Saturday 30 April 2016

ingat


Ingat Kpd Allah itu, Ertinya Belum Ingat
Ingat Itu, Ertinya Belum Ingat!
“Ingat itu sesungguhnya tidak ingat”. Tahu itu sesungguhnya tidak tahu”. “Tidak ingat itulah sebenar-benar ingat dan tidak tahu itulah sebenar tahu”. Untuk membenarkan seninya kata-kata Tok’ Kenali itu, saya ingin mengajak tuan-tuan supaya bayangkan, semasa tuan mula-mula bekerja atau semasa mula-mula tuan-tuan berpindah dari kampong ke kota.
Dari rumah untuk pergi kepajabat, tuan-tuan bertanya arah jalan, bertanya nama-nama jalan, bertanya berapa banyak menempuh lampu isyarat, bertanya apakah ada jalan yang kena belok kiri atau kanan dan sebagainya. Lama kelamaan, bilamana sudah biasa, tuan-tuan tidak lagi perlu ingat kepada tanda-tanda jalan atau tidak lagi ingat akan lampu isyarat dan tidak lagi perlu ingat nama-nama jalan. Tahu-tahu sahaja tuan-tuan sampai kepajabat. Tuan-tuan boleh sampai ke pejabat dari rumah, tanpa ingat jalan, tanpa ingat lampu isyarat keberapa, tanpa ingat belok kiri atau kanan dan tanpa ingat nama-nama jalan lagi. Tahu-tahu tuan-tuan sampai kepejabat dengan selamat!.
“Tidak ingat, itulah tandanya ingat”. Dari rumah untuk kepejabat itu, tanpa lagi perlu mengira-gira nama jalan atau lorong mana. Itulah tanda ingat. Tanda ingat itu, adalah tidak ingat! dan tanda tidak ingat, itulah sebenar-benar ingat!.
Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Semasa tuan-tuan suap nasi kemulut, apakah tuan-tuan ingat kepada tangan?. Saya percaya yang tuan-tuan tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau tidaknya tangan tuan-tuan itu, tuan-tuan sendiri tidak tahu dan tidak ingat!. Tahu-tahu tangan menyuap nasi kemulut tanpa perlu ingat atau tanpa perlu disuruh, itulah tanda sebenar-benar ingat.
Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi kemulut, tahu-tahu nasi masuk kemulut!. Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak ingat!. Kita dikehendaki tidak ingat lagi kepada keberadaan diri kita. Kita dikehendaki tidak perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih dalam keadaan berkira-kira untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan diri dan masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum sempurna mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala.
Itu pada tahap atau peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira nak ingat. Nak ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak ingat, baru nak ingat itu, bermakna belum ingat.
Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi yang harus diingat. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk ingat kepada Allah itu, jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat kepada Allah itu, tidak ada sebab dengan suatu sebab.
Allah itu, adalah Allah, Allah itu, adalah Allah dan Allah itu, adalah Allah
Makrifat tok kenali

No comments:

Post a Comment