Tuesday 26 April 2016

Syukur

BELAJAR TENTANG ILMU SYUKUR...

Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, syukur terbagi menjadi tiga macam:

Pertama, syukur dengan lisan, yakni mengakui nikmat yang diberikan dengan membuktikan sikap tawaduk & rendah diri.

Kedua, syukur dengan anggota tubuh, yakni mewujudkan sikap dengan memenuhi hak dan kewajiban, serta pengabdian.

Ketiga, syukur dengan hati, yakni bersimpuh di atas permaidani syuhud (penyaksian Allah) dengan mengekalkan penjagaan kesucian (kehormatan).

Dapat pula dikatakan, syukur mata adalah dengan menutupi aib yang kaulihat pada diri kawanmu.

Syukur telinga adalah dengan menutupi aib yang kaudengar darinya.

Jadi, intinya syukur itu tidak bermaksiat kepada Allah dengan segala nikmat yang telah diberikan.

Ada pula yang mengatakan bahawa syukur orang-orang alim wujud dalam keseluruhan ucapannya. Syukur ahli ibadah wujud dalam perbuatannya. Syukur ahli makrifat wujud dalam sikap istiqamah mereka di jalan Allah dalam segala keadaan.

Mereka meyakini bahawa semua kebaikan yang dijalankan, ketaatan, penghambaan, serta zikir yang mereka lakukan semuanya berkat taufik, nikmat, pertolongan, daya kuasa Allah. Mereka mengakui kelemahan, kekurangan dan kebodohan diri mereka, kemudian tunduk dan patuh kepada Allah dalam segala keadaan.

Abu Bakar Ak-Warraq rahimahullah mengatakan bahawa mensyukuri nikmat bererti menyaksikan anugerah dan menjaga kesucian.

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Al-Ghunyah Lithalubi Thariq Al-Haqq.

No comments:

Post a Comment