Wednesday 28 February 2018

1@2 tubuh

Foto En Polo.

didalam Batu?.

Tahukah anda yg jin@iblis memang suka tinggal didalam Batu?.
Apatah lagi jika batu itu dianggap mulia atau keramat.
Perlu diketahui pengemar batu cincin bahwa bangsa jin sangat menyukai tinggal di dalam batu mulia, baik batu akik, batu kristal, batu berlian dll, banyak dari bangsa jin gemar tinggal di batu alam sebab dengan tinggal didalam batu alam mereka dapat memiliki kekuatan dan kemampuan luar biass dengan menyerap tenaga alam melalui batu alam.
Kemampuan ilmu sihir dengan menggunakan kekuatan alam memang banyak dimiliki oleh bangsa jin. Sebagaimana Ibn Qayyim menjelaskan hakikat sihir, beliau berkata, ”Sihir adalah kumpulan pengaruh roh-roh jahat (setan dikalangan jin dan manusia) dengan kekuatan alam darinya.” (Ibn Qayyim al-Jauziah,Zad al-Ma’ad,jilid IV,h.126).
Sebab itulah bomoh atau orang berpengaruh gemar memakai batu cincin yg ada jin didalamnya.mereka bergitu taksub akan batu itu dan suka menciumnya.
Kembali pada batu..
Salah satu Batu yang dikatakan paling mulia didunia ini adalah Batu Hitam.
Nah..
Ketaksuban kepada batu ni memang cukup dikenali....
Bukan saja sanggup berhimpit-himpit untuk menciumnya malah ada yg rela mati atas tujuan itu..
Sedar atau tidak bahawa Batu itu merupakan tempat tinggal Raja jin..
Siapakah raja jin itu?
Tak kan tak tahu noo..
Semoga ada yg sedar atas tujuan apa berkunjung ke Batu itu..

u lepat

https://www.facebook.com/ismailarriffinlepat/videos/2684017758305090/

bukan ahlinya.

“Janganlah kalian tangisi agama ini jika ianya dikendalikan oleh para ahlinya, akan tetapi tangisilah agama ini apabila ianya dikendalikan oleh orang yang bukan ahlinya.”

Tuesday 27 February 2018

/terlatah-perkataan-aku-allah/

https://makrifattokkenali.com/2016/12/02/terlatah-perkataan-aku-allah/

berhijab,

Tidak wajib bagi wanita islam bertudung, tiada nas atau dalil mewajibkan wanita islam untuk bertudung. Tetapi wajib bagi wanita islam itu berhijab, kerana nas dan dalil mewajibkan setiap wanita islam itu berhijab.

o perit

https://www.youtube.com/watch?v=UbW1BquPvuI

ber anak

https://www.facebook.com/echiaprilyamissungu/videos/pcb.1718187758274073/1718187701607412/?type=3&theater

ka si can

https://www.facebook.com/mohamadrashid.muhammadhakimi/videos/2023245031298118/?q=movie

