Tuesday 31 May 2016

Hakikat Insan


Assalamualaikum dan dalam sejahtera buat semua sahabat hakikat dan makrifat yang mengikuti perjalanan page ini. Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita berterima kasih kepada Allah kerana diberi peluang kepada kita untuk menyatakan kewujudanNya dan diberi peluang untuk mendekatinya, alhamdulillah.
Baru-baru ini, kecoh berita mengenai penemuan salib di bahagian dalam sebuah keychain yang dibeli di kota suci Makkah. Dan pada akhirnya, kota suci Makkah itu pula yang dipersalahkan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sidang pembaca sekalian, melalui peristiwa ini, kita dapat melihat akan betapa takutnya sebilangan orang Islam akan lambang salib itu. Alasan mereka pula, dikuatiri akan terjejas akidah dan tergelincir dari agama Islam, Nauzubillah.
Tuan-tuan sekalian, apa ada pada sebatang Salib? Dan izinkan saya melanjutkan pertanyaan saya lagi. Apa ada pada lambang Jesus? Bahkan, apa ada pada sebuah patung tokong? Adakah objek-objek tersebut berkuasa ke atas diri kita? Begitu lemah dan kurangnya iman sebahagian daripada kita dewasa ini, sehingga terlalu fobia dengan perkara-perkara kecil seperti ini. Sedangkan semua itu, tidak lain dari makhluk ciptaan Allah, semuanya Allah belaka. Apa lagi yang perlu ditakuti jika semuanya sudah Allah?
Itulah makanya, bagi golongan hakikat dan golongan makrifat, tidak wujud lagi istilah takut dalam diri mereka itu, melainkan keyakinan kepada Dia semata-mata. Takut mereka itu, hanya kepada Allah semata-mata. Pada pandangan mereka itu, semua Allah belaka. Siapa di sebalik salib itu? Siapa di sebalik bible itu? Dan siapa di sebalik patung dewa di kuil itu? Sila jawab pertanyaan saya ini, Tuan-Tuan!
Admin Sheikh Al-Islam

LikeShow More Reactions
Comment

Saturday 28 May 2016

Ilmu

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
Kawe pernah ditanya oleh seseorang, dimana beliau mengetahui ilmu tasauf dan kaedah mempelajarinya.
Maka saya mengemukakan jawapan ini.

๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ
"Jika kita ingin menjadi seorang ahli tasauf, maka Rasulullah SAW adalah model terbaik kepada ilmu dan pengamalan tasauf disepanjang zaman.
Beliau merupakan manusia yang paling tahu, bagaimana caranya untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Pada asasnya, matlamat utama pelantikan Rasulullah SAW sebagai Rasul adalah untuk mendidik dan mengajar manusia kaedah yang tepat mendekatkan diri kepada Allah.
Jika kita belajar ilmu tasauf dengan matlamat untuk mendidik diri kita supaya mendekatkan diri kepada Allah, maka kita mesti belajar dari Rasulullah SAW bagi mencapai matlamat ini.
Kita mestilah memperkasakan diri kita dengan mempelajari sebanyak mungkin hadis-hadis yang sahih mengenai akhlak dan pergerakan harian Rasulullah SAW.
Kita mestilah mengelak diri dari mempelajari ajaran yang kabur dan terasing dari kehendak Rasulullah SAW.
Begitu juga, setiap amalan yang diamalkan mestilah mematuhi dan menepati ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan bersumberkan sumber yang sahih.
Kita janganlah taksub dan menerima secara "membabi buta" apa yang diperkatakan oleh mana-mana pihak tanpa memastikannya menepati kehendak perundangan Islam.
Kita juga mestilah sedaya upaya menolak cerita-cerita khayal yang menceritakan mengenai kehebatan dan kekeramatan mana-mana individu.
Dimana cerita-cerita ini bukan sahaja tidak diketahui kesempurnaan sumbernya, bahkan kesahihannya boleh dipertikaikan.
Suka saya menarik perhatian, bahawa ibadat paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan menghadirikan diri dalam kuliah agama dan takirah, khususnya di masjid-masjid.
Sesungguhnya, hati yang mati boleh disembuhkan melalui peringatan dan tazkirah mengenai kehebatan Allah dan agama-Nya.
Begitu juga hati yang sakit dan berpenyakit boleh diubati bila kita sentiasa memuhasabah diri dan mendapat peringatan dari Allah dan Rasul-Nya.
Ada beberapa buah kitab/buku muktabar yang dikarang oleh para ulamak yang boleh dijadikan rujukan. Sebagai cadangan, saya mencadangkan buku Riyadul as-Solihiin karangan Imam an-Nawawi (terdapat dalam edisi melayu) sebagai rujukan utama mengenai kaedah mendekatkan diri kepada Allah.
Buku ini mengandungi kumpulan hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai pendidikan akhlak dan latihan kerohanian yang diperlukan".

๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ๐ŸŒบ
Tok serambi mei 27/2016

ni kah win

Pakej Nikah Thailand
Contact Hj Man
013-4867148

**********

PAKEJ 1
~~~~~~

Pakej Nikah Di Thailand 1 Hari

Trip 1: Isnin
Trip 2: Selasa
Trip 3: Rabu
Trip 4: Khamis
Trip 5: Sabtu
Trip 6: Ahad

Rm1,000 termasuk:

1) Pengangkutan 1 hari
2) Penginapan (untuk tukar pakaian)
3) Makan tengah hari
4) Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
5) Bayaran imam jurunikah
6) Bayaran 2 orang saksi
7) Bayaran fotostat semua dokumen
8) Gambar dan video
9) Panduan pendaftaran nikah luar negara

(Rm1,000 tak termasuk bayaran pengesahan dokumen dari Pejabat Konsul Malaysia)

TENTATIF

7.00 pagi: Bertolak dari Pendang/ Alor Setar/ Bukit Kayu Hitam.

11.00 pagi: Urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

12.30 tgh hari : Makan tengah hari di Songkhla.

2.00 petang : Bertolak pulang ke Malaysia.

5.00 petang : Di jangka tiba di Alor Setar/ Pendang/ Bukit Kayu Hitam.

**********

PAKEJ 2
~~~~~~

Pakej Nikah Di Thailand 2 Hari 1 Malam

Trip 1: Isnin-Selasa
Trip 2: Selasa-Rabu
Trip 3: Rabu-Khamis
Trip 4: Khamis-Jumaat

Rm1,300 termasuk:

1) Pengangkutan 2 hari
2) Penginapan 2 hari 1 malam
3) Makan tengah hari
4) Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
5) Bayaran imam jurunikah
6) Bayaran 2 orang saksi
7) Bayaran Konsulat Jeneral Malaysia
8) Bayaran fotostat semua dokumen
9) Gambar dan video
10) Panduan pendaftaran luar negara

TENTATIF

Hari Pertama:

7.00 pagi: Bertolak dari Pendang, Kedah.

11.00 pagi: Urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

12.00 tgh hari : Urusan pengesahan nikah (hantar permohonan) di Pejabat Konsul Malaysia, Songkhla.

1.30 tgh hari : Makan tengah hari & Check in di Grand Plaza Hotel, Pusat Bandar Hatyai.

2.00 petang : Aktiviti bebas (Kim Yong Market/ Night Market/ Green Market/ Floating Market)

Hari Ke-2:

1.00 tgh hari : Check out hotel & bertolak ke Pejabat Konsul Malaysia.

2.00 petang : Urusan pengesahan nikah (ambil dokumen) di Pejabat Konsul Malaysia, Songkhla.

3.00 petang : Bertolak pulang ke Malaysia.

6.00 petang : Di jangka tiba di Alor Setar/ Pendang/ Bukit Kayu Hitam.

**********

NOTA:

- Bagi pasangan lelaki atau perempuan yang berumur bawah dari 20 tahun mesti hadir bersama ibu atau ayah.

- Bagi pasangan yang membawa kenderaan sendiri boleh letak kenderaan di parking lot Plaza Tol Pendang atau Kompleks Bebas Cukai, Bukit Kayu Hitam.

- Bagi pasangan yang menaiki bas perlu tiba di stesyen bas Changlun @ Alor Setar (Kedah) sebelum 8.00 pagi.

- Bagi pasangan yang mengambil penerbangan terus ke Lapangan Terbang Hat Yai perlu tiba sebelum 2.00 petang.

