Monday 31 December 2018

petunjuk

nabi musa yg masih hidup pun umatnya sembah sapi
hanya 40 hari ditinggal

sekarang ketiadaan nabi dah lebih 1.4 k tahun
alasan nabi tinggal kan kitab panduan

tuhan bagi petunjuk didalam mata
bukan diluar mata

ISLAM BUKAN AGAMA PAKSAAN

ISLAM BUKAN AGAMA PAKSAAN
________________________________________
Islam yang sebenar itu ertinya aman, damai, makmur, bahagia, sejahtera.. islam yang sebenar itu saling menghormati dan saling bertoleransi bukan saja sesama manusia, bahkan kepada semua makhluk di atas muka bumi.. Islam itu harmoni, saling kasih mengasihi dan juga saling memahami.
________________________________________
Islam itu bukan agama paksaan.. lakum dinukum waliyadin.. yang ertinya bagi engkau agama engkau, dan bagi aku agama aku.. tidak perlu memaksa manusia yang lainnya untuk turut sama berimej atau beridentitikan islam.. dengan alasan kita ini menyeru pada islam.
________________________________________
Apatah lagi memaksa orang yang beragama lain untuk mendengar ceramah-ceramah agama, apalagi memasang dengan suara yang kuat di corong-corong pembesar suara, sampaikan mengganggu anak-anak kecil yang sedang tidur dan juga orang-orang sakit.
________________________________________
Saya amat yakin sekali, jika Nabi yang kita sanjungi masih hidup pada hari ini, beliau sendiri pasti terkejut dengan perlakuan melampau umatnya yang sudah jauh tergelincir dari ajaran islam yang sebenar, kononnya dilakukan di atas nama tuhan dan juga agama.

