Saturday 30 April 2016

hakikat syahadah

BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA?
APAKAH NAFI DAN ISBAT ITU, BERCERAI ATAU BERSEKUTU?
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramai dikalangan kita tidak tahu apa itu nafi dan tidak tahu apa itu isbat?. Barang siapa yang tidak tahu nafi dan isbat, tidaklah ia bersyahadah, melainkan seumpama syahadahnya seekor nurung tiong.
Apakah Islam burung tiong itu, bilamana mereka bersyahadah?. Cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya.Sekiranya jawapan tuan-tuan memihak kepada tidak, bererti sesiapa diantara kita yang bersyahadahnya tanpa megetahui akan nafi dan isbat, mereka-mereka itu tidak ubah bersyahadahnya seperti seekor burung tiong!.
Jika syahadahnya seekor burung tiong itu tidak boleh mengislamkan dirinya, maka sedemikianlah juga syahadah kita yang tidak tahu perkara nafi dan isbat. Barang siapa diantara kita yang tidak tahu nafi dan isbat, ianya belum tentu boleh mengislamkan kita!. Kiranya syahadah kita tidak boleh mengislamkan diri kita, apakah agama bagi kita yang seumpama itu?. Cuba tuan-tuan jawab pertayaan ini?.
Bagi sesiapa yang ingin mendapat barokah guru-guru terdahulu, saya minta kepada semua yang membaca karangan ini, hendaklah sekalian patuh dan ikut saranan saya. Sekarang saya mahu tuan-tuan jawap segala pertanyaan saya diatas kertas. Samada jawapan itu memihak kepada ia atau tidak, saya mahu tuan-tuan saksikan jawapan tuan-tuan itu, di atas kertas. Sekiranya membaca sekadar hobi, abaikan saja saranan saya!. Sekali lagi saya bertanya, sekiranya syahadah kita yang tidak tahu nafi dan isbat,
1) Apakah bezanya dengan burung tiong?.
2) Kiranya tidak berbeza antara syahadah tiong dengan kita, , apakah kita itu Islam?.
Nafi dan isbat itu, seumpama baju dan warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang. Baiklah sekarang jawab lagi soalan saya. Apakah warna baju yang tuan-tuan pakai sekarang?. Bagi lelaki yang kebiasaannya tidak pakai baju bilamana dirumah, saya mahu tanya, apakah warna kain yang tuan-tuan pakai sekarang?.
Sekiranya warna baju atau warna kain yang tuan-tuan pakai sekarang itu, contohnya berwarna merah, saya mahu tuan-tuan cuba tuan-tuan bayangkan bilamana baju warna merah atau kain warna merah itu, kita gunting atau kita koyak dua!. Apakah warna merah pada kain atau warna merah pada baju yang kita koyak itu, boleh bercerai atau berpisah?. Soalan: Bolehkan ianya bercerai atau berpisah?.
Seandainya kain dan warna kain itu, tidak boleh berpisah, sebegitu juga kita dengan Allah!. Kita dengan Allah, tidak boleh berpisah!.
Merah itu, adalah baju dan baju itu pula, adalah juga merah!.(baju adalah merah dan merah itu adalah baju, jadilah ia baju merah).
Tetapi harus diingat!, bahawa mera h itu bukan baju dan baju pula bukan merah !. Merah itu, adalah warna, manakala baju itu pula, adalah kain, mana mungkin warna dengan kain itu sama?. Mustahil baju dengan merah itu sama?.
Sekiranya tidak sama, kenapa tidak bercerai dan tidak berpisah?. Bilamana dikoyak atau bilamana digunting, antara kain dengan warna, tidakkah kedua-duanya turut tergunting atau turut terkoyak?. Bilamana kedua-duanya turut terkoyak atau turut tergunting, apakah boleh ianya dikatakan bersatu dan apakah boleh ianya dikatakan berasing?. Cuba jawab?…………………………………………………….
Barang siapa yang tahu akan jawapan itu, maka fahamlah ia akan makna nafi dan fahamlah ia akan makna isbat dan dengan sendirinya akan fahamalah ia siapa hamba dan siapa itu Allah!. Inilah yang dilkatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada!.
Setinggi manapun kita, tidak mungkin tingginya kita itu, menjadi Allah dan serendah manapun Allah itu, tidak akan mungkin rendahnya Allah itu, menjadi hamba.
Bilamana kita sebut perkataan hamba Allah , perkataan sifat hamba (kita) itu, tidak sekali-kali memungkinkan kita menjadi Allah. Bilamana kita sebut Allah hamba , ianya juga sekali-kali tidak memungkinkan Allah menjadikan hamba!.
Dalam hal ini, warna tidak memungkin menjadi kain dan kain pula tidak memungkinkan menjadi warna. Tidak akan bertukar antara kain dengan warna!. Oleh itu, sebutlah serendah manapun Allah, seburuk mana atau sejahat manapun Allah, tidak memungkin Allah itu, bertukar menjadi serendah hamba!.
Mari kita sama-sama sebut perkataan hamba Allah. Perkataan hamba Allah yang kita sebut itu, adalah mengambarkan ketinggian Allah. Ketinggian hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan hamba bertukar menjadi Allah.
Mari pula kita sama-sama sebut perkataan
Allah hamba . Perkataan Allah hamba disitu, tidak sedikitpun memungkinkan atau merubah Allah menjadi hamba!
Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan!. Serendah manapun sesuatu, itulah Allah dan setinggi manapun sesuatu, itulah juga Allah. Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu. Sesungguhnya berpisah itu Allah dan bersatu itu juga, adalah Allah. Nafi dan isbat itu, berpisah tidak bersatu tiada!. Antara hamba dan Allahpun sedemikian juga adanya!.Barang siapa faham apa itu nafi dan faham apa itu isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana khalik!. Dan itulah baru benar-benar bersyahadah!. Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!
Hj. Shaari,
LikeShow More Reactions

No comments:

Post a Comment