!

🌹✨🍀 YAA ALLAH, Sesungguhnya Kami Berlindung Kepada-MU daripada Menyembah-MU kerana Tertarik dengan Fadhilat & Darjat,,, Jadikanlah kami MengAbdikan Diri Kepada-MU Semata-mata Kerana CINTA & KETUHANAN-MU... 🌹💖🍀 .......Menyembah-MU Semata-mata Kerana-MU, bukannya kerana Tertarik Dengan Sesuatu. ....


Firman Allah dalam hadits Qudsi :
“Adalah Aku satu perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku ingin supaya diketahui siapa Aku, maka Aku jadikanlah makhluk-Ku. Maka Aku memperkenalkan diri-Ku kepada mereka


Bagaimana mungkin berani mendakwa bersih dan suci batin sedang kan lahir penuh dgn najis maksiat!

SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI R.A
Ya ALLAH ya Tuhanku!
Hidupkan kami dengan MU dan matikan kami daripada selain yang ada kecuali Engkau...


ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Andai mereka masih ada, Kembalilah pada mereka. Buatlah mereka tertawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis.

Selama masih ada sesuatu diantarmu dan antara Allah, maka engkau adalah hamba bagi sesuatu itu!

Takdir Allah tidak boleh ditolak, diubah, dipadam dan dibantah, maka sebaik-baik hamba itu menyerahkan dirinya kepada kehendak Allah diazali!


بسم الله الر حمن الر حيم
Allah, Dialah yang memudahkan segala sebab untuk menjadikan hamba-hambaNya cinta kepadaNya, Dialah yang mengajak dan menarik hati mereka untuk mencintaiNya. Dialah yang mengajak hamba-hambaNya untuk mencintaiNya dengan menyebutkan (dalam al-Qur’an) sifat-sifatNya yang maha luas, agung dan indah, dan yang akan menarik hati-hati yang suci dan jiwa-jiwa yang lurus. Kerana sesungguhnya hati dan jiwa yang bersih secara fitrah akan mencintai (sifat-sifat) kesempurnaan.

Wahai hamba! Tetaplah engkau berhadap kepadaKU, jangan berpaling kemana-mana lagi selain KU, tiada ragu dan syak iaitu-lah agamaKU yg lurus!

Rmh surga


R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga. Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah,
kembali ke kampung halaman.

Dunia bukan rumah kita,
maka jangan cari kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumahnya.

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?

Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapanNya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.

Kenikmatannya tiada terlukiskan, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. Ada istri sholeha serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti kabar baik dari Malaikat Izrail. Kapan Keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Kembalilah ke rumah.

Tasawuf

Wahai hamba! Janganlah engkau menyembahKU untuk menuntut sesuatu selainKU, bersyukurlah diatas anugerah ketauhidanKU kepadamu!

Merdekakanlah dirimu daripada segala sesuatu selain Allah, maka sampailah engkau disisi Allah Yg Maha Esa!


MR.KIM : "Titik Ba mula perjalanan menuju Bismillah gerbang Al-faatiha di buka dengan kunci Syahadah mennyelusuri alam Makrifatullah mengunakan kenderaan Laahaula" ...

✅👍 💚💚💚👆 "kunci" semua tu dan "kunci" segala ilmu-ilmu "tertinggi" .. asasnya adalah kebersihan dan kesucian "sungai hati" dari segala sifat-sifat tercela.

Ahli tarekat dan abid sufi mencari makrifah melalui "ilmu tertinggi"  dari sang guru mursyid dan melalui kefahaman dari ilmu yang "diperolehinya" dengan pelbagai jalan untuk sampai ... hatinya, 70% diisi dengan ilmu dari makhluk-Nya (guru) dan 30% lagi ilmu hatinya diisi oleh Allah melalui ilmu ilham-Nya.. dipimping gurunya menuju ke destinasi yang ditujui, dan terserah sama ada Allah SWT akan "sampaikan" mereka ke destinasi atau ia terkandas dipertengahan jalan atas kerana "ada hijab" yang menghalanginya dari untuk "sampai" (hati yang "bermasalah" di sisi Allah SWT). :)

... Golongan kedua 'sampai' dengan jalan "pembersihan hati" hingga dihati tiada lagi walau "sebatang jarum" dari sifat-sifat tercela. Mereka berkekalan dlm zikirullah dan ketaatan pada perintah-Nya ..

... hati mereka yang telah "bersih" dan "suci" ini (setelah bermujahadah qalbi), maka hatinya nanti hanya 30% sahaja diisi dengan ilmu dari makhluk Allah SWT(guru, kitab dll) dan 70% lagi ilmu diisi oleh Allah SWT sendiri (*dia akan "diajari Tuhan" secara 'terus' melalui ilmu ilham & laduni) .. dipimping-Nya si hamba dengan "kesabaran-Nya" hinggalah si hamba itu "sampai" kepada destinasi yang dituju sebagaimana telah sampainya setiap Wali-Wali Allah silam.