tm

Setelah TMJ membuka pekong didada dengan komen yang menunjukkan tahap pengetahuan nya yang lemah dan dendam kepada Tun Mahathir yang meneutralisasikan kekebalan raja raja Melayu melalui parlimen pada bulan January 1993 kerana salah laku, khususnya terhadap begitu banyak perkara jenayah (23 kes termasuk membunuh, menyerang dan memukul) yang dilakukan oleh keluarga diraja Johor, terutama jenayah pembunuhan oleh Sultan Iskandar, datuk kepada TMJ, malah sultan Johor sekarang, Ibrahim Ismail, sebagai tunku mahkota dalam tahun 1980an telah menembak mati seorang dalam satu pergaduhan di kelab malam, maka semakin ramai rakyat mengetahui siapa sebenarnya mereka.
Temenggong adalah asal gelaran pembesar dari kesultanan Melaka yang turut digunakan oleh Kesultanan Johor iaitu;
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong, Laksamana.
Temenggong mungkin lebih kepada menteri keselamatan dan hal ehwal dalam negeri serta kepenggunaan.
Bendahara adalah perdana menteri, Penghulu Bendahari adalah menteri kewangan dan laksamana adalah menteri pertahanan kelautan/ menteri luar.
Kesemua jawatan diatas bukan dari keturunan raja. Malah Temenggong Johor ini adalah dari keturunan Bugis dari golongan pengusaha bergelar Daeng. Golongan bangsawan Bugis di panggil Karaeng, seperti putera raja yang bernama Semerluki dan pembantunya Daeng Segara yang datang merompak Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera diabad ke 15 yang akhirnya di kalahkan oleh Laksamana Raja Kenayan yang berani lagi warak dari Kerajaan Islam Samudera-Pasai di Sumatera Utara.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkannya bersama orang orang yang beriman keatas ruh Raja Kenayan yang menghalau kafir Bugis Semerluki balik ke Sulawesi walaupun ramai tentera Samudera-Pasai terbunuh akibat sumpitan buluh beracun dari tentera Semerluki.
Temenggong Johor pada asalnya hanyalah “wakil sultan” atau wazir kesultanan Johor Lama yang pada waktu itu menguasai Johor-Pahang-Riau-Lingga untuk menjaga Johor dan Singapura.
Najib juga dari keturunan Bugis, sebab Itulah apabila skandal 1MDB mula terbongkar, dia me war warkan asal keturunannya kerana dia tahu pasti akan ada penyokong di belakangnya. Namun hari ini bukanlah zaman raja berkuasa mutlak. Raja raja Melayu pada pada hari ini dipagar oleh perlembagaan yang dikawal oleh wakil para pengundi di parlimen. Ia bermula di England pada tahun 1688 kerana raja raja berkuasa mutlak England yang zalim.
Sultan adalah gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri dengan restu British pada tahun 1886. Pemerintah kedua Temenggong Abu Bakar (dikenali di British sebagai Albert Backer) ditabalkan sebagai raja Johor pertama yang menggunakan gelaran sultan pada 29 Julai 1886. Malah bermula dari tahun 1868 sehingga tahun 1886, beliau menggelarkan dirinya “Maharaja Johor” atas kehendak British.
Pengasas Dinasti Temenggong ini (sebenarnya wazir atau wakil sultan pada mulanya), yang bernama Temenggong Daeng Ibrahim tidak menggunakan gelaran sultan kerana menghormati sultan Johor ketika itu, Sultan Ali yang akhirnya tidak diiktiraf oleh British melalui satu perjanjian dengan British di Singapura pada 10 Mac 1855 memberi haknya terhadap Johor kepada Daeng Ibrahim.
................................................................
SAYA MELETAKKAN DOT DOT DOT diatas kerana saya tidak tahu sama ada Sultan Ali dirasuah atau dipaksa menyerahkan hak Johor miliknya kepada Temenggong Ibrahim pada tahun 1855.
Selepas penyerahan Johor Sultan Ali hanya diberi oleh British elaun tahunan dan hak keatas Muar dengan gelaran “Sultan Muar” sehinggalah kemangkatannya pada 21 June 1877 di Umbai, Melaka. Muar pada masa itu mempunyai penduduk hanya sekitar 800 orang dan tidak ada sistem pentadbiran kerajaan dalam bentuk apa sekalipun. Ini adalah helah untuk mengnyahkan sultan Johor sama sekali.
Perang Jementah pada 25 Oktober 1879, diantara Tengku Alam Shah, anak Sultan Ali, yang menuntut hak kesultanan Johor dan Temenggong Abu Bakar yang didalangi oleh kekuatan tentera British, menjadi kan Muar milik Temenggong, dan wilayah kepada Johor hinggalah kehari ini dengan kemenangan muktamad pihak Temenggong Abu Bakar (pada masa itu bergelar maharaja) menjelang subuh pada 30 Disember 1879.
Strategist kemenangan Perang Jementah adalah Dato Mohammad Salleh Bin Daeng Perang dan tacticiannya adalah sepupu Temenggong Abu Bakar, Ungku Ahmad. Namun di belakang mereka harus di ingat tidak ada siapa pun dizaman itu mampu mengatasi kekuatan Empayar British yang membantu mereka.
Ketika Perang Jementah, Major-General Sir Archibald Edward Harbord Anson adalah pemangku Gabenor Negeri Negeri Selat yang tidak mahu sama sekali melihat Johor bertukar pemerintah dari keluarga Temenggong yang setia, diterajui oleh “Albert Backer”.
Akhirnya Undang Undang Tubuh Negeri Johor yang di kuatkuasakan pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar memeterikan hak keturunan Temenggong “sebagai raja” keatas Johor untuk selama lamanya hingga ke garis Temenggong Abdur Rahman yang bersama sama Sultan Husin “memberikan hak membuka tapak perniagaan” di Singapura kepada British pada 6 Februari 1819 dengan masing masing mendapat elaun 3,000 dan 5,000 dollar Sepanyol setahun. Perjanjian 1824 yang memansuhkan perjanjian Singapura 1819 memberikan hak British sepenuhnya kepada Singapura dan pulau pulau disekitarnya termasuk Pulau Batu Putih dengan kenaikan elaun kepada Temenggong dan Sultan serta bayaran wang tunai sekali gus.
Idea pemajakan Singapura adalah daripada Temenggong Abdur Rahman yang menjaga Johor dan Singapura pada masa itu dimana Sultan Husin yang terpaksa di bawa ke Singapura dari Riau hanya mengikut sahaja. Perjanjian pertama dengan Temenggong Abdur Rahman telah di buat pada bulan Januari 1819.
Singapura hari ini menjadi milik China keturunan Han yang dibawa masuk oleh British.
Ayahanda kepada moyang TMJ, Sultan Sir Ibrahim Al Masyhur adalah raja Melayu pertama menandatangani persetujuan keatas Malayan Union. Malah baginda juga tidak bersetuju dengan kemerdekaan Tanah Melayu dengan berkata, “British umpama air, apabila tidak ada kita akan dahaga".
Malah semasa perayaan ke 60 tahun pemerintahan nya pada 17 September 1955, baginda menegaskan British mesti kekal diTanah Melayu dengan berkata “Kamu akan menderita jika British pergi”.
Baginda juga pernah mengesyurkan secara terbuka supaya Johor keluar dari Persekutuan Tanah Melayu, perkara yang sama sering di ulangi oleh TMJ pada hari ini, malah menggunakan istilah “Bangsa Johor” dalam setiap pandangannya. Bangsa Johor sebenarnya tidak ada. Bangsa adalah biological. Orang orang Johor sebenarnya adalah bangsa Melayu dari berbagai etnik seperti Bugis, Jawa, Banjar dll. Hujjah Bangsa Johor adalah lambang kecetekan ilmu TMJ yang masih berada di abad ke 15, dimana setiap bantahan rakyat ketika itu walaupun benar adalah “penderhakaan” yang boleh membawa hukuman mati.
Ketidaksetujuan dengan kemerdekaan Tanah Melayu menyebabkan Sultan Sir Ibrahim menghabiskan sisa usianya di England bersama isteri ke enamnya Macella Mendhl dan anaknya Tunku Miriam.
Baginda meninggal di London pada 8 Mei 1959. Baginda adalah seorang Anglophile, yakni seorang yang memuja England, rakyat dan budayanya.
Baginda adalah diantara raja ”playboy” yang terkaya didunia dizamannya, dimana kekayaaan tersebut diwarisi oleh keturunan keluarga penjenayah ini hinggalah ke hari ini.
Jenayah yang dilakukan oleh Bugis Najib dan Bugis Temenggong Johor boleh diumpamakan seperti bola golf dan bola sepak.
Saya rasa kita biarkanlah sahaja TMJ ini menyalak gunung sambil mencerca “orang yang berumur 93 tahun” atau terjun dengan labu labunya. Seperti kata George Santayana, seorang ahli falsafah Amerika kelahiran Sepanyol; “Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan dihukum oleh sejarah yang diulanginya”.

