Saturday 30 April 2016

solat

Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus with Pena Merah.
9 hrs
::Aurat lelaki yang jarang dibincangkan dalam solat::
1- Semasa sujud, baju dibelakang terbuka sebab baju terlalu singkat - Tidak sah solat
2- Semasa sujud, rukuk dan duduk antara dua sujud juga, bagi yang memakai seluar 3 suku semasa solat. Perhatikan semasa anda sujud, lutut anda terdedah atau tidak? Kalau terdedah - Tidak sah solat
Di luar solat?
Lutut dan pusat sahaja tetapi perlu diambil kira seluar yang dipakai. Sekiranya dia tunduk, duduk, duduk bersila, mencangkung dan berlari. - Adakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Kalau dalam solat pun tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Cara penyelesaian?
Pakai kain/seluar panjang dan baju jenis tak singkat bila sujud dalam solat. Settle. Nampak simple tapi ramai yang tidak ambil cakna.
p/s: Orang perempuan tolong SHARE, orang lelaki kalau bab aurat wanita laju je SHARE di wall mereka. (^_^)
copy paste

hakikat zat

APAKAH YANG DIKATAKAN ZAT ALLAH ?
SESUNGGUHNYA DIA TIDAK BERZAT !
Ketahuilah oleh mu duhai saudara-saudara seagamaku, bahawa Allah itu, adalah Allah yang wajibal wujud iaitu Allah yang meliputi sekalian wujudnya alam. Allah itu, adalah Allah yang benar-benar ada (wujud) dan benar-benar nyata!
Wujud atau adanya Allah itu, adalah wujud yang mutlak, iaitu wujud tanpa bentuk, tanpa sempadan, tanpa suara, tanpa huruf, tanpa jirim, tanpa jisim dan wujudnya Allah itu, adalah wujud yang tanpa had. Allah itu, dekat tidak bersentuhan dan jauh tidak berantara.
Pun begitu, Allah telah menzahirkan diriNya dalam bentuk yang berbagai. Iaitu menzahirkan diriNya dalam bentuk seumpama pakaian yang berbagai, bermacam-macam dan berbilang-bilang dalam keEsaan. Seumpama pelangi yang berbagai warna itu, bagi menzahirkan matahari yang satu.
Allah itu berbilang pada namaNya, dalam AfaalNya, dalam asmaNya dan berbilang dalam zatNya, namun satu dalam keEsaanNya! (berbilang yang terhimpun dalam yang satu). Itulah makanya wujud ilmu martabat tujuh!
Allah itu, adalah Allah, yang tidak boleh didalil-dalilkan oleh pencapaian akal. Allah itu adalah Allah, yang tidak boleh ditangkap, diungkap, difikir, dilogik, dibayang, dikhayal atau diraba oleh kebijaksanaan pancaindera akal.
Dalam karangan kitab-kitab terdahulu, ramai para ulamak yang menggunakan perkataan “zat Allah”, seumpama perkataan yang mengatakan bahawasanya “Allah itu berdiri dengan zatnya” atau perkataan “Allah dengan zatnya” dan berbagai-bagai tafsiran yang disebut dengan perkataan “zat”.
Dalam ilmu Tok Kenali, perkataan zat Allah itu, pengunaan perkataan “zat” tidak digalakkan. Kebimbangan menjadi khilaf kita mentafsirkannya. Allah bukan sifat, Allah bukan nama, Allah bukan asma’ dan Allah bukan zat! Perkara atau nisbah zat, sifat, afaal dan asma’ itu, adalah tergolong dalam golongan ciptaan Allah, iaitu anasir yang bersifat atau yang dikatakan makhluk!. Jika kita bersifat Allah juga bersifat. Jika kita berafaal Allah juga berafaal. Jika kita berasma’ dan Allah juga berasma’ dan bilamana kita berzat dan Allah juga berzat, apa bezanya zat kita dengan zat Allah, bilamana sama-sama ada zat?. Jika kita ada zat dan Allah juga ada zat, apa bezanya kita dengan Allah? Perkara zat itu, adalah perkara ciptaan Allah, sebagaimana perkara sifat, afaal dan asma’.