u saari

https://www.youtube.com/watch?v=3HrpO0Uxp6U

u saari

https://www.youtube.com/watch?v=BAwPU3C3cug&t=1096s

u 2 lepat

https://www.youtube.com/watch?v=0zKHgMNcrCc

u lepat

https://www.youtube.com/watch?v=fz866D9daPg

*HAKIKAT HIDUP DAN MATI*


*HAKIKAT HIDUP DAN MATI*
Dalam dunia fizikal, MATI adalah merujuk kepada hal jasad yang sudah tidak lagi bernyawa, maksudnya bila jasad sudah tidak ada nafas yang keluar dan masuk, naik dan turun, dek kerana jantung sudah tidak berdegup, makanya, manu-sia itu dikatakan telah mati.
Dalam perspektif spiritual, MATI itu sentiasa berlaku pada setiap detik dan ketika. Dalam masa yang sama, HIDUP jua sedang berlaku pada setiap detik dan ketika seiring dengan berlakunya kematian. Samada kita SEDAR atau tidak, hal MATI dan HIDUP ini sentiasa berlaku pada setiap masa, di dalam dan di luar jasad.
Contoh :
Di saat berlakunya KEMATIAN di sesebuah negara, KELAHIRAN juga sedang berlaku negara-negara lain. Di saat ada orang mati di sini, di waktu yang sama, ada pula orang lahir di sana. Di saat ribuan sel di badan kita sedang mati, di saat yang sama, ribuan sel-sel baru di badan yang sama, sedang lahir dan meneruskan kehidupan. MATI dan HIDUP adalah proses alam Zahir dan alam BATIN yang sentiasa berterusan.
JASAD
Jasad terbina dari gabungan trillion billion sel. Dari sel TUNGGAL yang satu, ia bermitosis (beranak pinak) menjadi SATU GABUNGAN sel yang besar yang bernama JASAD. Bila jasad yang besar itu sudah tidak lagi bernyawa, sel-sel yang banyak ini kembali memisahkan diri mereka dari gabungan sel-sel yang banyak, kembali kepada sel tunggal asal yang SATU semula. Sebab itu, bila jasad manusia itu mati, ia cuma kematian bersifat illusi kerana jika dilihat melalui mikroskop, sel sel jasad dari manusia yang mati itu sedang BERGERAK dan HIDUP. Sel-sel yang hidup ini sedang memisahkan diri mereka dari gabungan billion sel, kembali kepada sel TUNGGAL yang SATU.
ROH
ROH adalah hal Batin yang tidak tertakluk kepada nafas dan jantung untuk hidup. Roh adalah hal spiritual yang tidak perlukan jasad untuk hidup kerana Roh itu sendiri adalah KEHIDUPAN. Roh adalah hal batin yang tiada jantina, bukan perempuan dan bukan lelaki. Roh tiada umur, tiada sifat dan tiada bentuk kerana Roh adalah hal alam batin yang tidak tertakluk kepada hukum ruang dan masa. Roh tidak berbentuk, sebaliknya Roh itu mengikut bentuk.
Jika Roh itu tidak berjantina, bukan lelaki dan bukan juga perempuan, apa lagi yang dimahukan BIDADARI dalam syurga ? Di dunia Zahir engkau mahukan perempuan cantik bak bidadari, di dunia Akhir juga engkau masih mahukan Bidadari. Di dunia Zahir, SEX menjadi keinginan manusia, di alam Akhir, apakah SEX masih diinginkan?
Jika begitu, kasihanlah si perempuan !!
Di dunia zahir yang sementara ini, perempuan harus berbakti kepada lelaki, di dunia Akhirat yang berkekalan itu jua, si perempuan masih perlu terus berbakti tanpa kesudahan.
Ketahuilah...
