Saturday 30 April 2016

hakikat benar

Manakah Yang Sebanar-Benar “benar”?
Didalam benar, ada lagi benar, manakah yang Sebenar-benar benar!
Di dalam benar, masih ada lagi yang lebih benar!. Kita kata kita benar, sedangkan masih ada lagi yang terlebih benar!. Dalam persoalan ini, siapakah yang boleh menentukan mana satu yang betul-betul benar?.
Firman : Ar-Ra’d : 19
Adakah orang yang megetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta?. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran”.
Orang Cina mengatakan yang agamamereka benar. Orangn India mengaku yang agama mereka benar. Orang Putih mengaku yang agama meraka benar. Islam, Kristien, Budha dan lain-lain agama, mengaku yang agama mereka benar?. Mana satukah agama yang sebenar-benar.
Orang Islam bermegah dengan Firman Allah yang mengatakan bahawa “Agama Islamlah agama yang diteriam Allah”. Manakala orang Kristien, Budha dan lain-lain juga bermegah dengan kitab masing-masing (Injilnya, Zaburnya, Tauratnya dan Quraannya!.
Orang Islam bermegah yang agama kitalah agama yang diterima Allah, tetapi apa yang ternyata di bumi Allah sekarang, bangsa dan agama siapakah yang bergaduh sesama sendiri?, agama siapakah yang berperang sesama sendiri dan agama siapakah yang menghukum kafir kepada sesama Islam?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab?……………………………….
Mana satukah yang benar diantara yang benar?. Siapakah diantara kita yang berani mengaku benar?. Sekiranya orang yang berani mengaku yang dirinya benar, merekalah diantara yang paling sesat!.
Orang yang boleh mengaku dirinya benar itu, adalah diri mereka yang berakal!. Bagaimana untuk menentukan dirinya orang yang berakal?. Untuk menentukan yang dirinya adalah tergolongan dari golongan yang berakal itu, adalah dengan cara berilmu mati sebelum mati (tauhid).
Orang yang berakal itu, adalah orang yang menyerah dan meyandarkan akalnya kepada Allah. Tidak lagi menggunakan akal sendiri, malahan menggunakan akalan Allah (ikhtiar dan usaha dari Allah!). Orang yag betul-betul benar itu, adalah orang yang tidak lagi bersandar kepada akal, malahan mereka bersandar terus kepada Allah!. Akal adalah makhluk yang lemah. Pantas dan patutkah kita bersandar kepada makhluk yang lemah?. Kenapa tidak kita bersandar terus kepada Allah Yang Maha Berkuasa?.
Kekuatan bersandar itu, bukan letakkanya pada akal,ikhtiar atau usaha!. Kekuatan itu adalah milik Allah.
Firman : Al-Munafiqun : 8
“Padahal kekuatan itu, hanyalah milik Allah…………….
Jika Allah itu kuat, bermakna makhluk akal, usaha atau ikhtiar itu, adalah makhluk yang lemah. Marilah kita bersandar terus kepada Allah. Untuk menentukan siapakah yang benar-benar benar itu, mari kita sandarkan kepada Allah.
Untuk bersandar terus kepada Allah bagi menentukan yang benar-benar atau yang betul-betul benar itu, jangan lagi hendaknya kita menggunakan atau mengadakan diri. Jika kita masih ada diri, bermakna kita masih menggunakan akal bagi menentukan yang mana baik, yang mana benar dan yang mana buruk!.
Bilamana kita sandarkan kepada Allah setelah mati akal, mati usaha, mati ikhtiar dan matikan diri sebelum mati, segala-galanya cantik belaka dan benar belaka!…………………….Ciptaan Allah itu, tidak ada yang hodoh, yang jelek, yang keji atau buruk!. Semua ciptaan Allah itu, moleh dan benar belaka!.
Golongan inlah golongan yang betu-betul benar!…………………………..Saya mahu tuan-tuan tanya diri tuan-tuan sendiri, apakah kita sudah mengenal ilmu “mati sebelum mati”?. Jika kita tidak mengenal “Al- Mutu Kablaan Tamautu” (mati sebelum mati), disitulah kita akan mengeji dan mencela kejadian Allah!.