mak beranak @ anak beranak

Image may contain: 4 people

siksaan dan nikmat kubur

soal kubur
azab kubur
azab neraka
sudah ada di sempadan alam ghaib/akhirat
alam nyata/dunia belum melintasi sempadan
yg berkehidupan sedang melintasi ke sempadan
yg kenal tuhan didunia maka kenal di akhirat

yg tak kenal tuhan maka di azab
soal yg pertama dgn jawapan yg salah
maka kekal seksaan

yg kenal tuhan
maka 2 lembaga menyerupai kita
amalan baik dan buruk
amalan buruk akan terima balasan seksaan
setelah habis tempoh penyucian
maka amalan baik akan di balas nikmat
maka hidup kekal

APA KAMU SUDAH ISLAM?

APA KAMU SUDAH ISLAM?
______________________________
Maksud sebenar ISLAM?
"Aman, Sejahtera, Damai,"
Yang terlebih dalam lagi;
La Hawlawala Quwwata Illa...
Iaitu "BERSERAH DIRI"...
______________________________
Apa yang hendak diserahkan?
Apakah AMAL IBADATMU?
Atau PERLAKUAN BAIKMU?
Atau,,,,, "SERAH DIRIMU" ?
______________________________
Jika sudah menyerah dirimu...
Apakah masih ada
perlakuan ibadah?
Apakah masih ada
perbuatan baik?
______________________________
Apakah kamu itu masih ADA?
Atau kamu itu adalah TIADA?
Jika jawabnya tiada...
siapa pula yang ada...
______________________________
Barulah yang dikatakan:
"SEBENAR-BENAR ISLAM"

zakat


Zakat a.k.a. Baitulmal
Okla tu.. orang melayu malaysia ni suka bersedekah.. pantang dengar perkataan saham akhirat, laju je tangan tu menyeluk saku.. (nasib baik seluk saku sendiri) untuk berinfaq ke jalan yang diredhai tuhan sekalian alam raya.
untuk memudahkan (mudah la sangat) urusan kutipan dan juga agihan (katanya lah) maka ditubuhkan lembaga hitam, eh silap lembaga zakat.. menabung tu bukan takat ribu riban, tetapi mencecah juta-juta nilainya.
duit tu pulak duit rakyat, tapi nak dapat sesuap zakat pun, bukan main payah prosedurnya. Naik turun ofis, isi borang itu ini.. last2 dapat berita, permohonan anda ditolak. Kah3
Sebab tu aku sokong mana2 pihak yang terus berzakat tanpa melalui lembaga tak guna ini. Asalkan sampai kepada tujuan, maka seharusnya kita memudahkan urusan.

Mengenal Diri InI

Mengenal Diri InI
BUKAN untuk menjadi hebat.
BUKAN untuk menjadi kuat.
BUKAN untuk dapat melihat alam ghaib.
BUKAN untuk ghaib dari pandangan.
BUKAN untuk dapat berjalan di atas air.
BUKAN untuk boleh terbang.
BUKAN untuk menjadi bomoh.
BUKAN untuk menjadi kebal dan sebagainya...
Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengESAkan tuhan
Apa perlunya Ilmu Mengenal Diri
Setiap yang ada pasti dapat dikenal dan hanya yang tidak ada yang tidak dapat dikenal. Karena tuhan adalah sifat yang wajib adanya, tentulah tuhan dapat dikenal, dan kewajipan pertama bagi setiap mukmin adalah terlebih dahulu mengenal kepada tuhannya, barulah ia beriman sebagimana kata ulama sufi:
Ertinya: “Awal beragama itu mengenal tuhan.
Kenallah dirimu sendiri, sebagai pembuka jalan untuk mengenal tuhan sebagaimana sabda Nabi:
Ertinya: “Barangsiapa yang mengenal diri, maka ia akan mengenal tuhan, dan barangsiapa yang mengenal tuhan maka binasalah (fana) akan dirinya.
Lalu diri mana yang wajib kita kenal? Sungguhnya diri kita terbagi dua sebagaimana firman tuhan dalam surah Luqman ayat 20 :
Ertinya : Dan tuhan telah menyempurnakan bagimu nikmat zahir dan nikmat batin.
Jadi berdasarkan ayat ini, diri kita sesungguhnya terbagi dua:
1. Diri Zahir (Jasad) yang dapat dilihat oleh mata dan dapat diraba oleh tangan.
2. Diri batin (roh) yang tidak dapat dipandang oleh mata dan tidak dapat diraba oleh tangan, tetapi dapat dirasakan oleh mata hati.
Kerana sedemikian pentingnya peranan diri yang batin ini di dalam upaya untuk memperoleh pengenalan kepada tuhan, itulah sebabnya kenapa kita disuruh melihat ke dalam diri sebagimana firman tuhan dalam surah Az-Zariat ayat 21:
Ertinya : Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak memperhatikannya.
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murid-muridnya. Semua perguruan ini benar dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI SEBENAR DIRI".
Inilah rahsia hidup kita dan "DIRI" inilah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat.
Kenalkah "DIRI" tadi kepada Tuhan? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui.
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana.
Dialah Guru Mursyid yang tidak berbentuk dan tidak terbentuk.
Kehidupan sebenar ialah di dalam diri dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian.
Kesimpulannya kenalilah "DIRI" kita ini yang dialah sebenar benar "DIRI" dan kemukakanlah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal dan di kekalkan.
Ilmu Mengenal Diri ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap-tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, haruskah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita...
PERLU DIINGATKAN Belajar Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengESAkan tuhan sebagai bekalan di hari akhirat. Jika dunia yang kita kejar, belum tentu akan tercapai tetapi jika akhirat yang kita kejar, dunia akan ikut bersama. Janji tuhan itu PASTI.
Dimanakah yang dikatakan bahawa manusia ini adalah sebaik-baik kejadian?
Diri Sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "DIRI" atau jelasnya "DIRI" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi seperti jasadnya sendiri. Maka dengan sebab inilah "DIRI" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (DIRI) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dialah yang menjadi "penghidup" kepada jasad. Dialah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan kenallah anda akan Tuhan, seperti kata ahli falsafah islam yang telah merumuskan bahawa" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenallah ia akan Tuhan"
Makrifat Cinta Ku
<<~_💘