Kitab al-quran itu ada ayat Mukhamad ( ayat yang jelas) dan ada ayat Mutasyabihah ( ayat tak jelas), makanya perhalusilah akan setiap ayat tersebut dengan teliti. Kaji dan analisa setiap kebenarannya. Jangan membabi buta mengikut apa saja yang dihidangkan kepada kita. Jika tidak faham, jika tidak tahu, maka belajarlah. Belajar pula bukan dengan satu buku, bukan dengan satu guru. Belajarlah dengan sebanyak buku dan sebanyak guru yang boleh. Jika kita sesat, bukan ustaz, bukan guru yang harus dipersalahkan, sebaliknya salahkanlah diri sendiri yang malas belajar.
KESIMPULAN
Jika Engkau pandang yang BATIN, Engkau sentiasa HIDUP. Jika Engkau pandang yang ZAHIR, engkau sentiasa MATI.
Engkau tidak akan mengalami hal MATI SEBELUM MATI hanya sekadar berkobar-kobar mengucapkan teori kata-kata. Hal MATI SEBELUM MATI adalah hal yang engkau RASAKAN bukan hal yang engkau perkatakan !
MEMAHAMKAN ISTILAH MATI SEBELUM MATI DALAM BAHASA MUDAH
Untuk memahamkan hal teori Mati Sebelum Mati kita perlu memahamkan intisari hal AIR dan intisari hal SAHLA kerana hal intisari AIR dan hal intisari SAHLA adalah saling kait mengait dan banyak persamaan.
Dalam dunia fizikal, air hanya wujud dalam bentuk KONSEP PEMIKIRAN. Intisari atau Hakikat air, tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Bila engkau bercakap soal air, yang dicakapkan adalah hal Hidrogen dan Oksigen (H2O), lantas menghilangkan nama air. Realitinya, bukan saja air, bahkan semua BENDA yang kita cakapkan adalah semata-mata hal KONSEP yang tercetus dari pemikiran.
Air adalah elemen penting dalam kejadian hidup dan mati manusia. Dalam perspektif jasad manusia, air itu berkaitan hal gelombang dan frekuensi yang dizahirkan oleh INTISARI TENAGA yang digerakkaan melalui DNA, jantung, otak dan seluruh sistem kelenjar jasad. Makanya, memahamkan hal intisari air itu adalah sangat penting agar kita dapat memahamkan hal SAHLA.
SAHLA adalah hal realiti yang semua diri mengalaminya. SAHLA bukan konsep. Ia juga bukan hal fikiran. Ia adalah hal realiti yang boleh dinikmati semua Diri namun hal intisari atau hakikat SAHLA, tidak ramai yang SEDAR dan tak ramai yang tahu untuk mengalaminya.
MATI SEBELUM MATI vs SAHLA
Teori Mati Sebelum Mati itu merujuk kepada hal SAHLA. Makanya, apakah itu SAHLA?
S.A.H.L.A itu acronim yang bermaksud Sedang Alami Hal Luar Akal. Sains menggelarnya sebagai PURE CONSCIOUSNESS
Bahasa Mudahnya Begini ....
Engkau solat atau bertafakur atau meditasi dalam keadaan yang tenang hingga engkau terlupa hal Deria Pengamatan. Terlupa hal mata, lupa hal telinga, lupa hal hidung, lupa hal lidah, lupa hal kulit.
Kemudian Akal mula 'hilang' dan peranan otak terhenti hingga tiada lagi apapun yang difikirkan, tiada apa lagi pun bayangan yang terpacul di benak fikiran.
Kemudian degup jantung makin perlahan hingga tiada lagi emosi, tiada lagi perasaan. Tiada lagi terlihat apa-apa penglihatan, tiada lagi terdengar apa-apa pendengaran, tiada lagi terbau sesuatu, tiada lagi rasa di lidah dan tiada lagi terasa sentuhan di kulit.
Bila semua ini berlaku, maka apa lagi yang tinggal ? Bukankah segalanya terhenti ? Bukankah segalanya mati?
