Saturday 30 April 2016

hakikat

Mulanya Digelar Al-Amin, Setelah Menjadi Rasul, Digelar Pendusta!
Pada mulanya Baginda Rasulullah digelar Al-Amin (dipercayai), setelah bergelar Rasulullah, kenapa Rasulullah digelar pendusta, penipu, ahli sihir, pembelot dan perosak agama, kenapa?
Sebabnya adalah kerana Rasulullah mengajar ilmu rohani. Bilamana mengajar ilmu rohani, ramailah yang di antaranya tidak faham. Bilamana tidak faham, maka dituduhlah dengan tuduhan pendusta, pembelot, penipu, ahli sihir, sesat, salah dan sebagainya. Begitu juga dengan para guru makrifat, guru makrifat itu, adalah guru yang mengajar ilmu rohani, itulah makanya selalu dituduh sesat atau salah. Ilmu rohani itu, adalah ilmu yang hanya dapat dimengerti oleh rohani, bilamana ilmu makrifat dimengerti dengan menggunakan ilmu akal, itulah makanya dituduh sesat atau salah. Ilmu makrifat itu, adalah ilmu rohani, untuk itu, hanya rohani sahaja yang memahami bahasa rohani.
Hj. Shaari, makrifat tok kenali

No comments:

Post a Comment