**********

Dokumen yg perlu bawa:

1- kad pengenalan
2- passport antarabangsa
3- surat cerai asal (bagi janda saja)
4- surat akuan masuk islam (bagi muallaf saja)
5- surat kebenaran dari majikan (bagi polis & tentera saja).

**********

Bagi yg dah confirm, sila isikan detail seperti dibawah :

1. Nama:
2. Nama Pasangan:
3. Tarikh Nikah:

Wow ... Sampai habis dibacanya ... Tak sangka juga ... Ramai yang minat membaca disini ... Ha ha ha ...

Friday 27 May 2016

Tazkirah

๐Ÿ“ป๐Ÿ“กKuliah Dhuha Kitab Syarah Hikam Abi Madyan 27.05.2016๐Ÿ’ฝ๐Ÿ“–

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡
ุงุนูˆุฐ ุจุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ุงู„ุฑุฌูŠู…
ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡ ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ู‰ ุฑุณูˆ ู„ ู„ู„ู‡ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุงุฌู…ุนูŠู†..

Sebagaimana kata Syeikh ra..
Takutilah dirimu daripada cenderung kepada yang lain selain Allah, maka Allah akan mencabut kan daripadamu kelazatan munajat bersama dengan Nya.

Hadapkanlah hatimu sepenuh kepadaNya. Peliharakanlah hatimu daripada menghadap kepada yang lain selain Dia saja

Selagi ada selain Allah ada dlm dalam hati selagi itulah ibadah, zikir, munajat dan doa menjadi tawar dan hambar

Apabila hati dipenuhi dgn ingatan kepada Allah nescaya Dia akan mengharamkan selain Allah masuk kedalam hati

Maka sungguh2lah berzikir kepada Allah pagi dan petang dan setiap masa

Jadikanlah zahir dan batinmu dgn bermuamalah, beribadah dan menghambakan diri kepada Allah

Bagi orang yg bercita2 untuk masuk kehadrat Allah dan mengenal Allah berusaha bersungguh2 mensucikan dan membersih hati dan mata hati

Kata Syeikh..
Dengan mata hati akan tercapailah manafaat dunia dan akhirat

Orang yang mata hatinya buta tidak akan dapat dan berupaya untuk mendapatkan manafaat dlm perjalanan menuju Allah

Takutilah bersahabat dengan org yg jahat kerana ia lebih berbahaya daripada harimau

Kata Syeikh ra..

Perkara yang paling memudharatkan ialah bersahabat dengan orang alim yg lalai, orang sufi yang jahil dan pemberi peringatan yang menghiasi perkataannya supaya dunia menghadap kepadanya

Kata Syaidina Ali ra.. kepada Hassan al Basri..
Apakah perkara yg mengukuhkan agama?
Jawabnya..warak..
Beliau bertanya lagi.
Apakah perkara yang membinasakan agama?.
Jawabnya... tamak..
Lalu beliau pun berkata. Duduklah.. orang seperti kamu ini memang layak duduk mengajar

Sesungguhnya cinta kepada dunia adalah pokok segala kejahatan

Kata Syeikh ra..
Sesiapa yang anda lihat mendakwa bersama Allah dalam halnya padahal tidak tampak pada zahirnya ada tanda yang menunjukkan kebenaran dakwaannya itu, maka hendaklah anda menjauhinya

Sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya seolah2 wali Allah, sedangkan pada zahirnya tidak tampak ada padanya yang menunjukkan ia menjaga syariat dan berjalan dengan jalan thareqat, makanya hendaklah menjauhinya..


Jika ada orang mendakwa wali maka hendaklah dengarlah dan bergaullah dengan nya dahulu...insya Allah kelak akan terbuka samada ia wali asli atau wali sadur

Abu yazid tika menziarahi seorang yg dikata wali..dilihatnya wali itu meludah ke arah kiblat lalu beliau terus beredar meninggalkan wali itu

Kata Abu Yazid al Bastami..
Jika lelaki ini tidak percaya salah satu daripada sunnah syariat bagaimana pula ia akan percaya rahsia2 sirr kewaliannya?

Jika orang tidak mampu terikat dengan zahir syariat, bagaimana pula dia akan mampu terikat dengan thareqat?

Sesetengah orang Arif berkata. Tanda sahnya ahwal itu ialah istiqamah dalam segala afaalnya..

