Saturday 30 April 2016

hakikat lihat

Bolehkah Kita Melihat Allah?
Bilamana ada orang bertanya kepada kita, bolehkah untuk kita melihat Allah !.
Kita selalu mendengar guru berkata, bahawa Allah itu terang. Seterang-terang cahaya matahari, lebih terang lagi Allah. Sedekat-dekat antara mata putih dan mata hitam, lebih dekat lagi Allah!. Kenpa tidak kita lihat?.
Katakan kepada mereka, Allah tidak akan dapat sama sekali untuk kita melihatnya!. Tidak boleh melihat itu, bukan kerana jauh atau atau halus. Tetapi dikeranakan terlampau hampir dan terlampau nyata.
Sebagai latihan, sekarang saya mahu tuan-tuan melihat mata tuan-tuan sendiri. Jangan melihat mata melalui cermin, pakai cermin (pakai cermin tak aci). Saya mahu tuan-tuan melihat mata tuan-tuan sendiri (sekarang saya minta tuan–tuan lihat)!
Jika penglihatan boleh melihat mata, maka tuan-tuan boleh melihat dan memandang Allah Sekiranya penglihatan tuan-tuan tidak boleh melihat mata, maka begitulah tidak bolehnya melihat Allah atau roh!.
Sebab apa kita tidak boleh melihat?. Dan sebab apa penglihatan tidak boleh melihat mata?
Makrifat tok kenali

No comments:

Post a Comment