Wednesday 30 November 2016

REDHA ALLAH

REDHA ALLAH
Ada seorang ahli ibadah (abid) yang telah beribadah selama 500 tahun, di sebuah pulau yang terpencil. Allah s.w.t. menyediakan rezeki yang tidak pernah putus kepada beliau, dalam bentuk sebiji delima setiap hari, dan sebuah mata air sebesar ibu jari. Kehidupan beliau sehari-hari hanyalah beribadah kepada Allah s.w.t. dan tidak pernah melakukan maksiat kepadaNya.
Pada penghujung hayat beliau, Allah memerintahkan malaikat maut pergi berjumpa dengan si abid. Lantas si abid berkata kepada malaikat "wahai malaikat, sebelum engkau mencabut nyawaku, terlebih dahulu, pergilah engkau bertanya kepada Allah s.w.t. syurga manakah yang akan aku diami di akhirat kelak"
Maka malaikat pun pergi bertanya kepada Allah akan soalan si abid itu. Lantas Allah menjawab "tempat engkau wahai si abid, adalah neraka yang paling bawah, kerana engkau beribadat kerana mengharapkan ganjaran pahala dan syurga semata-mata, bukan beribadat kerana Aku"

fb pokok

Pokok takkan bergoyang kalau takk ditiup angin.. !!
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
MIera Amiera Agn jgak xkn dtg tnpa seruan allah..😂😂😊😊
SukaBalasan11 jam
Imiey Rachman "tya sama pokok nape sbb goyang, nati jwb pokok angin yg goncang...""
SukaBalasan151 min
Hazeme Said Ahmad Kalo kena huni ngn berok pun bergoyang jugak uolsThalia Batek 
SukaBalasan15 min
Thalia Batek hahahahahaha... kann.. ??
SukaBalasan14 min
Othman Draman punggung tak bergoyang tanpa suntikan

k line


Tuesday 29 November 2016

KISAH RASULULLAH ﷺ

💝TAUSIYAH💝

🔺MADIH AN NABAWI🔺

KISAH RASULULLAH ﷺ

Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit Qubais
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah الله. Sesungguhnya الله tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila الله menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”

Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.

Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang محمد.”

Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang محمد itu dari Bani Hasyim.”

Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang محمد itu.”

Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal محمد itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur محمد meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa محمد mengadap dengan cara baik, kalau محمد degil maka gunakan kekerasan.

Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput محمد ﷺ. Setelah Rasulullah ﷺ menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar رضي الله عنهم dan Siti Khadijah رضي الله عنهم menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.

Rasulullah ﷺ berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada اَللّهُ ﷻ.”

Kemudian Ahu Bakar رضي الله عنهم pun mengaturkan pakaian untuk Rasulullah ﷺ yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.

Setelah Rasulullah ﷺ mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar رضي الله عنهم dan Khadijah رضي الله عنهم pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar رضي الله عنهم berdiri di sebelah kanan Rasulullah ﷺ sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah ﷺ.

Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah ﷺ berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah ﷺ duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah رضي الله عنهم yang merasa cemas berdoa kepada اَللّهُ ﷻ: “Ya الله, tolonglah محمد dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”

Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.

Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai محمد, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”

Bersabda Rasulullah ﷺ: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”

Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah ﷺ pun bersabda:

Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”

Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”

Rasulullah ﷺ pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada اَللّهُ ﷻ. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril عليه السلام bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.

Malaikat Jibril عليه السلام berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya الله telah bersalam kepadamu dan berfirman:

“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya اَللّهُ ﷻ telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa اَللّهُ ﷻ telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”

Setelah itu Rasulullah ﷺ pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril عليه السلام di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah ﷺ berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.

Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah ﷺ memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah ﷺ. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah ﷺ separuhnya keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah ﷺ dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan الله dan saya bersaksi bahawa محمد itu hamba الله dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”

Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”

Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu اَللّهُ ﷻ telah mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan الله yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya محمد itu hambaNya dan utusan-Nya.”

Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”

Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Aliah dan saya bersaksi bahawa محمد itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).

Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”

Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang

kurang seperti yang ayah lihat sekarang”

Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada اَللّهُ ﷻ agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba

dikirimkan kepada Rasulullah ﷺ.

Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”

Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah ﷺ.”

Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah ﷺ.

Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah ﷺ.”

Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”

Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”

Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”

Bersabda Rasulullah ﷺ: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.

Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”

Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah ﷺ untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga pagi.

Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan. Rasulullah ﷺ datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.

Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran محمد pula untuk melakukannya.”

Rasulullah ﷺ pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan الله berkatalah kamu dengan kekuasaan الله.”

Setelah Rasulullah ﷺ berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah ﷺ.”

Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka Rasulullah ﷺ pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah ﷺ mengeluarkan semua emas dan perak yang ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”

Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.

k sel fie


c


k u


k bawah ta yar


k u


k sedekut


k u


k


k siput


k


k makan


k


k u


k


k keluarga


k


k u


k 69


c


k seru


k u


c


cek


k


k magi


k


k dia


k


k bola


k


k maruah


k


k p


k lumpuh