rambu ramba

Image may contain: one or more people and people sitting

raja akar kayu

Info tentang MACA
Manfaat akar maca berguna untuk peningkatan stamina, pemulihan ketidakseimbangan hormonal dan peningkatan libido
Ramuan akar maca dikaitkan dengan segudang manfaat kesehatan yang meliputi peningkatan kesuburan, mengatasi nyeri haid, peningkatan libido, dll.
Manfaat Akar Maca
Akar Maca dikenal dengan sifat adaptogenik nya. Adaptogen hanyalah ramuan alami yang meningkatkan
stamina tubuh terhadap stres, trauma kecemasan,
kelelahan. Dengan demikian, mengkonsumsi suplemen akar maca membantu untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan terhadap masalah fisik dan mental. Beberapa sifat maca dikatakan untuk mengurangi rasa sakit disebabkan karena arthritis.
KELEBIHAN UTK LELAKI
Penggunaan suplemen maca telah terbukti untuk memecahkan masalah infertilitas pada lelaki Menurut beberapa penelitian, maca secara langsung mempengaruhi produksi sperma dan juga meningkatkan volume jumlah air mani. Selain itu, juga bermanfaat bagi orang-orang yang menghadapi masalah libido rendah. Maca membantu untuk meringankan depresi, sehingga membantu untuk meningkatkan tingkat libido. Ini sangat bermanfaat untuk impotensi dan memecahkan masalah disfungsi ereksi pada pria. Konsumsi suplemen akar maca membantu meningkatkan kadar hormon seks lelaki seperti testosteron dan progesteron. Serta dapat menjaga ketidakseimbangan hormon pada laki-laki juga. Mengkonsumsi maca dianggap sebagai metode alami untuk meningkatkan libido, hasrat dan kinerja. Manfaat akar maca untuk lelaki dapat secara singkat dapat dilist sebagai berikut.
Mengatasi disfungsi ereksi.
Meningkatkan mental dan kesejahteraan fisik.
Menyembuhkan infertilitas.
Membantu untuk meningkatkan stamina. Tenaga batin
Kepada anda2 yg di luar sana yg selalu guna produk perangsang sexs ..
Anda boleh mencuba ubi maca asli utk pemulihan ia benar2 berkesan
Cuma anda perlu mengamalkan secara berterusan ...

fb c


power power
soya goji
0192311900
Like
Comment
Comments

Sunday 30 December 2018

arab beragama

agama asal arab sebelum kedatangan nabi adalah beragama pagan
menyembah patung spt  keagamaan hindu
sekarang jumlah minoriti
ada di negara uea/uni emirat arab
sekitar 15% dari keseluruhan
ramai penduduk nya dari negara luar termasuk india

minoriti arab juga beragama kristian ortodok

fb k

Finally ada jgk yg ngaku.. Oh ya, merry Christmas to christian coptic orthodox 🤭😍😍
Comments
Hafizul Sukri Al-Fateh Islam berpecah kepada Hindu,Buddha,Majusi,Kristian,Syiah...itu je
Manage
Reply3d
Jessie Jeremy Yelah.. Merry Christmas to islam pecahan dr Christian coptic orthodox 😍
Manage
Reply3d
Hafizul Sukri Al-Fateh Tp islam tetap bpegang pd akidah yg sama btauhid tuhan yg satu
Manage
Reply3d
Jessie Jeremy Tapi terpesong skit sbb sembah batu
Manage
Reply3d
Saiful Jessie Jeremy kah3. merry fcking christmas😂
Manage
Reply3d