Saturday 30 April 2016

hakikat makhluk


Ingkarnya Iblis itu, Siapa Yang cipta?
Soal: Siapa yang mengarah, memerintah, menetap atau memerintahkan iblis supaya jadi engkar?
Jawab: Iblis tidak memiliki apa-apa kuasa walau sebesar zarah bagi bertindak sendiri untuk ingkar perintah Allah. Iblis juga bergerak atau bertindak, adalah mengikut kehendak yang sudah siap tertulis oleh Allah sedari azali!. Ingkar atau patuhnya iblis itu, adalah sudah ditetap dan sudah ditentukan oleh Allah. Yang menetapkan iblis itu tidak sujud dan tidak patuh kepada arahan Allah itu, adalah Allah itu sendiri!. Bukannya atas kehendak iblis!.
Iblis itu, adalah sarong parang (keris) yang dicipta olek parang (keris). Mana mungkin sarong parang ada kuasa, menentukan bentuk rupa sarong, melainkan keris atau paranglah yang menentukan ianya menjadi sarong dan menentukan bentuk sarong!.
Iblis atau syaitan itu, adalah sarong parang dan parang itu adalah pencipta sarong!. Yang menetukan sarong itu, adalah parang atau yang menetukan iblis syaitan itu, adalah pencipta syaitan dan iblis, iaitu Allah!. Yang menentukan iblis atau syaitan itu, adalah Allah sendiri!. Mana mungkin sarong menentukan parang, melainkan paranglah yang menentu dan yang membentuk sarong. Yang menetukan iblis dan syaitan itu, adalah penciptanya, iaitu Allahh!.
Jadi yang menentukan iblis dan syaitan tidak patuh dan tidak tunduk kepada Allah itu, adalah Allah itu sendiri dan diatas kehendak, kemahuan dan ketetapan Allahlah makanya syaitan dan iblis tidak tunduk dan tidak patuh kepada Allah!.
Engkarnya iblis itu, adalah mengikut tulisan Allah, ketetapan Allah dan mengikut catatan yang sudah Allah tulis dan yang sudah Allah tetapkan sebelum ciptaan Iblis. Allah sudah tetapkan ketetapan iblis atau syaitan itu, semasa sebelum kejadian syaitan dan iblis. Sebelum kejadian atau sebelum terciptanya iblis dan syaitan, Allah sudah tulis, sudah sedia tetapkan ketetapan iblis dan syaitan!. Sujud, patuh atau ingkarnya syaitan dan iblis itu, sudah Allah tetapkan sedari azali. Allah sudah catat dan sudah siap tulis bahawa sekian masa, sekian jam, sekian tempat dan sekian keadaan iblis akan engkar. Yang mencipta Iblils itu engkar, adalah Allah itu sendiri melalui tulisanNya di Luh hul mahfuz dan bukannya pilihan iblis atau kehendak syaitan!.
Segala gerak Iblis itu, adalah telah ditentu dan telah ditetapkan oleh Allah Taala sedari azali. Iblis juga bergerak melalui gerak yang diizinkan oleh Allah. Iblis tidak boleh bergerak berseorangan tanpa izin Allah. Iblis atau syaitan, tidak boleh bertindak atau bergerak sendiri untuk mengoda kita, melainkan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah. Jadi segala gerak atau segala diamnya iblis atau syaitan itu, adalah atas perintah Allah. Iblis dan syaitan tidak ada kusa walau sebesar zarah untuk bergerak!.
Setelah kita kenal syaitan dan kenal iblis, bererti syaitan dan iblis itu sekarang ini, sebenarnya bukan siapa-siapa dan bukan apa-apa.. Oleh itu, jangan kita kisah lagi kepada iblis atau syaitan. Apa ada pada iblis atau syaitan!. Iblis atau syaitan itu, sama seperti kejadian kita, yang tidak ada daya upaya. Jangan kita ambil kisah tentang iblis atau syaitan. Iblis dan syaitan bukan apa-apa dan tiada sesiapa!., mari kita beralih untuk ambil kisah tentang Allah, dari ambil kisah tentang syaitan atau iblis yang sama tarafnya dengan kita, . adalah lebih baik kita ambil tahu Allah (mengenal Allah) berbanding mengenal iblis atau syaitan!.
Buat apa kita nak takut kepada iblis, syaitan, jembalang, hantu, pocong, hantu pari, hantu raya dan ganguan makhluk halus, tidakkah itu semua sarong. Jika mereka adalah selaku sarong, kita juga adalah sarong, buat apa nak takut kepada sesama sarong?. Marilah kita mengenal pemilik sarong atau pencipta sarong!. Buat apa mengenal sesama sarong, sarong tidak boleh memberi apa-apa bekas kepada kita. Hantu syaitan atau iblis, tidak boleh mendatangkan apa-apa bekas kepada kita. Yang memberi bekas kepada kita itu, adalah Allah!.
Setelah kita tahu dan kenal iblis dan syaitan (yang tidak memiliki apa-apa kuasa), mari kita tilik pula kuasa Allah!. Mari kita mengenal Allah dan jangan ambil kisah lagi tentang iblis atau syaitan!. Untuk itu, mari kita mengenal Allah melalui perkara “nokhtah atau titik”.
LikeShow More Reactions
Comment

No comments:

Post a Comment