Berkekalan dalam hal maka ianya jadi maqam...
Tika dok sabar, mari ilham teguran supaya sabar.. maka berkekalan dlm sabar maka jadilah ia maqam sabar...
Kata Syeikuna..

Ahwal adalah suatu keadaan yg mendatangkan dalam hati seseorang dengan tiba2 tanpa diusahakan iaitu gembira, susah, sempit lapang, yg digerakkan oleh hati yg beroleh ilham

Abu Said al Khudri ra berkata..
Setiap bathin yang menyalahi bertentangan dengan zahir itu adalah bathil. Jadi baik nya bathin itu adalah kerana sentiasa baiknya zahirnya, jika baik hati itu nescaya akan tampak nyata cahayanya kepada anggota tubuh badannya

Antara tanda2 dan bukti menunjukkan orang yg mempunyai ciri2 tersebut..

1. Memelihara waktu dan sentiasa mengekalkan jamaah..

2. Memelihara setiap pancainderanya daripada sesuatu yang tidak berfaedah

3. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran

4. Kasih sayang terhadap sekalian makhluk.

5. Berpaling daripada dunia..

6. Berkelakuan baik samada orang yg dekat mahupun jauh serta memberikan hak
Masing

7. Membalas kejahatan dengan kebaikan..

8. Mengikat semula hubungan silaturrahim dengan orang yg memutusnya...

9. Memberi semula kepada orang yg memgharamkan pemberian kepadanya..

10. Memaafkan kesalahan orang yg menzaliminya

Hendaklah memelihara kaeadah syarak berjalan dengan thareqat sentiasa muraqabah kepada Allah tanpa henti serta berpaling daripada dunia..

Barangsiapa yg tidak nampak segala apa yang berlaku pada makhluk itu adalah perbuatan Allah maka itu tanda tauhidnya belum sempurna

Syeikh ketika pergi kl dibuka Allah padanya segala perbuatan Allah. Segala perbuatan pada makhluk, itu adalah perbuatan Allah..

Syeikh kita telah menerima pangkat wali dari Allah pada tahun 80..

Maulana Syeikh Rahimi telah berjalan ke 36 negara mencari guru mursyid dan akhirnya dipertemukan dengan Syeikh kita dan terus ambil Ismul- Adzam dengan Syeikh

Ramai orang tdk kenal Syeikh termasuk anak2 murid Syeikh kerana terhijab dengan mata hati yg kotor

Syeikh dapat pangkat wakil Tuhan direct dengan Allah..

Jauhilah dirimu daripada orang yg suka mendustai syarak.. ia memberi peringatan kepada manusia sedangkan dirinya belum menerima inayah daripada Allah

Kata Syeikh ra..

Sesiapa yang keluar kepada makhluk untuk mengajar atau memberi nasihat sebelum adanya wujud hakikat yang diajarnya iaitu dia belum ada lagi bersifat dengannya atau ia belum layak lagi atau belum ada seruannya untuk melayakkan ia mengajar maka dia adalah orang yg dimurkai Allah

Orang yg  belum dapat izin Allah untuk berkata2 tidak akan dapat menyampaikan kata2 kepada manusia dengan berkesan dan sempurna

Orang yg fana.. berkata semuanya Allah..
Orang baqa akan berkata makhluk sedangkan hatinya melihat Allah

Kata Syeikh ra..

Tidak akan sampai kepada nampak nyatanya merdeka selagi orang itu masih ada tinggal dirinya

Kata Zu al Nun al Misri tika ditanya.. apakah hijab yang paling tebal dan tersembunyi.. ? Jawab beliau ra. Melihat diri dan mentadbirnya...

Wassalam

Mengenal Allah

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Hari ini hari Jumaat dan esoknya hari sabtu.

Nak kenal tubuh Muhammad, diri dua menjadi satu.....

Mengenal Allah itu, hendaklah MELALUI DUA SIFAT MENJADI SATU!. Ertinya disini hendaklah kita menfanakan diri (membinasakan diri). Daripada dua diri asalnya, hendaklah menjadi satu. Iaitu tidak lagi ada diri zahir dan tidak lagi ada diri yang batin. Diri kita yang sebenar benar diri itu, ADALAH SATU DAN TIDAK DUA.

Setelah mengenal diri yang satu, maka mengenal lah kita kepada Allah Taala. Lihatlah apa saja yang hendak kita pandang dan tiliklah apa yang hendak kita tengok. Yang pentingnya disini, pandangan kita itu jangan sampai singgah dimana mana, melainkan singah dan tamat pada yang satu. Mengenal Allah itu, adalah melalui CANTUMAN DUA SIFAT MENJADI SATU. Asal bermulanya kita itu, adalah dari yang satu. Memandangkan kebanyakannya kita ini leka dan terbuai dengan dunia KEBERADAAN SIFAT KEAKUAN, maka menjadinya kita itu terbahagi kepada dua. Sedangkan sebenarnya kita itu, adalah satu. Tetapi dikarenakan terbuai dengan sifat keakuan diri, maka jadilah kita itu dua (walaupun pada hakikatnya satu).

Untuk kembali menjadi satu, hendaklah kita lihat bahawa yang diri kita (diri zahir dan batin) ini, sesungguh dan sebenar benarnya tidak ada (kalaupun ada, adanya itu tidak lebih sekadar bayang). Itu makanya kita kena ingat kata kata ini sampai bila bila iaitu perkataan JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI.

Setelah satu kembali kepada yang satu, barulah dikatakan sebenar benar mengenal Allah, mengenal diri dan itulah baru dikatakan sebenar benar berilmu makrifat (iaitu bermakrifat yang putus). Katakanlah bahawa kita dan segalanya ini, adalah berasal dari satu, maka hendaklah kembali semula kepada yang satu.

Firman:
Dan apakah orang orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi adalah bertaut (keduanya dahulu suatu yang satu (padu), kemudian kami pisahkan antara keduanya.... Al Anbiyaa:30...

Seumpama Firman diatas, "bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu suatu yang padu (satu), kemudian kami pisahkan antara keduanya". Asal sesuatu perkara itu, pada asal mulanya adalah satu, dari asal yang satu itulah makanya menjadikan kepada banyak.

Asalnya diri kita dan asalnya alam (yang terdiri dari langit dan bumi) itu, adalah satu. Kemudian ALLAH PISAHKAN PADA KHAYALAN AKAL, kelihatan seperti dua. Kelihatan pada pandangan kasar, ianya seperti dua tetapi pada kenyataan hakikatnya, ianya adalah satu jua.

Contohnya, seumpama perkara siang dengan perkara malam. Perkara malam dan perkara siang itu, kelihatannya seperti ada dua perkara, dua benda atau dua kewujudan. Pada asalnya dan pada hakikatnya yang dua itu, sebenarnya adalah satu (sebagaimana firman diatas).

Kalau perkara malam dan perkara siang itu dikatakan ada memiliki dua sifat yang berlainan, cuba kita pisahkan antara keduanya!. Bolehkah kita pisahkan antara keduanya?. Seumpama kain dengan warna. Kelihatannya seperti ada dua sifat (dua unsur) tetapi kalau ianya dua sifat atau dua unsur, cuba tuan tuan pisahkan antara kain dengan warna. Bolehkah tuan tuan pisahkan antara kain dengan warna. Kalau kita pisahkan antara warna dengan kain, nescaya koyaklah kain.

Kain dan warna umpama lagu dan irama. Sebagaimana kain dengan warna dan sebagaimana lagu dan irama, sebegitulah hubungan antara Allah dengan hambaNya!. Lihat dan perhatikan baik baik antara perkara malam dan perkara siang.

Kemana perginya malam bila datangnya siang dan kemana perginya siang bila datangnya malam?. Bilamana datangnya malam, kemana perginya siang dan bilamana datangnya siang, kemana perginya malam?. Kedua dua itu, sebenarnya satu jua. Siang dan malam itu, adalah perkara satu, HANYA DIPISAH PISAHKAN OLEH MATA (KHAYALAN AKAL). Cuba tidak ada mata dan cuba tidak akal. Mana ada siang dan mana lagi adanya malam. Melainkan satu jua!. Jika perkara malam dan perkara siang itu wujud dua sifat, pastinya ada sempadan. Manakah sempadan malam dan manakah sempadan siang. Jika sesuatu perkara yang dikatakan berdua, semestinya mempunyai sempadan diantaranya. Jadi manakah sempadan siang dan manakah sempadan malam, kalau kita kata ianya ada dua wujud?.

