Saturday 30 April 2016

redha


Astaghfirullah, moga Allah betulkan kefahaman kita.. Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, kita masuk syurga bukan kerana banyaknya pahala kita, tetapi dengan redha Allah. Tiada guna pahala setinggi gunung sekalipun, jika Dia tidak redha, neraka jualah tempat kembali kita.
Al kisah terdapat seorang abid di sebuah pulau yang terpencil, tugasnya hanya beribadat kepada Allah selama 500 tahun. Akhirnya, beliau dicampak ke neraka paling bawah.. Kerana apa tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Kerana beliau berhajat kepada pahala dan syurga, bukan berhajat kepada Tuan punya pahala dan syurga itu sendiri.
Bermula hari ini, saat ini, marilah kita sama-sama betulkan niat kita.. Jangan lagi kita sibuk kejar pahala, tetapi marilah kita kejar Tuan kepada pahala, iaitu Allah s.w.t.
Al-Hafiz
Like
Comment

No comments:

Post a Comment