Monday 31 October 2016

TUHAN TETAP


TUHAN TETAP TUHAN
Dengan terbatasnya akal fikiran mahu pun hati untuk menyingkap keberadaan Tuhan dan di manakah sebenarnya Tuhan berada.. Maka itulah fitrah manusia, yang menunjukkan bahawa Tuhan adalah Tuhan, dan hamba adalah hamba..
Tetapi hamba itu tidak lain, melainkan daripada Tuhan juga.. Sehingga sirr (alat perasa Ruhul Qudus) yang ada pada hamba menjadi penghubung dengan Tuhannya..
Ketika hamba diliputi rasa dan kesedaran bahawa “AKU”, (yang bukan hamba).. Maka yang ada adalah “AKU” dan lenyaplah “aku”.. Dan ketika “aku” sedar akan fitrahnya adalah TIADA DAYA DAN UPAYA..
Maka “Aku" menjadi sirr pada “aku"!
Dan oleh itu tidak terpisahlah “aku” dengan “AKU”.. Kerana (QS Al-Hadid 57:4) : "AKU BERSAMA MU DI MANA SAHAJA KAMU BERADA."
Untuk memahami kenyataan ini, perlukan kesedaran yang tinggi.. Jangan tergesa-gesa, insyaallah akan diberikan kefahaman.. Amiin²
admin Sheikh Al-Islam

No comments:

Post a Comment