Para ulama itu dikatakan "warasatul'anbia" @ peraris ilmu nabi (*ini dimaksudkan ilmu Syariat). Namun begitu maqam keimanan para Ulama duduknya di bawah maqam para Wali-Wali Allah atas kerana beberapa hal.

Para Ulama sukakan "kemasyuran" (sukakan pujian) ... sedangkan para Wali Allah "meninggalkan" kemasyuran" dan (bencikan pujian) ...

Para ulama sukakan pujian atas kerana "dia Tidak Tahu" (jahil) bahawa "pujian" itu sebenar hanya milik Allah semata dan hanya Allah lah yang berhak atas setiap pujian dari para makhluk-Nya).

Para Wali membencikan pujian atas kerana "mereka TAHU" bahawa hanya Allahlah yang hanya berhak "dipuji" dan menerima pujian dari makhluk-Nya. Maka sesiapa yang dipuji lalu dia "menelannya" tampa dikembalikannya kepada Allah SWT, maka inilah hamba-hamba yang jahil tentang Tuhan. Allah memuji Diri-Nya sendiri melalui lidah lidah para hamba-Nya. (Jika faham teori ini, maka mudah hidup).

Maka atas kerana itulah maqam para Ulama itu duduknya di bawah maqam para Aulia/Wali Allah.

Secara asasnya setiap ulama itu adalah wali-wali "kecil" (wali ilmu syariat) sedangkan wali-wali "besar" adalah Wali-Wali Allah ilmu "batin" kerohanian.

Wali Syariat mengajari ilmu zahir kesempurnaan iman.
Wali Hakekat mengajari ilmu batin kesempurnaan hati.

Sesiapa yang "lebih" mengambil ilmu dari makhluk-Nya (kitab penulisan) daripada ilmu dari diri-Nya sendiri(laduni). Maka dia akan lebih dikenali manusia daripada dikenali oleh Allah SWT.

Dan sesiapa yang "lebih" mengambil ilmu dari Allah SWT sendiri(laduni) daripada ilmu dari makhluk-Nya(kitab), maka dia akan lebih dikenali oleh Allah SWT daripada dikenali oleh manusia sendiri.

Para Ulama lebih mengutamakan ilmu "amal" (syariat)..
Para Wali lebih mengutamakan ilmu "hati" dengan tampa meninggalkan amal soleh.

Para Ulama itu mewarisi kunci perbendaharaan tersembunyi ilmu Syariat (ilmu amal). Sedangkan para Wali itu mewarisi kunci perbendaharaan tersembunyi ilmu Hakekat (ilmu hati).

Ilmu amal tampa ilmu hati, pada awalannya keselamatan, tetapi penghujungnya "kebinasaan"..
Ilmu hati jika tampa ilmu amal, pada awalnya azab tapi penghujungnya "keselamatan"..

Maka adalah di wajibkan bagi setiap mukmin untuk menguasai 2 lautan ini bagi mencapai maqam "kesempurnaan iman" ...

"Sesiapa yang ingin menempuh jalan Para Aulia ini, "dia" wajib meninggalkan dan "menanggalkan" pada hati dirinya cintakan "kemasyuran diri" dan "suka dipuji" dan "mencari pujian" makhluk-Nya. Selagi diri tidak mampu meninggalkan 2 sifat tercela yang sangat dibenci oleh para Wali-wali silam ini, maka itu tandanya tangga kesempurnaan iman (Wali Wali) masih jauh lagi untuk dijejaki selagi mana sifat-sifat tercela ini "masih" membaluti hati.

Kunci makriftullah tu 'asasnya' adalah "bersih hati" dari sifat-sifat tercela yang dibenci oleh Allah SWT dan para malaikat-Nya .. itu syarat awalan anak tangga kewalian ... pertengahannya makrifat dan penghujungnya mahabbah (fana dlm cinta-Nya). wallahu'alam (sembang Ramadan) :) ✨⭐🌙✨🙏

Saturday 27 June 2015

Tazkirah


Sedikit Tazkirah
Utk perkongsian:
(pembakar semangat)
😔 Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
😔 Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)
😔 Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)
😔 Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia²..."
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)
😔 Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)
😔 Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)
Jgn byk mengeluh.. ❌😔 Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...
Moga² Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^_^
Mohon sahabat² semua share untuk manfaat kita bersama..
AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

