Saturday 30 April 2016

hakikat mandi

Mandi Junub
Memang benar darah itu kotor. Usah kata darah haid, darah yang keluar dari kulit pun terbatal air sembahyang!. Hukum Allah dan hukum sunnah Rasul itu, tidak boleh kita pinda atau mengadakan sunnah yang baru!. Namun saya mahu mengajak tuan-tuan sekalian, supaya jangan tertinggal untuk melilhat bukan sahaja pada kulitnya atau pada bunyi syariatnya!. Syuariat rasul itu, hendaklah ditilik dan dilihat serta hendaklah dipandang pada sudut hakikat disebaliknya!.
Walau bagaimanapun ia, ingin saya bertanya kepada tuan-tuan yang cerdik pandai sekalian. Sila jawab dengan jujur. Darah haid yang keluar, telah dikelasifikasikan atau telah dianggap sebagai najis atau kotor, sehingga hukumnya kena mandi wajib!.
Baiklah jika begitu keadaannya, bagaiamanapun disini, sukalah saya bertanya kepada sekalian yang ada. Sila jawab dengnan jujur!. Darah haid yang keluar itu, telah dianggap kotor sehingga mewajibkan mandi junub!. Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan darah yang membeku atau darah yang terperanggkap didalam rahim? Darah yang masih belum keluar dan yang masih berada didalam perut, apakah Allah tidak nampak?. Apakad Allah itu hanya nampak pada darah yang keluar sahaja?. Cuba jawab pertanyaan saya. Jawab?.
Apakah diantara darah yang keluar dan dengan darah yang didalam rahim itu berbeza?. Setahu saya ianya tidak berbeza, baik yang didalam mahupun yang diluar, ianya adalah juga darah yang sama juga!.
Orang yang berpendidikan ilmu syariat, mereka berpenglihatan hanya untuk melihat sesuatu perkara yang zahir atau hanya dapat mentafsir dari sudut luaran sahaja. Kebanyakkannya dari mereka, rata-rata hanya dapat melihat dari sudut feqah dan mereka tidak tahu langsung untuk menghubung kait atau untuk merujuk sesuatu perkara itu, kepada penglihatan melalui sudut ilmu disebaliknya!.
Baru-baru ini saya terbaca surat khabar yang negeri America berlaku banjir. Ramailah ustaz-ustaz dikaca talivision yang mengatakan bahawa itu, adalah laknat dari Allah, disebabkan kezaliman America. Berlakunya sunami dinegara Acheh, dikatakan bahawa Aceh negara yang banyak maksiat. Allah nak mensuci maksiat di Acheh.
DiAhfghanistan, diAzabaijan yang berlaku gempa bumi, kenapa tidak mereka katakan untuk mensuci kemaksiatan?. Kebanyakkan ulamak kita sekarang ini, hanya tahu tuduh orang itu salah dan orang ini salah. Sedangkan mereka tidak nampak didalam rumah tangga mereka sendiri dan didalam diri mereka masing-masing, lebih zalim dari syaitan. Begitu juga dalam hal hukum hakam, hanya tahu melihat perkara zahir!.
Disini, marilah wahai sahabat-sahabat sekalian, saya ingin berseru kepada sekalian mana yang ada melayari laman web saya ini, cukup-cukuplah melihat yang zahir. mari kita berubah dengan melihat disebaliknya!.
Berbalik kita kepada darah haid yang keluar dari rongga, kiasan Allah itu, “bukan sahaja ” merujuk kepada darah, nifas atau air mani. Ia sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang boleh membatalkan ingatan kita kepada Allah!. Terutama semasa terkeluarnya sesuatu yang berupa “air mani” semasa bersama suami isteri!. Sesuatu itulah yang kebanykkannya bilamana keluar, akan terlupa dan terlalai kepada Allah.
Saya mahu tuan-tuan tanya kepada isteri tuan-tuan. Apakah semasa keluar darah haid itu. apakah isteri kita lupa kepada Allah?. Dan apakah semasa kita derma darah, diketika darah kita dipam kelular dari badan itu, apakah kita lupa kepada Allah?. Setahu saya, ada kalanya isteri atau mak kita, tidak sedarpun darah (datang bulannya) sampai!.
Disini, sebenarnya Allah nak meyampai pesan atau Allah nak memberi ingatan kepada kita bahawa disebalik cerita atau kiasan haid atau air mani itu, hendaknya jangan sekali-kali kita melupai Allah. Walau diketika mana. Biarpun diketika kita bergauh (bersekedudukkan) bersama isteri!.
Tidak ada contoh lain yang lebih tepat untuk Allah, memberi pengajaran kepada kita supaya kita dapat menilik maksud disebaliknya. Perkara yang boleh mendatangkan lalai atau lupanya kita kepada Allah itu, melainkan perkara yang “terkeluarnya sesuatu dari rongga”. Tetapi bukan sahaja merujuk kepada air mani atau darah haid!. Kiasan dengan sesuatu yang keluar dari rongga itu, adalah sesuatu yang melalikan kepada Allah, seumpama kiasan bilamana kita bersama suami isteri.
Setelah kita lalai kepada Allah, hendaklah kita bawa mandi!. Perkara mandi itupun juga, adalah satu kiasan. Kiasan kepada perkara mandi itu, adalah merujuk kepada “membersihkan diri “. Membersihkan diri itu pula, bukan bermakna mandi dengan menggunakan air. Bilamana orang lupa kepada Allah, kenalah mandi junub dengan melalui proses kembalikan semula ingatan kepada Allah Taala!. Kembalikan ingatan kepada Allah, itulah yang dikatakan air.
Mandi junub itu, bukan sahaja bermaksud mandi dengan menggun air!. Maksud disebalik perkara mandi itu, adalah merujuk kepada membersihkan diri dengan megembalikan semula daya ingatan kita kepada Allah Taala. Megembalikan semula ingatan kepada Allah Taala.
Maksud air itu pula, adalah merujuk kepada air penyerahan diri kepada Allah!. Membersihkan diri daripada lalai dan lupa kepada Allah, itulah maksud mandi junub, iaitu mandi dengan air penyerahan diri dan megembalikan semula ingat kepada Allah.
Dikeranakan haid dan nifas juga secara kebetulan keluar dari lubang atau rongga yang sama, maka di kias atau diibaratkan juga kepada haid dan nifas!. Kita jangan pandang kiasan Allah, kiasan itu sebagai panduan syariatin. Kita hendaklah mellihat disebalilk syariatin itu, masih ada mempunyai pengertian hakikotun!. Pengertian hakikotun disebalik keluar sesuatu dari rongga itu, adalah sesuatu yang boleh melalai atau melupakan kita terhadap Allah swt!.
Faham apa yang saya perkatakan itu betul-betul. Itulah cara suluhan ilmu hakikat, dalam menentukan hukum!
Haji Shaari, makrifat tok kenali
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment