Monday 31 August 2020

KENALI SEBENAR DIRIMU

 KENALI SEBENAR DIRIMU

________________________________________
Pada zahirnya jasad dan rupa kita berbeza dan beraneka.. Ada lelaki dan ada wanita, ada tua dan ada muda, ada hitam dan ada putih, ada teruna dan ada dara, ada duda dan ada janda..
________________________________________
Namun pada tahap ruh atau batin kita semua adalah sama sahaja, yakni merupakan sifat bagi illah.. Bagai garam dengan masinnya, bagai gula dengan manisnya, demikian sifat dan zat itu tidak mungkin terpisah..
________________________________________
Jasad tanpa ruh disebut mayat atau bangkai, dan jasad itu hanya menjadi sempurna ketika ia "menyatu" dengan ruh, dan pada ketika itu, ia disebut "INSAN".. Maka nyatalah firman illah pada hadis qudsi yang bermaksud: "insan itu rahsiaku, dan aku rahsianya"
________________________________________
Ketika ia sempurna, ia digelar Insan dan ia diberi nama "Adam".. Seluruh malaikat dan Azazil (dulu Syeikh Azazil itu ketua sekalian para malaikat, merangkap guru tauhid mereka) telah diperintah untuk bersujud kepada Adam.. Bukan sujud kepada jasad Tok Adam, akan tetapi kepada "diri di sebalik diri" Adam itu, iaitu diri batin atau pun ruh...
________________________________________
Bukankah menyembah atau bersujud kepada selain daripada illah itu, adalah perlakuan Syirik? Dan tiadalah yang lebih dibenci illah selain perbuatan syirik.. Tiba-tiba illah memerintah agar para malaikat bersujud kepada Adam.. Mengapa demikian? Jawabnya, kerana di dalam Adam itu terkandung sirullah, atau pun rahsia-Nya juga..
________________________________________
illah itu wujud tetapi, di sebalik tidak nyata,. Wujud illah terzahir pada ruh dan tidak lagi dipanggil illah, tetapi sebagai 'jiwa".. Fahamkanlah

fb

 

29 Ogos jam 6:55 PTG
 
Sangat memalukan Kahar dan pengikutnya mengguna pakai ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk menghalalkan keyakinan mereka. Lagi, bertambah malu apabila guna Al-Quran terjemahan Bahasa Indonesia/Melayu tanpa diteliti Bahasa Arabnya. Apabila kita sertakan ayat Al-Quran berserta mafhum yang diberikan oleh ûlama dan selari dengan Bahasa Arab, dikatanya pula kepada kita yang mengubah suai ayat Al-Quran.
Pak Cik Zul, Morbid Angel, kalau tak pandai Bahasa Ârab dan guna Al-Quran terjemahan semata², jangan lebih sudu daripada kuah, satu per satu aib ajaran Kahar kamu tu Allāh bukakan.
Maksud وَخَاتَمُ, mafhum yang disebutkan oleh para ûlama dan juga selari dengan Bahasa Arab, bermaksud penutup ataupun kesudahan ataupun yang terakhir
Maksud النَّبِيِّين, mafhum yang disebutkan oleh para ûlama dan juga selari dengan Bahasa Arab, bermaksud segala Nabi dab Rasul.
Maka, kesimpulannya, Nabi Muhammad ataupun Rasulullāh adalah penutup bagi sekalian Nabi dan Rasul.
Saya tak faham, pengikut mereka dan anak² mereka kata Kahar itu Rasul tetapi bukan Nabi, maksudnya Kahar ni jenis apa ? Nampak sangat Kahar dan pengikutnya serta anaknya jahil makna Nabi dan Rasul.
Sedangkan, kesemua Rasul adalah Nabi dan tidak semua Nabi adalah Rasul.
Kesimpulan perkara² yang memalukan ;
1) Kahar dan pengikutnya menggunakan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.
2) Kahar dan pengikutnya menggunakan Al-Quran terjemahan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. (Ini sangat memalukan).
3) Kahar dan pengikutnya tidak memahami makna Nabi dan Rasul, mereka kata adalah Rasul tetapi bukan Nabi. (Pelik dan memalukan).
11
16 Komen
Suka
Komen
Komen
  • Binatang Ternak (Al-'An`ām):116 - Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Binatang Ternak (Al-'An`ām):117 - Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Nabi Yunus (Yūnus):100 - Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Nabi Yunus (Yūnus):101 - Katakanlah: "Perhatikanlah apa yaag ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman".
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Jamuan (Al-Mā'idah):15 - Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyi kan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan… 
    Lihat Lagi
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Jamuan (Al-Mā'idah):19 - Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu ketika terputus rasul-rasul agar kamu tidak mengatakan:
    "Tidak ada datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira maupun seorang pemberi peringatan".
    Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Jika benar anda keturunan Adam..
    Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):35 - Hai anak-anak Adam, jika datang kepadamu rasul-rasul daripada kamu yang menceritakan kepadamu ayat-ayat-Ku, maka barangsiapa yang bertakwa dan mengadakan perbaikan, tidaklah ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Admin tuan punya posting saya bukan di pihak tuan 
    Mohd Zul Abdul Kahar
     ataupun di pihak anda juga, cuma saya ada satu pertanyaan mudah, sejak ribuan tahun yang lalu Tuhan tidak henti henti mengutus para Nabi dan Rasul kepada umat manusia, tapi juga seperti kepercayaan anda skrg sudah ribuan tahun juga Tuhan sudah berhenti mengutuskan Nabi dan Rasul kepada manusia, kenapa jadi begitu, apakah manusia skrg semuanga sudah benar dan berada di jalan yang lurus, apakah perbuatan perbuatan tidak bermoral sudah pupus di kalangan manusia skrg?!
    Mohon anda ulas secara logik, dari anda dan pandangan anda sendiri berkenaan isu dan permasalahan ini saya tak mau ulasan bersandarkan pendapat ulama ularmak yada yada, saya mahu dengar pendapat dan pandangan anda sendiri berkenaan logik atas kepercayaan anda ini, sekian terima kasih.....😁
    1
    • Suka
    • Balas
    • 1h
    • Telah disunting
    • Zainol Fizal Aladad Khan
       sbb Allah dah janjikan Al Quran akan terpelihara sehingga kiamat.. Tu yg sy igt mse blajar kat skolah. Jgn tanya surah ape sume.. Sy bkn pakar. X mcm yg terdahulu. Kitab2 diputar belit.. Kita ade para ulama'... Habis tu.. Orang… 
      Lihat Lagi
      • Suka
      • Balas
      • 1h
    • Mengapa Allah berhenti mengutus Rasul adalah kehendak Allah, aebagai makhluk yg dicipta oleh Allah, semuanya terbatas, walaubagaimanapin, Allah telah mengutus Muhammad SAW menyampaikan kalimah tauhid kepada manusia serta panduan hidup,, untuk dijadikan… 
      Lihat Lagi
      • Suka
      • Balas
      • 1h
      • Telah disunting
    • sbb tidak ada lagi wahyu baru untuk disampaikan. So buat apa nak lantik nabi dan rasul lagi ?
      cukup sekadar Al-Quran yang telah diberikan kepada nabi muhammad diwariskan turun temurun kepada kita
      • Suka
      • Balas
      • 1h
    • Tiada yang dapat menjawab soalan saya dengan logik selain putar belit dan alasan yang tidak munasabah untuk menegakkan kepercayaan nenek moyang anda semata mata yang tidak berasas secara aqli dan naqli yang haq, seolah olah Allah telah berputus asa dal… 
      Lihat Lagi
      • Suka
      • Balas
      • 1h
      • Telah disunting
  • Jika tiada lagi orang yg sesat sekarang ini, maka tidak perlulah ada rasul lagi sekarang ini.
    1
    • Suka
    • Balas
    • 1h
  • Siapa pandai bahasa Melayu/Indonesia kat sini? Tolong fahamkan saya maksud 'dan'.
    • Suka
    • Balas
    • 1h