Cuba tuan-tuan tanya orang Cina, India atau orang putih, apakah mereka mahu dilahirkan kafir?. Kemudian saya mahu tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah pilihan tuan-tuan sendiri, dilahirkan dalam Islam?. Cuba jawab?……………….apakah Islamnya tuan-tuan itu, dilahirkan atas pilihan sendiri?. Cuba jawab?……………….
Untuk itu, hidup atas muka bumi Allah ini, jangan keji orang, jangan cela orang dan jangan asyik mempersalahkan orang!. Orang yang mengenal diri (mati sebelum mati), mereka tidak keji orang, tidak tuduh orang itu kafir atau orang ini kafir, tidak berperang, bunuh membunuh sesama sendiri, mahupun berperang atau bergaduh dengan bangsa atau agama-agama lain.
Lihatlah dan lihatlah agama manakah didunia ini yang berperang sesama sendiri, yang bom sesama sendiri, yang tuduh kafir kepada sesama Islam?. Cuba perhatikan, apakah itu agama yang benar?. Agama orang yang betul-betul benar itu, adalah orang-orang yangn mengenal diri (mati sebelum mati) iaitu. Orang yang betul-betul benar dan orang benar-benar betul itu, adalah Islam yang tidak tuduh orang itu kafir dan tidak tuduh orang ini kafir!. Tidak berperang sana dan berperang sini. Tidak bom sana, bom sini, sesama sendiri dan sesama makhluk ciptaan Allah!.
Orang kafirpun ciptaan Allah, orang Islampun ciptaan Allah!. Agama yang benar itu, adalah agama yang bertuhankan kepada Allah,
setelah mereka berserah diri kepada Allah !. Bagi mereka yang berserah diri kepada Allah itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi ada daya usaha sendiri , ikhtir sendiri, fikiran
sendiri, kekuatan, pilihan, kemahuan, kehendak, cita rasa sendiri dan segala-galanya baginya sudah tidak ada yang sendiri!. Apabila diri kita tidak ada, sudah terserah dan sudah berserah kepada Allah, mana lagi adanya diri. Setelah ketiadaan diri, mana mungkin boleh lagi bergaduh!. Mana lagi mungkin boleh mengata orang itu kafir atau orang ini kafir, keran diri kita sudah tidak ada!,……………..
Berbalik kepada ayat mula-mula diatas, iaitu
Surah, Ar-Ra’d : 19
Adakah orang yang megetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta?. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran”.
“hanya orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran atau iktibar”.
Bilamana berakal. Akal orang makrifat itu, telah dikembalikan kepada Allah. Yang tinggal itu, adalah akal milik Allah!. Setelah milik Allah, barulah dikatakan kita itu berakal!……………..
Orang benar-benar berakal itu, adalah orang yang tidak lagi menggunakan akal. Iaitu orang yag tidak lagi bersandar kepada akal!. Cuba jawab, dari mana datangnya akal, dari mana datangnya usaha dan dari mana datangnya ikhtiar?. Tidakkah semuanya itu dari Allah!. Sekiranya dari Allah, manakah yang dikatakan akal kita?, usaha kita atau ikhtiar kita. Yang kita usahakan itu dan yang kita kerjakan itu, semuanya adalah dari rencana atau karangan yang sudah Allah tetapkan sedari dulu!. Apakah yang tuan-tuan usahakan itu, adalah pekerjaan “baru”, yang tidak diketahui Allah sebelumnya?. Cuba jawab?……………………….
Ramai yang mengatakan bahawa kita ini ada akal, ada usaha, ada ikhtiar dan ada pilihan, untuk menentukan baik buruk!.. Cuba jawab pertanyaan saya, Sebelum kita berfikir, siapakah yang memberi fikiran kepada kita sebelum kita berfikir?. Sebelum kita berusaha, siapakah yang memberi usaha dan sebelum kita berikhtiar, siapah yang memberi ikhtiar, sebelum kita ikhtiar atau berusaha?. Cuba jawab?……………..
Jika kita ada pilihan sendiri, buat apa gunanya Allah dan buat apa lagi bertuhankan Allah. Bertuhan dan berAllahlah kepada diri sendiri!
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment