Tuesday 25 October 2016

YANG TIADA BERHURUF, TIADA SUARA DAN TIADA KATA-KATA.

YANG TIADA BERHURUF, TIADA SUARA DAN TIADA KATA-KATA.
‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
YANG MELIHAT, YANG MENDENGAR, DAN YANG BERKATA-KATA IALAH ALLAH TELAH DIJELASKAN DI DALAM KALIMAH:
‎بسم الله
IAITU BA = ب = Basar = YANG MELIHAT
Sim = س = Samak = YANG MENDENGAR
Mim = م = mutakalliman = Yang berkata-kata
IALAH Allah = الله
Basar, samak dan mutakalliman ialah sifat Allah, bukan sifat selain dari Allah..
Di awal setiap pekerjaan hendak didahulukan dengan بسم الله = faham bahawa (ب ) melihat itu sifat Allah.. ‎(س ) Dengar itu adalah sifat Allah.. ‎(م ) Yang berkata-kata atau bercakap itu adalah sifat Allah..
Basar, samak dan Mutakalliman (Pandang, Dengar dan Bercakap) itu bukanlah sifat diri kita sendiri, yang selama ini telah disangka ada..
Dengan mula menyedari bahawa basar, samak dan Mutakalliman بسم = adalah sifat Allah = بسم الله = bermakna di setiap permulaan di dalam segala perbuatan, kita telah pun mentauhidkan Allah ...
76. Surah Al-Insan (ayat 2)
‎إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
CARA PERLAKSANAANNYA
Bangun sahaja dari tidur, kita sudah buka mata. Apabila terbuka mata, kita sudah mula melihat alam sekeliling.
Ketika kita sedang merasa kita yang melihat alam sekeliling, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan itu, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada penglihatan yang sedang dirasai itu, mengakulah bahawa sifat melihat yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.. (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah di ketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat melihat yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)..
Ketika kita sedang merasa kita yang mendengar, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran itu, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada pendengaran yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat mendengar yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.. Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah di ketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat mendengar yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu..
Ketika kita sedang merasa kita yang bercakap, tumpukan kepada percakapan itu dengan sebulat-bulat tumpuan, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada percakapan yang sedang dirasai itu, mengakulah bahawa sifat bercakap yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya.. Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah di ketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat berkata-kata yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu..
Melihat, mendengar, dan berkata-kata adalah sifat Allah.. Allah nyatakan sifat-sifatnya untuk memperkenalkan dirinya bukan untuk disekutukan dengannya..
Cara ini adalah berdasarkan kepada firman Allah:
73.Surah Al-Muzzammil (ayat 8)
‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Cara perlaksanaannya telah dihuraikan melalui sabda Nabi Muhammad SAW;
Saidina Ali Bertanya kepada Rasulullah, bagaimana aku nak hampir dengan Allah, ya Rasulullah. Rasulullah menjawab, mari dekat dengan aku ya Ali, hingga bertemu lutut.
-Pejamkan mata mu,
-Tongkat kan lidah mu ke langit2,
-Sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Dengan melakukan seperti mana yang dinyatakan seperti di atas akan berlakulah pengertian BISMILLAH,, walaupun kita tidak menyebut perkataan BISMILLAH..
Dengan melaksanakan kaedah ini berlakulah BISMILLAH yang tanpa huruf, tanpa kata-kata, dan tanpa suara..
Kita tidak membaca BISMILLAH samada secara lisan atau secara di dalam hati tetapi kita menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat melihat, mendengar, dan sifat berkata-kata, di dalam satu masa yang sama kita pun menyebut Allah tanpa putus..
Menyebut Allah pula dilakukan seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW;
-Tongkat kan lidah mu ke langit2,
-Sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
AMIIN2

No comments:

Post a Comment