Bilamana kita sebut perkara sifat, kita mengaku bahawa sifat itu, adalah makhluk. Bilamana kita sebut perkara asma’, kita mengaku yang asma’ itu, adalah makhluk. Bilamana kita sebut perkara afaal, kita mengaku yang asma’ itu adalah bersifat makhluk. Tetapi bilamana sampai kepada perkara “zat”, kenapa kita mengatakan yang Allah juga ada zat? Tidakkah 4 anasir (zat, sifat, afaal dan asma) itu, anasir makhluk, kenapa sampai kepada zat, kita tamsil kepada Allah, kenapa, kenapa dan kenapa?, cuba jawab.
Itulah makanya dalam pengajian ilmu makrifat Tok Kenali, beliau tidak menggunakan perkataan zat Allah. Allah itu, adalah Allah, yang sifatnya bersalahan dengan sifat-sifat yang baharu! Ingat itu.
Erti atau makna perkataan “zat” itu, adalah bermaksud “ suatu perkara yang tiada iktibar ”, “ suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal”. Bukannya bererti perkataan “zat Allah itu, bermaksud Allah itu ada zat, Allah tidak ada zat. Perkataan zat Allah yang selalu kita sebut-sebut itu, bukan bererti Allah itu, ada roh, bukan bererti Allah itu, ada sesuatu didalam diriNya dan bukan bererti Allah itu, ada megandungi sesuatu dalam tubuhnya. Dalam diri Allah itu, tidak ada sesuatu, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada afaal dan tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah.
Adapun pemakaian perkataan “zat” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang-pengarang itu, adalah bagi menggambarkan bahawa Allah itu, tidak ada iktibar, tidak dapat dijangkau oleh akal, tidak dapat difikir oleh otak, tidak dapat dibayangkan oleh kata-kata dan sebagainya, itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “zat Allah” dan bukannya bilamana disebut perkataan “zat Allah”, ianya bererti Allah itu ada zat. Ingat itu.
Ramai yang tidak faham erti perkataan zat. Kita boleh sebut perkataan zat tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula di erti kepada Allah (kerana Allah itu, adalah Allah yang tidak umpama dengan suatu umpama). Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping denganNya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan zat! Apakah Allah itu masih memerlukan zat untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkanNya.
Itu makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa zat Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti. Itulah makanya saya tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan zat Allah (perkara yang tiada iktibar). Ingat pesanan itu, ini adalah pesananan para guru-guru terdahulu! Selepas kita faham apa itu ertinya zat, baru boleh kita guna perkataan itu!
Admin Sheikh Al Islam
LikeShow More Reactions
Comment

hakikat mati

Ingatlah, mati bukan untuk ditakuti. Tapi mati mesti diingati setiap saat dan ketika. Wajib ingat mati. Kerana mati itu pasti. Dan hidup di atas dunia hanyalah sementara. Keseronokan dunia juga sementara. Tinggalkan dosa, kau pasti tak takutkan taqdir kematian.
Mazrul Hisham
Perkara yg paling aku takuti adelah Mati! ‪#‎kitataktahubilakitakanmati‬
LikeShow More Reactions
Comment

hakikat alam


MARTABAT 7
Pertama: Martabat Ahadiyah
Apakah erti martabat Ahadiyah?.
Martabat ahadiyah itu, ertinya alam “keEsaan Allah”.
Martabat ahadiyah itu, adalah alam Allah bersendiri (tunggal). Adanya Allah semasa dialam ini, adalah Allah tanpa adanya sesuatu disampingnNya. Iaitu alam sebelum kejadian, yang dipanggil dengan nama martabat ahadiyah (martabat sebelum martabat atau alam sebelum kejadian). Semasa dialam ini,
Allah bersendirian dengan diriNya sendiri!.
Soal: Selain nama martabat ahadiyah, apakah ada nama lain?
Jawab : Ada. Selain nama martabat ahadiyah, martabat ini juga dikenali dengan panggilan nama alam “ la ta’yin” (alam sebelum kejadian atau martabat sebelum martabat). Iaitu alam semasa Allah bersendirian dengan diriNya sendiri .
Penerangan:
Maksud, atau makna “la ta’yin” itu, adalah bererti martabat sebelum kejadian (martabat sebelum adanya martabat) atau (alam sebelum alam). Iaitu martabat Allah semata-mata (semata-mata Allah dengan diriNya). Iaitu alam tanpa bercampur dengan yang lain selain Allah (diketika itu Allah semata-mata atau semata-mata Allah). Alam atau martabat diwaktu ini, adalah alam yang dipanggil dengan nama “alam la ta’yin atau martabat ahadiyah!” . Alam atau martabat ahadiyah itu, adalah alam keesaan yang murni (ketunggalan yang tunggal), iaitu alam yang tidak bercampur dengan ciptaan lain.
Contoh :
Bagi mempermudahkan faham, saya sediakan dengan contoh-contohnya sekali!. Untuk mempermudahkan faham, Martabat ahadiyah itu, boleh digambarkan bahawa Allah dimasa itu, adalah Allah yang duduk secara bersendirian (keseorangan). Semasa itu, Allah tidak ada negeri untuk memerintah, Allah tidak ada istana untuk dijadikan tempat tinggal, Allah tidak ada takhta untuk memerintah, Allah tidak ada rakyat untuk diperintah dan dimasa itu Allah tidak ada teman untuk bual bicara.
Peringatan kepada golongan feqah :
Sebelum itu, saya ingin memberi peringatan kepada golongan feqah, supaya tidak menimbulkan fitnah!. Contoh atau kiasan saya ini, jangan pula disalah erti atau disalah tafsir oleh golongan feqah. Ini adalah kiasan akal semata-mata, supaya kita mudah faham bilamana menuntut ilmu. Ramai para ulamak terdahulu yang tidak mahu menghurai bab-bab seumpama ini, tambahan pula yang bersangkutan dengan ilmu makrifat. Sebab apa ramai ulamak makrifat yang menyembunyikan ilmu makrifat?. Sebab ramai guru-guru terdahulu menyembunyikan ilmu makrifat itu, adalah kerana takut kepada fitnah orang-orang feqah!. Orang makrifat atau guru-guru makrifat itu, adalah guru yang bukan takut kepada Allah, tetapi lebih takut kepada orang feqah. Allah tidak bersifat menabur fitnah, tetapi sifat yang menabur fitnah itu, adalah orang-orang feqah. Kebimbangan diambil kesempatan oleh orang feqah menabur dan membuat fitnah.
Orang feqah itu, bukan membaca ilmu bertujuan untuk mendapatkan ilmu, melainkan mereka membaca ilmu makrifat itu, adalah semata-mata bertujuan untuk menabur fitnah dan menuduh sesat!. Ramai ulamak terdahulu mati (dihukum bunuh) kerana lidah atau kerana fitnah orang feqah.Seumpama Mansur Al-Halaj, seumpama Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, Syeikh Ahmad Al-Fatani atau seumpamanya.
Orang feqah itu, pantang melihat atau mendengar perkataan Allah ada negeri, Allah ada istana dan Allah ada rakyat. Timbullah didalam hatinya perasaan sombong dan angkuh dengan ilmu yang ada didadanya, bahawa ilmu yang ada didadanya sahaja yang lebih alim dan yang lebih tinggi, lalu menuduh ilmu makrifat itu, sesat dan salah. Dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru dan mengajak kepada kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, cukup-cukuplah memfitnah guru-guru yang berilmu makrifat. Jika semuanya guru makrifat itu kita fitnah, dimana lagi akanku cari ganti?. Bilamana guru itu meningal dunia, sudah tentu membawa pergi bersama dengan ilmunya sekali, oleh itu, dimana lagikan dicari ganti. Yang masih tersisa dan yang masih berbaki ini, tuntutlah sebelum ianya pergi meninggalkan kita selama-lamanya!. Sebagaimana meninggalnya guru-guru terdahulu!
Pilihan saya:
Namun bagi saya, saya lebih rela memilih jalan mati atau lebih rela memilih jalan dibunuh, daripada membiarkan umat Nabi Muhamad bergelumang dengan dosa syirik!.
Tujuan Belajar Ilmu Martabat Ahadiyah :
Tujuan kita belajar setiap ilmu itu, adalah bertujuan untuk tahu dan beramal. Apa gunanya setakat ilmu tahu sahaja tanpa diamalkan?. Untuk itu, segala contoh yang saya beri itu, adalah tamsil akal, semata-mata bertujuan untuk mempermudahkan akal memahaminya.
Sambung semula perbicaraan Ilmu Martabat Ahadiyah :
Mari kita sambung bab yang membicarakan soal alam ahadiyah. Setelah Allah bersendirian semasa dialam ahadiayah. Lalu Allah pun mula terfikir untuk membina sebuah negeri dan sudah mula terfikir untuk membuat istana. Perkara membina negeri dan mendirikan istana itu, dinamakan alam wahdah. Hal atau peristiwa Allah semasa dialam ahadiyah itu, tidak banyak untuk dibicarakan.
Admin Ibnu al-Khalifah
LikeShow More Reactions
Comme

