Tuesday 26 April 2016

Wali

☘☘☘☘☘☘☘☘☘
*MENGENAL SALAH SEORANG WALI ALLAH PENGEMBANG AJARAN SUFI DAN TASAWUF HINGGA IANYA MENJADI SUATU ILMU ISLAM YANG DIBUKUKAN DARIPADA KHAZANAH ILMU PARA WALI WALI ALLAH DARI ZAMAN ZAMAN SALAFUSSOLEH SEBELUMNYA.*
☘☘☘☘☘☘☘☘☘

🔱 *AULIA ALLAH SUFI IMAM AL GHAZALI R.A* 🔱

Bismillah : Bio ringkas tentang Aulia Allah Sufi Imam Ghazali r.a. Nama benar beliau adalah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali Ath-Thusi Asy-Syafi'i. Lahir di Thus pada tahun 1058 / 450 H – dan  meninggal di Thus ; 1111 / 14 Jumadil Akhir 505 H ; Umur ketika meninggal sekitar 52–53 tahun.

Beliau adalah seorang filosof, teologi, Sufi dan Wali Allah di Persia, yang dikenal sebagai *Algazeldi* pada dunia Barat abad Pertengahan, Ialu bergelar *Abu Hamid* karena salah seorang anaknya bernama Hamid, lalu digelar  beliau sebagai *al-Ghazali Ath-Thusi* iaitu hal yang berkaitan dengan ayahnya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar Thus, Khurasan, Persia (Iran).

Sedangkan gelaran Asy-Syafi'i ini menunjukkan bahwa beliau bermazhab Syafi'i. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh, dan akhirnya hal itu menjadi kenyataan.

Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama besar, kadi besar di kota Baghdad, seorang ahli pemikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Dan dia juga adalah seorang Sufi dan Wali Allah yang banyak menyimpan *Khazanah tersembunyi ilmu Allah.*

Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.

Di bawah ini ada beberapa mutiara kata imam Ghazali yang bisa anda sebar dan bagi-bagikan kepada teman-teman atau sahabat handal. Mutiara kata  imam al Ghazali ini berteraskan tentang ilmu pengetahuan, nasihat, panduan, pedoman dan penunjuk jalan buat orang orang yang *Mencari Jalan Petunjuk* pada jangan pulang yang hakiki.

Kata kata indah imam al Ghazali ini ditulis dan diucapkan semasa di dalam perjalanan Tasawufnya. Ia penuh dengan kata kata motivasi sebagai baja baja keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Semoga kata kata hikmah imam ghazali bermanfaat untuk anda. (pms)

*KATA MUTIARA HIKMAH IMAM GHAZALI*

*"Sebagai insan yang lemah ( _awam_ ), kita tidak akan sanggup mengekang sifat ammarah dan hawa nafsu secara keseluruhannya hingga tidak meninggalkan bekas apapun dalam diri kita. Namun jika kita berusaha untuk mengendalikan keduanya hal tersebut dengan cara latihan* ( _mujahadah iman, tasawuf & bantuan Allah_ ) *dan kesungguhan yang kuat, maka sudah tentu kita akan mampu melaksanakannya."* (Imam Al Ghazali)

*"Sifat utama seorang *pemimpin ialah beradab dan mulia hatinya."* (Imam Al Ghazali)

*"Belum pernah aku berurusan dengan sesuatu hal yang lebih sulit daripada jiwaku sendiri, yang kadang-kadang membantuku dan kadang-kadang menentang arahanku."* (Imam Al Ghazali)

*"Barangsiapa yang memilih harta dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah* ( _Wajah Allah & Syurga-Nya_ ) , *niscaya ia adalah sangat rugi dan tertipu oleh nikmat dunia yang fana tidak berkekalan dengan kerugian yang amat besar di akhirat nanti."* (Imam Al Ghazali)

*"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana ditakutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang sangat miskin."* (Imam Al Ghazali)

