Saturday 30 April 2016

hakikat alif

Erti Atau Makna Huruf Alif
Pertanyaannya berbunyi. “Malam semalam saya bermimpi yang mengkhabarkan melalui mimpi saya itu, bahawa huruf “Alif” itu dieri, dimaksud atau disamakan dengan Allah!, Apakah maksud atau tabir mimpi saya itu Ustaz?”. Apakah erti atau apakah maksud, huruf alif itu, dierti atau disamakan dengan Allah!, Apakah maksud atau tabir mimpi saya itu Ustaz?”. Kepada pemanggil yang namanya saya tak ingat, di talian fon tersebut dan kepada tuan-tuan muslimin serta muslimah yang dirahmati Allah sekalian.
Dalam permulaan Al-Quraan, ia bermula dengan perkataan alim, lam, mim!. Apakah maksud, erti atau terjemahan huruf alif, lam dan mim, terutamanya huruf Alif, bagi mentafsir mimpi sebagaimana yang dimusykil oleh pemanggil!.?.
Huruf Alif juga, adalah hurud dipermulaan bagi ejaan jawi. Huruf Alif juga bermulanya ejaan nama Allah dalam tulisan jawi. Huruf alif itu juga, dikiaskan kepada perbuatan “berdiri kiam” semasa solat!.
Apakah maksud huruf Alif itu?. Cuba tuan-tuan bagi jawapan, mana tahu jawapan tuan-tuan itu, dapat dikongsi bersama dengan pendengar serta pembaca diluar sana. Sebelum saya jawab, saya minta respon dari peminat ilmu tasauf atau peminat ilmu makrifat diluar sana. Samaada peminat dari Berunai, Sabah Serawak, Singapore, Indonisia, mari kita sama-sama meneka?. Mana tahu tekaan kita itu mengena!. Sila jawab………………………………..
Barang siapa yang tahu maksud huruf alif, maka tahulah ia apa itu maksud “berdiri kiam” dalam solat. Berdiri kiam dalam solat itu, disifatkan sebagai huruf alif!.
Dalam kita berdiri, ada hurufnya. Dalam kita sujud, ada hurufnya. Dalam kita iktidal, ada hurufnya dan dalam kita rukud, ada hurufnya-hurufnya yang tertentu!. Apakah huruf itu?
Hj. Shaari, makrifat tok kenali

No comments:

Post a Comment