Monday 24 October 2016

Bagaimanakah yang dikatakan SUDAH KENAL ALLAH?

Bagaimanakah yang dikatakan SUDAH KENAL ALLAH?
Salam sejahtera, salam kasih, dan salam sayang dari saya...
Atas permintaan peribadi yang ditujukan.. Saya sekadar berkalam buat renungan dan mencari kefahaman dan pengetahuan untuk diri sendiri..
Bagaimanakah yang dikatakan Sudah Mengenal Allah?
Airnya manis buah Kelapa..
Buahnya diambil gunakan Galah..
Tangan dihulur harapkan Pahala..
Sudahkah kita mengenal Allah..
MENCARI KENAL
Dalam mengenal Allah itu, tidaklah terikat, tertakluk kepada hanya satu kaedah sahaja. Kerana itu kita perlu kepada adanya ilmu dan guru bagi mencari dan mencapai tujuan.
Setiap orang mempunyai jalan dan cerita tersendiri bagi menuju Kenal kepada Hakikat Pencipta (Allah).
Ada orang mengenal Allah dengan hanya membaca...
Ada orang yang mengenal dengan mengkuburkan diri jasadnya yang hidup ke liang kubur...
Ada yang mengenal dengan ditimpa pelbagai musibah dan masalah...
Ada yang mengenal dengan berguru kepada bermacam guru...
Ada yang mengenal dengan hanya tidur...
Ada yang mengenal Allah dengan mimpi...
Ada bermacam cara lagi bagi seseorang dapat mengenal akan hakikat penciptanya Allah..
Kerana itu, bagi orang yang faham dan tidak terikat dengan kepompong fikirannya semata, pasti tidak menyalahkan apa sekalipun kefahaman dan pegangan seseorang..
Kerana apa jua cara dan kaedah itu hanya jalan bagi menuju kepada satu hala tujuan iaitu menuju kepada Allah..
Allah menjadikan sesuatu itu berpasangan...
Ada zahir ada batin..
Ada jahil ada pandai..
Ada bahagia ada derita..
Ada syariat ada hakikat..
Al Quran juga membawa maksud
tersurat dan tersirat..
Ramai orang kebanyakan terus menjatuhkan hukuman ini salah! ini sesat!
Dan tidak ramai yang mencari sebab sebelum menjatuhkan hukum.. Andai ada pun yang mencari sebab.. Ramai yang mencari sebab untuk menghukum..
Memang hukuman itu perlu bagi yang berbuat salah, tetapi sebelum menjatuhkan hukum, adalah baik kita mencari sebab.. Harus mencari sebab terlebih dahulu daripada memandang dan menjatuhkan hukum.
Kesimpulannya.. Ada ketika, betul bagi seseorang itu mungkin salah bagi seseorang yang lain.. Ada ketikanya, benar di satu pihak, dan salah bagi pihak lain.. KENAL bagi saya, mungkin Tidak Kenal bagi tuan.. Semoga beroleh faham. Amiin²

No comments:

Post a Comment