Hal di kala segalanya terhenti inilah yang dikatakan SAHLA atau MATI SEBELUM MATI. Keadaan berada dalam dimensi yang TIADA SEGALA SESUATU inilah yang dikatakan SAHLA. Hal SAHLA inilah hal HAKIKAT DIRI. Inilah Intisari MATI SEBELUM MATI.
Makanya, jika ada yang belum terhenti di saat engkau mengatakan engkau mengalami MATI SEBELUM MATI, itu adalah sekadar kata-kata penyedap bicara !!
Bolehkah segalanya terhenti di saat engkau sedang meneruskan kehidupan biasa engkau? Bolehkah segalanya terhenti di saat engkau sedang makan, tidur, riadah, bersenggama?
Jika boleh dan jika engkau benar-benar sedang mengalaminya, makanya engkau adalah orang yang benar, kerana kebenaran hanya wujud pada engkau. Hanya engkau sendiri yang tahu kebenaran tentang apa yang engkau alami.
Jika tidak, engkau adalah si PENIPU yang paling besar terhadap Diri engkau sendiri!
Makanya, SAH-LA !
BOLEHKAH KITA MERASAKAN MATI SEBELUM MATI ?
Boleh ! Jika engkau tahu TeknologiNya.
Soalan di atas berkaitan tentang hal Realiti Ilmu.
Ilmu itu terbahagi kepada 4 bahagian teknologi.
1. Teknologi Bahasa Ilmu
2. Teknologi Operasi Ilmu
3. Teknologi Manupulasi Ilmu
4. Teknologi Realiti Ilmu
Ramai di antara kita hanya arif hal-hal berkaitan Bahasa ilmu. Menguasai teknologi bahasa ilmu hanya membolehkan kita menjadi Tukang Karut atau Professor Kata-Kata yang hanya pandai berkata-kata. Kenapa ? Kerana bercakap, bersyarah, berpidato, berhujah, berdialog dan berteori betul salah saja yang kita lakukan setiap hari hingga menjadi rutin, rutin jadi tabiat, tabiat jadi budaya. Maka, jadilah kita Pakar Teori yang balik balik dok citer tang tu.
Mati Sebelum Mati (MSM) adalah hal Realiti Ilmu yang harus dirasai dalam keadaan PENUH KESEDARAN. MSM bukan hal teori, bukan hal bahasa, bukan hal Operasi, bukan hal manupulasi tetapi MSM adalah hal Realiti yang perlu dicapai. Bila sudah ada PENGALAMAN mencapai dan merasakan hal MSM itu, maka segala persoalan berkaitan MSM itu akan terjawap dengan sendirinya tanpa bahasa kata-kata. Segala realiti menjadi KELU !
Pengalaman merasakan hal Mati Sebelum Mati itu menjadi AIN YANG DIFARDHUKAN kepada seluruh manusia, bukan hanya sekadar menjadi Fardhu Ain kepada penganut Islam sahaja. Jika engkau memahamkan hal MSM dalam batas agama, maka persepsi engkau terhadap MSM akan terhad dalam kefahaman agama engkau sahaja, sedangkan MATI itu berlaku kepada setiap makhluk dalam seluruh agama.
Ungkapan Mati Sebelum Mati itu adalah ungkapan kuno yang telah ribuan tahun dulu dipopularkan dengan bahasa yang berbeda. Sains menggelarkan MATI SEBELUM MATI sebagai OUT OF BODY EXPERIENCE. Istilah Near Death Experience dan Astral Travel juga popular. Untuk mencapai hal Mati Sebelum Mati, kita perlu tahu teknologinya.
Ada aliran Sufism Decode hal MSM melalui tarian. Raja-raja Mesir kuno (firaun) Decode hal MSM melalui teknologi Awetan Mayat (Mummy). Me-layu Decode MSM melalui agama. Yogee Decode MSM melalui Yoga.
Barangkali engkau bisa Decode Diri engkau melalui Aryan Dharma !
Nantinya, engkau akan tersenyum dan mengerti bahawa AKU tidak pernah berpisah dari ENGKAU walaupun sedetik.

