Friday 28 October 2016

ilmu

Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada para sahabat sahabat yang memberikan salam. Alhamdulillah. Semoga semua para sahabat sahabat sentiasa berada didalam lindunganNya.

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Bukan sebenar ulamak makrifat, jika tidak ditimpa fitnah!. Bukan sebenar ulamak makrifat, jika tidak menerima fitnah. Sedang Baginda Rasulullah, lagikan mendapat fitnah (dituduh tipu, sihir, dusta), apa lagi kita makhluk biasa. Bilamana sesetengah ulamak menyatakan pendapat sebagaimana pendapat diatas, pasti ada yang tersinggung dan menuduh berpendapat hulul, wahdatul wujud, Ilmu Syek Siti Jenar, dan berbagai bagai tuduhan, sehingga ada yang menuduhnya mengaku Allah.

Tuduhan tuduhan seumpama itu, sudah sedia wujud sedari zaman Al Halaj lagi. Jadi, tidak hairanlah kiranya masih ada orang sebegitu pada zaman ini.

Perjalanan ulamak ulamak tasawuf atau ulamak ulamak makrifat itu, adalah seumpama berjalan diatas hujung tanduk atau berjalan diatas sebilah mata pedang. Sentiasa terancam oleh golongan golongan yang selalu menuduh Ilmu makrifat itu sesat. Di Universiti Al Azhar atau Universiti Islam Antarabangsa, tidak ada pelajar Ilmu hakikat dan tidak ada sukatan pelajaran ilmu makrifat. Sudah tentu sekali, orang awam, tidak setuju dengan ilmu hakikat dan ilmu makrifat, sebagaimana yang saya perkatakan. Dengan kejahilan bidang ilmu hakikat atau makrifat, lalu mereka menuduh Ilmu makrifat itu sesat dan salah.

Sedangkan yang menuduh salah atau yang menuduh sesat itu, adalah golongan golongan yang tidak pernah menduduki, merasai, menakluki dan golongan yang tidak pernah menjejaki kaki dalam bidang ilmu makrifat. Sekiranya mereka tidak pernah menduduki, menjejaki, mendalami atau mengalami Ilmu makrifat, bagaimana mungkin mereka boleh menegur atau boleh menuduh bidang ilmu makrifat itu salah?.

Mereka tidak pernah merasai manis atau pahitnya buah, bagaimana mungkin dapat menceritakan sesat atau salah?. Mereka tidak pernah menduduki kerusi makrifat, sebagaimana duduknya orang makrifat, bagaimana mungkin, boleh menuduh orang makrifat itu benar atau salah?...

Ilmu makrifat dengan ilmu syariaat itu, sebenarnya adalah satu. Tingkatan, bahagian, jenis, cabang atau anak tangga Ilmu dalam Islam itu, ada empat bidang. Iaitu ilmu syariaat, torikat, hakikat dan ilmu makrifat.

Dalam empat bidang atau didalam empat cabang Ilmu Islam itu, terbahagi pula kepada dua. Cabang pertama, adalah mengandungi Ilmu syariaat dan torikat. Manakala cabang kedua, adalah mengandungi ilmu hakikat dan makrifat.

Keempat empat bidang ilmu itu, sebenarnya adalah satu. Seumpamanya satu biji tembikai dibelah empat!. Hanya orang orang awam sahaja yang selalu membeza beza atau mengasing asingkan bidang ilmu. Itulah sebabnya kefahaman orang makrifat dengan kefahaman orang syariaat (feqah) itu, selalunya bercanggah atau bertelingkah antara satu sama lain.

Antara ilmu syariaat tanpa ilmu makrifat itu, seumpama kulit tanpa isi dan seumpama isi tanpa kulit. Tidak sempurna sebiji buah itu, jika tidak terpaut kedua duanya. Begitulah ilmu syariaat dan ilmu makrifat.

Akhir kata dari saya.....
Jangan hendaknya kita menjatuhkan hukuman diatas dasar "ilmu yang kita tidak tahu". Ingin dinasihatkan kepada mereka mereka yang diluar sana, sekiranya kita tidak tahu atau tidak faham selok belok atau liku liku ilmu makrifat, jangan sekali kali hendaknya cepat melatah, untuk menuduh orang itu sesat atau menuduh orang itu salah. Terima kasih semua atas segala perkongsian ilmunya disini.....

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA...

No comments:

Post a Comment