hakikat ilmu

MARTABAT 7
Kedua : Martabat Wahdah.
Apakah erti Martabat Wahdah?
Martabat wahdah itu, ertinya alam “ilmu Allah”.
Penerangan:
Martabat wahdah ini, adalah alam Allah. Alam Allah yang beserta dengan ilmuNya (alam Allah beserta dengan ilmuNya ). Allah semasa dialam itu, mula untuk menzahirkan ilmuNya, membina ilmunya atau mula ingin menjana ilmunya. Sebelum kita meneruskan untuk membicara bab martabat wahdah (bab yang kedua), apa kata kita imbas kembali alam di martabat ahadiyah (bab alam pertama) buat seketika.
Mari kita imbas kembali alam ahadiyah (alam pertama Allah) buat seketika. Allah semasa dialam mula-mula, iaitu dimasa alam martabat ahadiyah, sememangnya Allah itu, sudah ada ilmu, sudah sedia berilmu (sudah berilmu), tetapi ilmu Allah dimasa itu, Allah belum guna, belum diguna pakai, belum diperzahirkan, belum diterjemah atau dalam bahasa mudah, Allah belum memikirkannya!. Allah dimasa itu, tunggal setunggal-tunggalnya!. Iaitu alam yang belum ada apa-apa martabat (martabat sebelum martabat).
Sesudah alam ahadiyah, baru Allah mula memikir atau mula menjelmakan ilmu dalam fikirannya. Setelah Allah mula memikirkan ilmu dalam fikirannya, itulah yang dikatakan martabat wahdah!.
MAHA SUCI ALLAH DARI KIASAN, PERUMPAMAAN ATAU TAMSIL!. Sekadar memberi faham!
Di sinilah bermulanya kerja Allah (dalam bahasa kita). Kerja Allah itu, adalah bermaksud bermulanya aktiviti Allah, bermulanya kerja Allah atau bermulanya Allah berfikir dalam fikiran ilmuNya!.
Allah semasa dialam ini, kerjaNya adalah memikir, iaitu memikirkan sesuatu ilmu atau mencadangkan sesuatu “ilmu dalam ilmuNya!”. Berfikir Allah itu dalam akal ilmunya, dalam fikiran ilmuNya atau lebih dikenali dengan bahasa “Allah didalam Allah, Ilmu didalam ilmu dan cahaya diatas cahaya!”
Soal: Apakah alam martabat wahdah itu, ada nama yang lain?
Jawab: Memang martabat wahdah itu, ada dipanggil dengan panggilan nama yang lain.
Soal: Apakah nama yang selain itu?
Jawab: Nama selain daripada panggilan martabat wahdah itu, ia juga digelar dengan panggilan nama alam “ ta’yin awal ” (kenyataan yang pertama atau nyata pertama).
Alam pada martabat wahdah itu, adalah alam Allah dengan ilmuNya iaitu lebih dikenali dengan panggilan nama alam “ilmu Allah”. Alam wahdah, alam ta’yin awal atau alam ilmu Allah itu, adalah alam dimana Allah dengan ilmuNya. Alam dimana Allah dengan ilmuNya yang belum perpisah, terpisah dan belum bercerai dari diri Allah. Dalam bahasa mudah, bolehlah kita bahasakan (masih kekal (qadim) ilmu Allah didalam akal Allah). Ilmu yang belum terzahir, terpisah atau bercerai dengan Allah. Allah dengan ilmuNya, seumpama belum berpisah, belum terkeluar, belum terzahir, belum berenggang, belum terbit atau belum direalisasikan!.
Alam pada martabat ini, adalah alam dimana Allah belum menzahirkan ilmuNya. Dengan erti kata lain, ilmu Allah belum keluar!. Iaitu dimasa Allah menzahirkan ilmu dalam dirinya sendiri (dimana semasa itu, ilmu Allah belum terbit!). Alam ilmu yang belum dapat dibeza-bezakan, belum diasing-asing atau belum dicerai-ceraikan lagi!. Jika diumpamakan roti, adalah roti yang belum dipotong-potong atau seumpama roti yang masih berketul.
Selain nama “ta’yin awal”, martabat wahdah ini juga, disebut dengan pangilan martabat “kunhi zat ” (yang ada hanya yang ada). Ada sesetengah menyebut dengan sebutan martabat “ syu’un zatiyah ” (pekerjaan yang tidak dapat diiktibar).
Zat ertinya sesuatu perkara yang tidak dapat diiktibar!. Ada juga yang memanggil martabat ini dengan pangilan martabat “ hakikat muhamadiyah” (Syuhudul wahdah fil wahdah). Iaitu daripada satu kepada yang satu. Iaitu penzahiran ilmu dalam diriNya!.
Dalam martabat atau dalam alam ini, segala-galanya sudah zahir dalam ilmu Allah (zahir dalam ilmu). Martabat “wahdah” ini, sudah ada sifat yang bernama sifat, sudah ada perbuatan yang bernama afaal, sudah ada nama yang bernama asma dan sudah ada zat yang bernama Nur Muhamad (roh). Iaitu adanya segala itu, dalam ilmu Allah. Segalanya sudah wujud (ada) secara ijmal atau wujud secara terhimpun dalam ilmu Allah yang yang satu.
Martabat wahdah itu, adalah alam ilmu Allah yang belum terpisah, terasing atau belum bercerai antara satu dengan yang lain. Itulah zat, itulah sifat, itulah nama dan itulah afaal. Seumpama yang terkandung didalam biji benih!.
Maksud tak terpisah disini, adalah seumpama tidak terpisahnya api dengan panasnya, ibarat madu dengan manisnya, ibarat bunga dengan harumnya, asap dengan apinya, garam dengan masinnya dan seumpama ibarat Allah dengan Muhamad (tak terpisah dan berpisah).
Alam mertabat wahdah ini, adalah alam dimana hakikat sebenar-benar Muhamad. Muhamad yang masih tersimpan dan masih tersembunyi dalam rahsia Allah, dalam ilmu Allah atau dalam sir Allah. Alam atau martabat ini juga, ada digambarkan sebagai “jauhar awal” (cahaya awal). Jauhar itu, ertinya cahaya manakala awal itu, ertinya pertama. Bilamana perkataan itu digabungkan, maka jadilah jauhar awal itu, ertinya cahaya awal. Jika kita usulkan lagi, yang awal dan akhir itu siapa, jika bukan Allah!
Hakikat Muhamad juga terkandung dalam ilmu martabat wahdah!
Admin Khairul Mukmin
LikeShow More Reactions
Comme