--
Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka.
Siapa tahu?
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan utk saya juga..
-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang-

laut maluku


pkb


cek my group


zikir


hikmah imam


zikir


amalan


kitab


teladan


renungan


draw


my income


k5 Y bidah


k4


k3


k2


k


mati

Yang paling dekat dgn kita
Kita terpilih utk berada di sini dgn ketentuan
Plot sebuah drama panjang
Yg mana aksi aksi yg memerlukan kita
Sebagai pelakon nya utk seketika
Pasti tiba saat kita tidak di perlukan utk Babak seterusnya
Perkhidmatan kita pun di tamatkan lah ...
Oleh pengarah yg agung ..
Bila2 masa ..
Itu lah yg paling dekat dgn kita sebenarnya 

cash/hutang


CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya smile emoticon
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak

maria

Liputan6 posted 2 updates.
Kata Maria Ozawa, menjadi Ibu Negara Filipina merupakan impian jadi nyata.
SHOWBIZ.LIPUTAN6.COM|BY LIPUTAN6.COM

tarekat -pandangan

Fairoz Khairudin liked this.
Apakah pendapat tuan tuan tentang ini? Cuma mahukan pandangan....
Tarekat Tasawuf Rastafari
Syariat A --> Hakikat --> Makrifat --> Syariat B
Bila dah sampai level 'Makrifat' anda bebas dari kewajipan yang dikenakan kepada level 'Syariat A' seperti tidak perlu solat, tidak perlu puasa dan apa-apa kewajipan.
Selain itu anda juga bebas dari larangan yang dikenakan untuk level 'Syariat A' seperti tiada larangan minum arak, larangan minum air ketum atau apa-apa larangan yang lain.
Jika level 'Makrifat' pun anda sudah begitu istimewa, bagaimana pula level 'Syariat B'? Tentu lebih istimewa!
Nabi kita sallallahu alaihi wassalam level yang mana? Sebab Nabi tetap bersolat walaupun ketika tenat dan Nabi tidak terlepas dari larangan yang ditegah agama.
Individu ini yang dikenali sebagai Ismail Ariffin a.k.a Lepat juga melebal bekas Mufti Pulau Pinang, Dato’ Syeikh Azmi Bin Ahmad rahimahullah sebagai 'Mufti Unta Padang Pasir'.
Like · Comment ·  · 

nyawa ikan


Ya ALLAH kesiannya dia.......masih hidup lagi walaupun sampai nampak jantungnya..........Allahhuakbar........
โทรศัพท์ไว้ในกระเป๋าไม่รู้ระเบิดได้อย่างไร

kuliah

1 hr · 
Rugi kalau tak dengar tips yang sangat menarik, ringkas dan santai.. tapi insyaAllah sangat bermanfaat di dunia dan akhirat!
Like · Comment · 

uai


Terbeban dengan GST? Biar pun pahit, tetap kena royak jugok. Dengor mmolek deh!
240,799 Views
Terbeban dengan GST? Biar pun pahit, tetap kena royak jugok. Dengor mmolek deh!
Like · Comment · 

fahaman

سني \ شيعي ..
انا لست عدوك، انت لست عدوّي ..
عدوّي وعدوّك هو الذي استطاع ان يقنعنا بأننا اعداء ..
هذه يدي، افتح عقلك واعطني يدك ..
...See More

kubur

LIANG KUBUR
1. Liang Kubur adalah tempat yang paling gelap
Maka terangilah dengn TAHAJUD
2. Liang Kubur adalah tempat yang paling sempit
Maka luaskanlah dengn SILATURAHIM
3. Liang Kubur adalah tempat yang paling sepi
Maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL QUR’AN
4. Liang Kubur adalah tempatnya para binatang yang menjijikkan
Maka racunilah dengan SHODAQOH
5. Liang Kubur adalah tempat yang menjepit hingga hancur
Maka bebaskan jepitan dengan SHOLAT
6. Liang Kubur adalah tempat untuk merendam dengan cairan yang amat sakit.
Maka bebaskanlah rendaman itu dgn PUASA
7. Liang Kubur adalah tempat Munkar dan Nankir bertanya
Maka persiapkan jawaban dengan memperbanyak ucapan kalimat
LAILLAHAILLALLAH... MUHAMMAD ROSULULLAH...
THE PIT

1. The grave is the darkest place
Then terangilah by exactly TAHAJUD
2. The pit is the most narrow
Then luaskanlah on FRIENDSHIP
3. The pit is the most lonely
Then ramaikanlah me with a lot of read AL QUR'AN
4. The pit is the place the animals is disgusting
Then racunilah with SHODAQOH
5. The pit is where the clamp until it was destroyed
Then free up grappling with PRAYER
6. The pit is the place to soak with a liquid that is very sick.
Then remove the marinade it with FAST
7. Liang's Tomb and Nankir ask Munkar
Then prepare an answer with multiply greeting sentence
LAILLAHAILLALLAH ... MUHAMMAD MUHAMMAD ...
Like · Comment ·