Saturday 1 October 2016

SIFAT MA'ANI

SIFAT MA'ANI
Soalan:
Mengapakah Sifat Ma'ani itu di katakan makhluk?
Jawapan:
Di katakan Sifat Ma'ani itu makhluk ialah kerana maksud ma'ani itu ialah "berdiri sifat kepada Zat" atau sifat mengharapkan kepada Tuhan, dan yang mengharapkan kepada Tuhan itu tiada lain melainkan makhluk ataupun hamba.
Soalan:
Jika sifat ma'ani itu makhluk, mengapakah sifat itu di katakan Qadim (Qidam)?
Jawapan:
Sebab dia di katakan Qadim ialah kerana Sifat Ma'ani ini lazim melazimi ia dengan Sifat Ma'anawiyah yang bertaraf Zat yang wujudnya bersebab (Asma')
Soalan:
Jika Sifat Ma'ani itu makhluk, makhluk jenis apa?
Jawapan:
Sifat Ma'ani itu bertaraf makhluk kerohanian yang di tadbir terus oleh Allah s.w.t.
Soalan:
Adakah ia jenis Malaikat atau Jin?
Jawapan:
Dia adalah jenis Malaikat, bukan dari bangsa Jin.
Soalan:
Jika ia jenis Malaikat mengapakah ia di kenali sebagai Kerohanian?
Jawapan:
Kerana ia memiliki nafsu, dan hendaklah di ingat bahawa malaikat pun di kenali juga sebagai Roh, seperti Ruhul Quddus.
Soalan:
Mengapakah Sifat Ma'ani itu tujuh sifat sahaja?
Jawapan:
Sifat ini hanya tujuh sifat sahaja, dengan sifat tujuh ini sudah mencukupi bagi makhluk bergerak dan berfungsi sebagai makhluk yang sempurna.
Soalan:
Apakah sifat yang tujuh tersebut?
Jawapan:
Adapun sifat yang tujuh itu ialah Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Samak, Bashar dan Kalam.

No comments:

Post a Comment