hakikat kenal


Yang Tidak Ada, Tidak Akan Dapat Mengadakan Yang Ada.. Yang mati tidak dapat mengadakan yang hidup..
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Aurat (sempadan) atau hak sempadan makhluk itu adalah bersifat dengan sifat tidak ada. Sebaliknya aurat (sempadan) atau hak Allah pula adalah bersifat dengan sifat ada (wujud).
Cuba tuan-tuan fikir dengan suluhan mata hati. Bolehkah kita yang bersifat tidak ada untuk menyatakan yang ada (Allah)? Melainkan yang ada itu sendirilah yang boleh menyatakan yang ada (hanya Allah yang boleh menyatakan diriNya sendiri). Hanya Allah sajalah yang mengenal diriNya sendiri. Kita yang bersifat tidak ada dan yang bersifat tidak wujud, mana mungkin dapat menyatakan Allah yang bersifat wujud. Oleh itu, sebelum tuan-tuan mengenal yang hidup, kenallah terlebih dahulu diri yang mati ini.
Setelah mengenal yang mati, barulah kita boleh mengenal yang hidup. Contohnya, kita kenal kaya kerana kita kenal miskin. Kita kenal sihat kerana kita kenal sakit dan kita kenal putih adalah kerana kita kenal hitam. Begitu juga Allah, untuk kenal yang hidup, tuan-tuan hendaklah terlebih dahulu mengenal yang mati. Setelah mengenal yang mati, barulah boleh dikatakan mengenal yang hidup. Kenal diri rata-rata baru kita dapat mengenal Allah yang maha nyata.
Kita bersifat mati, mana mungkin dapat mengenal yang hidup. Buat apa kita hendak bersusah payah mengenal yang mati. Pada hari ini, jam ini dan saat ini, marilah kita sama-sama mengenal yang hidup. Tidak payah kita buang-buang masa untuk mengenal yang tidak ada (yang tidak wujud) dan mengenal yang mati. Adalah lebih baik kita mengenal yang hidup dan kita kenal yang wujud.
Yang hidup itu selalu ada bersama tuan-tuan. Selagi tuan-tuan hidup, yang hidup itu tetap bersama kita, sayangnya tidak ramai yang mahu mengerti! Carilah yang ada, kenapa tuan-tuan hendak mencari yang bersifat tidak ada. Kita bersifat tidak ada dan kita bersifat tidak wujud, yang tidak wujud tetap tidak wujud dan yang tidak ada tetap tidak ada.
Sebaliknya yang ada itu tetap ada dan yang wujud itu tetap wujud. Setelah yang tidak ada itu tidak ada, barulah yang ada itu ada.
Admin Sheikh al Islam