Siang dan malam itu, sesungguhnya adalah satu. Begitu juga kehidupan kita dengan Allah. Dalam kehidupan kita, kita jangan sekali kali pisahkan antara kita dengan Allah. Jangan sekali kali kita pisahkan antara dunia dengan akhirat. Dunia dan akhirat, hidup dan mati, fana dan baqo, nafi dan isbat itu, sesungguhnya adalah satu. Begitu juga Allah dengan kekasihnya Muhammad Rasulullah. Begitu juga antara hamba dengan tuannya dan begitu jugalah antara makhluk dengan Allah Taala. Apa lagi antara Allah dengan kekasihNya Muhammad Rasulullah.

Hari ini hari jumaat dan esoknya hari sabtu.

Nak kenal tubuh Muhammad, diri yang dua jadikan satu...

Diri yang dua dijadikan satu, barulah dikatakan benar benar mengenal Allah. Setelah yang dua dijadikan satu, barulah dikatakan sebenar benar mengenal Muhammad Rasulullah. Ingat, ingat dan ingat!. Kita bukan nak jadi Allah, kita bukan nak mengaku Allah, kita bukan nak bersatu dengan Allah, kita bukan nak bercantum dengan Allah dan kita bukan nak bersekutu dengan Allah, ingat itu. Jangan karena kenyataan berunsur makrifat, nantinya disalah ertikan!.

Kita bukan nak bersyarikat atau kita bukan nak berkongsi kuasa dengan Allah. TETAPI NAK MENGESAKAN ALLAH, BIAR BENAR BENAR JADI SATU ( AHAD ATAU WAHDAH). Begitu juga dengan kejadian diri kita. Asal kejadian diri kita itu, pada asal mulanya adalah datangnya dari Allah sendiri. Iaitu asal datangnya dari Allah (Nur Allah). Dari Nurullah maka terjadinya Nur Muhammad dan dari Nur Muhammad itulah, makanya terjadi diri kita dan sekalian makhluk alam.

Untuk mengembalikan diri kita kepada tempat asal (Nur Allah), hendaklah terlebih dahulu  mengenal erti dan mengenal terlebih dahulu sifat yang dua menjadi satu. Bilamana kita sudah benar benar mengenal dan benar benar mengesakan yang banyak kepada yang satu, barulah akan menjadi benar benar sampai kepada Allah Taala. Selagi yang dua tetap kekal sebagai dua, maka selama itulah Allah tidak akan kita kenal. Untuk kita benar benar sampai kepada Allah (benar benar jasad kita ini sampai kepada Allah), maklumilah, hayatilah, amatilah dan fahamilah betul betul SYUHUDUL WAHDAH FIL KASYARAH DAN SYUHUDUL KASYRAH FIL WAHDAH (PANDANG SATU KEPADA BANYAK DAN PANDANG BANYAK KEPADA YANG SATU).

Akhir kata....
Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh pada sahabat sahabat yang memberikan salam dan terima kasih semua diatas segala bentuk perkongsian ilmunya disini......

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA...

Thursday 26 May 2016

fb

Putra Bbm Tuan hakikat blh v sikit pencerahan tentang jgn sampai trlihat adanya diri
LikeReply7 hrs
Othman Draman moga hamba nya dlm limpahan rahmat&hidayah allah.amin
LikeReply7 hrs
Hakikat Insan 'La maujud bil haqqi ilallah' bererti 'tiada yang wujud selain Allah'.. Jika kita merasa ada diri kita dan ada diri Allah, maka telah jatuh syirik kita pada masa itu. Jadi nya, Nabi s.a.w. bersabda 'matilah kamu sebelum mati'.. Mati yang dimaksudkan Nabi itu, ialah 'matikan' sifat diri kita.. Sifat keakuan diri kita.. Yang ada hanya Allah.. Itulah pengertian sebenar 'jangan sampai terlihat adanya diri'. Wallahualam, maafkan hamba yang fakir dan miskin ilmu ini. Semuanya dari Dia jua.
LikeReply17 hrs
Aby Cat benar seadanya...letakkan sesuatu pd tempatnya....sempurnalah akan seadanya....
LikeReply6 hrs
Othman Draman

