Monday 24 October 2016

SUDAH KENAL ALLAH?

SUDAH KENAL ALLAH?
"Kalau kita ini benar mahu mengikut sunnah Rasul, sewajarnya kita mesti bertemu ALLAH dalam keadaan nyata seperti Muhammad ketika meniti Sidratul Muntaha. Musa sewaktu berada di lembah Thuwa dan Ibrahim. Inilah sunnah yang sebenar iaitu mengenali hakikat penciptaan kita di muka bumi Allah selaku KHALIFAH FIL ARDH.
Bukan hanya kita akan jumpa Allah bila hari kiamat nanti, sedangkan Allah selalu sahaja bersama kita baik dalam keadaan apa pun. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 186. Hanya kita sahaja yang tidak bersama dengan Al-Rahman.
Al-Baqarah, ayat 186. Firman Allah: "sesungguhnya aku (Allah) sentiasa bersama mereka"
"Barang siapa yang Buta di dunia maka di akhirat kelak ianya Buta dan bertambah sesat lagi"
Di dunia pun seorang arif kena menyaksikan Allah. Kalau Tak dapat menyaksikan Allah maka belum dikatakan kenal.
Hijab yang paling besar apabila kita merasakan diri kita dah kenal akan ALLAH, tetapi pada hakikatnya kita masih belum kenal ALLAH, kerana kita duduk dalam sangkaan semata-mata. Hijab ini dikatakan paling besar kerana kita tidak akan mengubah paradigma ilmu dan kefahaman kita kerana kita rasa kita sudah cukup mengenali ALLAH.
Jadi kena periksa la balik samada kita ni dah kenal Allah ke tidak. Kalau sekadar syok sendiri dan rasa sudah kenal Allah, itu namanya SYOK SENDIRI. Itu yang selalu mengaku dah kenal Allah. Kenalilah diri anda sehabis mungkin, maka kalian akan mengenali Allah dan barulah kalilan mengerti Kesaksian ESA nya Allah itu. Amiin²

No comments:

Post a Comment