hakikat baik


News Feed

Buruk dan Baik, Mana Datangnya?
Perkara yang baik itu, selalunya kita kata datangnya dari Allah Taala. Apakah perkara buruk itu, datangnya dari Allah yang lain? Apakah ada Allah lain yang memperbuat jahat dan ada Allah lain yang memperbuat perkara baik? Cuba jawab pertanyaan saya? Saya nak tanya, apakah Allah itu ada dua? Jika Allah itu satu, siapakah yang memperbuat baik dan siapakah yang memperbuat jahat (buruk)?
Contohnya, pada suatu hari Nabi Allah Isa melihat bangkai seekor anjing mati di padang pasir. Para sahabat semuanya menutup hidung, malahan ada yang loya melihat mata anjing itu yang hampir pecah dan isi perut yang terburai. Lalu Nabi Isa berkata, “Alangkah putihnya gigi anjing itu” . Para sahabat menegur bagaimana Nabi Isa boleh berpendapat sebegitu? Lalu dijawab oleh Nabi Musa, “Aku sedang belajar melihat kebaikan dan kecantikan di dalam keburukan”.
Berkenaan baik buruk itu, adalah mengikut prasangka kita semata-mata. Mulai pada hari ini, mari kita cuba lihat tuan yang empunya gerak baik dan tuan yang empunya gerak buruk! Siapakah tuan empunya kebaikan dan siapakah tuan empunya keburukan?
Kita selalu terpandang ciptaan (gerak) tetapi kita terlepas pandang untuk melihat kepada pencipta (tuan empunya gerak). Jika kita terpandang ciptaan, sudah tentu baik kepada apa yang kita suka dan tidak baik kepada apa yang kita tidak suka.
Adapun bagi orang makrifat, memandang kepada sifat sesuatu itu, adalah baik belaka. Kerana apa dikatakan baik belaka? Dikatakan semuanya baik belaka, adalah kerana kesemuanya perkara buruk baik itu, adalah datangnya dari ciptaan Allah Taala. Apapun segala ciptaan Allah itu, semuanya didapati baik belaka (tidak ada satupun ciptaan Allah yang tidak baik, jika terpandang pencipta dan bukan terpandang ciptaan ).
Bilamana kita pandang bala, maka akan hilanglah nikmat dan barang siapa terpandang nikmat, maka hilanglah bala. Sekarang terpulanglah arah mana yang tuan-tuan pandang.
Oleh itu, mulai pada hari ini, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian, supaya ubahlah sikap kita. Berubahlah dari sifat yang selalu mengeji, mengumpat, mengata orang kepada sifat bersyukur dan sifat berterima kasih kepada Allah Taala. Saya ingin mengajak dan mendidik tuan-tuan semua agar memandang kebaikan daripada memandang keburukan. Jangan kita pandang buruknya orang, pandanglah kebaikannya.
Mulai pada hari ini, berbaik sangkalah kepada Allah. Untuk berbaik sangka kepada Allah itu, caranya adalah dengan tidak memandang buruk kepada orang lain. Pandanglah kepada tuan empunya baik dan pandanglah kepada tuan yang empunya buruk, iaitu Allah S.W.T. Sekiranya kita melihat sesuatu yang buruk pada orang lain, sesungguhnya ia adalah cermin untuk diri kita sendiri. Adapun orang yang berhati bersih itu, hanya selalu melihat kebaikan pada orang lain.
“Kul kullun min indillah” , bermaksud “Sesungguhnya buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah”.
Admin sheikh al Islam

mov

Anak Jantan - Full Movie
-1:10:38
62 Views
LikeShow More Reactions
Comment

mov


4 Views
Like
Comment