*"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada hak-Nya."* (Imam Al Ghazali)

*"Berani adalah sifat mulia kerana ia adalah sifat-sifat insan yang berada di antara pengecut dan membuta tuli."* (Imam Al Ghazali)

*"Kebahagiaan itu terletak pada kemenangan _iman_ dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan."* (Imam Al Ghazali)

*"Kalau kebesaran yang kamu tuntut dan kemuliaan yang kamu cari, maka sangat payah untuk kamu melaluinya, sangat panjang perjalanannya dan terlalu banyak rintangannya."* (Imam Al Ghazali)

*Note* : _Bismillah - yang dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali ini bukanlah dimaksudkan_ *kebesaran* & *kemuliaan* _daripada pandangan mata manusia yang hina & fana di dunia ini. Tetapi yang Imam Al Ghazali maksudkan di atas adalah tentang kebesaran dan kemuliaan dari sisi_ *pandangan Allah* dan *penduduk dilangit-Nya* , _jalan Kesufiannya dengan membawa ilmu Tasawuf di dalam hatinya sangat payah dan berat ujian rintangannya, akan diuji Allah dengan pelbagai rintangan jiwa, jasad dan hati. Tidak ramai yang mampu mengharunginya atas segala ujian ini. Ujian amali dalam amalan ibadahnya, ujian dari sikap manusia, harus merasai disakiti, dicela, dihina, diherdik, didengki, diiri, dikhianati, rintangan godaan nafsu duniawi, syawat, pandangan mata, perlu meninggalkan segala hal yang menjadi kesukaan nafsu lahir dan batin, menuntut ilmu pengetahuan dari satu guru ke guru yang lain, lalu mengamalkannya lahir dan batin, tunduk dengan segala ajaran sunnah dan nasihat nasihat Allah, tarikah lahir dan batin hingga maqam iman ditempa dicanai sebaik baiknya hingga jiwa itu menjadi mulia, hati yang bersih dan terpuji dengan_ *Akhlak Akhlak langit* _hinggalah Allah menerima para hamba-hamba-Nya_ *sebagai Ahli Taman-Taman-Nya para Wali Wali.* _Itulah yang dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali itu,_ *Kebesaran dan Kemuliaan di sisi Allah dan penduduk langit tinggi-Nya.* (pms)

*"Jadikan kematian itu hanya pada badan kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa."*  (Imam Al Ghazali)

*"Pelajari ilmu syariat & tasawuf untuk menunaikan segala perintah Allah SWT dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti."*  (Imam Al Ghazali)

*"Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad."* (Imam Al Ghazali)

*"Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal."* (Imam Al Ghazali)

*"Beribadah dan menuntut ilmu pengetahuan sambil mengambil makan yang haram adalah seperti bangunan hebat yang didirikan pada kawasan yang penuh kotoran."* (Imam Al Ghazali)

*"Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada di antara bakhil dan boros."* (Imam Al Ghazali)

*"Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan dalam menuntut kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan."* (Imam Al Ghazali)

*"Cinta merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah harus dipelihara dan dipupuk, suburkan dengan shalat serta ibadah yang lainnya."* (Imam Al Ghazali)

*"Ciri-ciri yang membezakan manusia dengan haiwan itu adalah ilmu pengentahuan. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan padanya."* (Imam Al Ghazali)

*Note* : _Ayat di atas ini membawa maksud, imam Al Ghazali menyamakan manusia yang tidak mempunyai_ *ilmu pengetahuan agama* _serta_ *manusia yang malas menuntu ilmu agama* , _disamakan oleh Imam Al Ghazali dengan_ *seekor haiwan yang melata hidup tampa tujuan.* (pms)

*"Hadapilah sama ada kawan ataupun musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh dan sombong."* (Imam Al Ghazali)

*"Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan."* (Imam Al Ghazali)

*"Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan maka kita akan menjadi penghuni neraka."* (Imam Al Ghazali)

No comments:

Post a Comment