hi m


Jangan lah rasa diri tu Allah disebabkan di ajarkan didalam diri ada Allah atau diri empunya diri tu Allah atau sirrusir itu Allah ke apa ke.
Hakikatnya, kita ini di ciptakan Allah langsung jadilah kita hamba kepadaNya.
Ibaratnya
1. Najis yang keluar dari mana mana lobang perkumuhan badan kamu ada dzatnya dari kamu, tapi tiba tiba, najis itu sendiri mahu mengaku dirinya adalah kamu kerana dia datang dari kamu.
Sudah lah tidak sama rupa, bau, sifat serta karakteristik seperti kamu tapi dia(najis) kehulu kehilir ngaku dia adalah kamu.
2. Kamu ciptakan peti ais yang bentuknya bukan seperti kamu,komposite nya serta fungsinya untuk sejukkan barang2 lain,namapun sudah peti ais tapi kemudian peti ais ni mengaku dia adalah kamu disebabkan kamu menciptakan dia dan dia tidak boleh di hidupkan tanpa petikan suis oleh kamu.
Penghidupan suis ini sama juga seperti kalimat la haulawalla quwatta illa billah , tiada berkuasa kita hamba Allah tanpa Nya tapi kita ni bukan Dia, Dia petik suis hayat( barang ciptaanNya juga) maka hiduplah kita.
Ini perumpamaan bagi mereka yang belum lagi paham paham atau sengaja buat tak paham.
Komen
Badri allah bg ilmu nyata kaedah ciptakan sesuatu cthnya dlm satu sistem program.. web page. .. virus, ,., semua hidup dlm sistem data...
Urus
Balasan9h

hi m


PERCAYA @ TAK MANUSIA ITU DARI PROSES RECYCLE DAN OSMOSIS ATAUPUN DIKITAR SEMULA / DIGUNA SEMULA( DARI MAYAT / SARIPATI/ MANUSIA)
Komen
Kay Tamanneh Setuju, tn tanah sendiri mungkin recycled dari Nur Din
Urus
Balasan19juta
Balasan6juta

hi

Foto Hakikat Insan.

JALAN PINTAS BUAT KEKASIHKU

JALAN PINTAS BUAT KEKASIHKU
________________________________________
Andai kata engkau tidak dapat sampai kepadaKU, kecuali sesudah habis lenyap semua dosa serta kekotoran syirik; nescaya engkau tidak akan dapat sampai kepadaKU, buat selamanya..
________________________________________
Tetapi apabila AKU sendiri yang menarik engkau kepadaKU, maka AKU menutupi sifatmu dengan sifatKU, dan AKU menutupi kekuranganmu dengan kurniaKU..
________________________________________
Hilangkan pandangan mahkluk kepadamu, kerana puas dengan penglihatan AKU kepadamu. Dan lupakan perhatian makhluk kepadamu, kerana melihat bahawa AKU menghadap kepadamu..
_________________________________________
Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah saat ingat kepada AKU, dan putus hubungan dengan segala sesuatu yang lainnya..
________________________________________
Dan apabila pada saat itu tidak ada lagi pandangan yang lainnya dari AKU, maka pada saat itu, murnilah pengertian tauhidmu itu kepadaKU..

DEKATILAH WALI-WALI ALLAH

DEKATILAH WALI-WALI ALLAH
Maha Suci Allah yang menyembunyikan kekasih-kekasihNya, dan sengaja tidak memberikan tanda pengenalan kepada wali-waliNya kecuali sekadar untuk mengenal kepadaNya.,
Sebagaimana tidak menyampaikan oleh mereka akan ilmu dan perjalanannya, kecuali kepada orang yang hendak disampaikanNya untuk mengenal kepada Allah;
itulah HIKMAH YANG MAHA TINGGI.

hi

Aku percaya adanya Tuhan Allah Taala S.W.T.
Apakah cukup dengan keyakinan begitu saja?
________________________________________
Apakah adaNya yang ada itu berada di arasy, atau di langit di atas kepala kita, ataukah Dia berada di dalam syurga yang ke 8?
________________________________________
Kepercayaan yang seperti itu adalah kepercayaan orang taklid buta. Kerana pada orang kebanyakan, mereka itu meraba sendiri-sendiri. Sedangkan dalil ada mengatakan:
WANNAHU AKROBU ILAIHI MINHABLIL WARID
Ertinya : dekatnya urat lehermu dengan daging. Maka lebih dekat lagi keberadaan Tuhan itu.
________________________________________
Jadi makna rukun iman yang pertama tadi harus begini, dan tidak bisa dicari dengan dalil dalil yang lain lagi.
Inilah peganganmu.