Write a reply...
Putra Bbm Ambo murid ayahanda ust shaari hj yusof che wook.tq tuan hakikat.kalu tuan ada grup wsp masukkn sy sekali
LikeReply7 hrs
LikeReply6 hrs
Ajim Qm selagi masih memandang al quran dan hadis.. itu sajalah yg dipandangnya.. terhijab allah dsebalik kalamnya..
LikeReply16 hrs
Gajnako Fotujiro hikhikhikhik hikhikhikhik hikhikhikhik hikhikhikhik hikhikhikhik hikhikhikhik hikhikhikhik hikhikhikhik
" bila engkau melihat engkau...AKULAH CERMIN ITU!! "

LikeReply4 hrs

Hakikat Insan


Sesungguhnya nazar dan doa tidak akan mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.. Semuanya telah siap tertulis di dalam kitabNya Luh Mahfuz sejak sebelum penciptaan alam lagi.. Dan ketahuilah wahai saudaraku, kerja Allah itu, hanya sekali "Kun" sahaja.. Maka "fayakun" lah.. Bukan "kun" "kun" "kun".

Himpunan Hadis-Hadis Rasulullah SAW
Bab yang telah datang pada menyatakan larangan nazar dan sesungguhnya ia tidak dapat menolak takdir.
Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. melarang nazar. Beliau bersabda "sesungguhnya, nazar itu tidak membawa kebaikan, tetapi nazar hanya mengeluarkan harta dari orang yang bakhil."
Hadis sahih, riwayat Imam Muslim.
Sahih Muslim, 5:77, 1006.

fb

Othman Draman buang sifat ke aku an. makin kongsi/kaji semakin jahil. mati dalam berguru bermurid ber tuntut
LikeReply1 hr
Hakikat Insan Benar itu, saudara Othman.. Apalah gunanya mendabik dada, Allah tak pandang pun dari mana kita menimba ilmu.. Tetapi berapa ikhlas kita belajar, dan niat kita lillahi taala.
LikeReply44 mins
Othman Draman
Write a reply...
Muhamad Hafiz Sarbani Kau ni mmg x sihat rupanyer...aku dah cakap itu hayalah pandangan aku...x yah siboklah nak menghina aku pasal kaji sana sini...aku tengok masalah hati kau sakit ni...lantak kau lah labu kalu mcm perangai islam kau....
LikeReply57 mins
Muhamad Hafiz Sarbani Suchyar Makmur apa kau nak cerita tersirat n tersurat...bagilah aku nak tengok...? Cam paham sangat kan...
LikeReply55 mins
Aby Cat yg tersurat...kau ni x fhm....yg tersirat kau buat2 fhm.....betulkan....
LikeReply27 mins
Othman Draman

Write a reply...
Othman Draman teladani sifat ke tiada an dlm tukak agama utk mencari kebenaran.
LikeReply51 mins
Hakikat Insan Kesimpulan nya, tak payah la kita melayan saudaraMuhamad Hafiz Sarbani kita ini. Biarlah dia dengan dunia perbandingan israeliyyat dan greek kuno dia itu.
LikeReply41 mins
Suchyar Makmur Ilmu bkn untuk diperdebatkan tapi jika anda mempunyai kelebihan aku akan belajar karena saya manusia biasa Akan selalu kekurangan walau sampai nanti bila rohku terpisah dari jasat ku namun aku tetap kekurangan ilmu
LikeReply32 mins
Putra Bbm Tuan hakikat blh v sikit pencerahan tentang jgn sampai trlihat adanya diri
LikeReply19 mins
Othman Draman moga hamba nya dlm limpahan rahmat&hidayah allah.amin
LikeReply16 mins
Hakikat Insan 'La maujud bil haqqi ilallah' bererti 'tiada yang wujud selain Allah'.. Jika kita merasa ada diri kita dan ada diri Allah, maka telah jatuh syirik kita pada masa itu. Jadi nya, Nabi s.a.w. bersabda 'matilah kamu sebelum mati'.. Mati yang dimaksudkan Nabi itu, ialah 'matikan' sifat diri kita.. Sifat keakuan diri kita.. Yang ada hanya Allah.. Itulah pengertian sebenar 'jangan sampai terlihat adanya diri'. Wallahualam, maafkan hamba yang fakir dan miskin ilmu ini. Semuanya dari Dia jua.
LikeReply1