Friday 28 October 2016

HAKIKAT MENGENAL

HAKIKAT MENGENAL
Bila mana telah belajar akan ilmu Mengenal Diri, maka mengenal lah ia akan Hakikat Pencipta dan mengenal akan hakikat kehidupan..
Oleh kerana Allah menginginkan dirinya dikenali, maka Allah memperkenalkan diriNya melalui Nur @ Cahaya..
Nur ini juga dikenali dengan pelbagai nama "Nur Muhammad", Ahmad, Roh Kudus, Hakikat Muhammad, Hakikat Syahadah, dan sebagainya..
Dengan Nur Muhammad inilah yang menampakkan kepada makhluk akan penzahiran Allah..
Dengan Nur Muhammad lah seluruh seru sekalian Alam, makhluk dapat mengenali hakikat diriNya melalui penzahiran Nur Ilmunya..
Muhammad inilah yang pertama2 Nabi Adam melihatNya..
Muhammad inilah yang sebenar2 diri yang mengenal..
Muhammad inilah Hakikat "Amanah" (Dipercayai).. Diri yang tidak pernah mengkhianati DiriNya sendiri.. DiriNya sendiri yang tahu dan percaya terhadap segala sesuatu..
Muhammad inilah Hakikat "Siddiq" (Benar).. Yang tidak pernah mendustakan diriNya.. Hanya diriNya sendiri yang tahu akan kebenaran.. Kebenaran segala sesuatu..
Muhammad inilah Hakikat "Fatonah" (Bijaksana).. Hanya diriNya sendiri yang tahu akan kebijaksanaan terhadap sesuatu.. Yang diriNya tidak Bodoh..
Muhammad inilah Hakikat "Tabligh" (Menyampaikan).. Yang tidak menyembunyikan segala sesuatu dari diriNya.. Hanya diriNya sendiri yang tahu akan hakikat apa yang ingin disampaikan..
Muhammad inilah yang menzahirkan akan Hakikat Pencipta yakni Allah yang Maha Esa/Ahad..
Siapakah Muhammad, Roh Kudus, Makhluk, Jasad, Aku, Engkau, Kita, Kamu, Jin, Syaitan, Alim, Jahil, Quran, dan lain-lain..
ORANG KATA MENGENAL ALLAH ITU HARUS LAH MENGENAL DIRI.. MENGENAL DIRI ITU ADALAH "MATI SEBELUM MATI".. KALAU TAK MATI.. ITU NAMANYA SYOK SENDIRI..
Mati Sebelum mati itu cuma istilah yang diguna pakai oleh orang2 yang belajar tentang ilmu Makrifat.. (Tok Kenali)
Tetapi maksud Mati Sebelum Mati yang sebenar itu., bila mana Diri Jasad itu mampu di Matikan/ di Fanakan/ di Leburkan..
Lebur juga bukan bermaksud di Hancurkan Diri Jasad itu.. di Kubur atau di Cincang Jasad itu Hidup2.. sampai lebur dan Mati.. Jasad itu tetap ada seperti asalnya..
Ia cuma kiasan yang bermaksud Matikan Sikap ke "Akuan Diri" agar dapat Melihat Hakikat siapa yang sebenar berkuasa di dalam tubuh Jasad itu.. Bahawasanya yang berkuasa di dalam Diri Jasad itu adalah Roh..
Bila mana Roh itulah punca Jasad Tubuh itu Hidup dan melakukan kehidupan seharian..
Terlihatlah akan Tubuh Jasad itu hanya bergantung pada Roh untuk Hidup dan melakukan kehidupan seharian..
Ini menandakan bahawasanya Jasad itu hanya Patung/ Mayat/ Kaku tanpa adanya Roh..
Inilah yang dipanggil Mati sebelum Mati.. Kerana diri Jasad belum lagi dikebumikan.. Belum jadi arwah..
Tetapi bila mana Manusia itu tidak mencari ilmu untuk mengenal akan Tuhannya, di situlah terbit "Keakuan Diri"...
Merasa dirinya (jasad) yang Hidup.. Dirinya yang Berkuasa.. Tanpa dia sedar bahawa diri itulah yang Tidak Mengenal bahawa Roh lah yang sebenar-benar yang menghidupkan dia.. Yang menggerakkan dia.. Yang berkehendak, dan sebagainya..
Sebagai Contoh:
Bila mana merasa Diri Jasad itu Ada..
Aku yang Berkuasa..
Aku yang Kuat..
Aku yang Melihat..
Aku yang Mendengar..
Aku yang Kaya..
Aku yang Cantik..
Aku yang Memilih..
Segalanya Aku..
(Mengaku Memiliki Semuanya Miliknya)
Maka itulah yang dianggap Tidak Mati.. (Diri yang tidak mengenal Hakikat Diri yang Sebenar Diri @ Roh)
Sedangkan.. Tubuh Jasad itu tidak mampu pun Berkuasa, Kuat, Mendengar, Melihat, Berkehendak, dan sebagainya, andai tubuh jasad itu sendiri TIDAK disertai adanya ROH..
Jika tidak adanya Roh maka Ia sama lah seumpama jasad itu menjadi Mayat (mati) yang lengkap anggota tetapi tidak punya gerak @ Tidak Hidup.. Ia ibarat Mati/ Kaku/ Keras..
Jelaslah bahawa diri jasad itu Mati tanpa Roh.. Rohlah yang Sebenar Benar diri yang berkuasa..
Tubuh Jasad hanya makhluk untuk menzahirkan/ memperkenalkan akan adanya Roh..
Andai diri jasad itu TIDAK ADA/TIDAK WUJUD.. Bagaimanakah ROH itu dapat dikenal.. Bagaimanakah rupa paras Roh.. Tubuh Roh.. Bentuk roh..
Roh itu sesuatu perkara hal yang berkaitan tentang Batin (Ghaib) yang tidak nampak..
Bagaimana nak mengenal sesuatu yang tidak nampak? Sesuatu yang Batin? Adakah dapat yang Zahir ini mengenal yang Batin.. Yang Batin hanya dapat dikenal dengan Batin..
Bagaimana Batin (Roh) nak di kenal.. Maka tercipta Zahir untuk mempekenalkan adanya Batin..
Makanya wujud Diri Jasad / Makhluk bagi menzahirkan adanya ROH..
Bila mana sudah memahami Hakikat sebenar di dalam Tubuh Jasad itu ada suatu kuasa yang menzahirkan segala2nya tentang Hidup Jasad iaitu KUASA ROH..
Maka fahamlah bahawa jasad itu sebenarnya Kaku, Mati TANPA ada hakikat Roh.. (Mati Sebelum Mati)
Jasad itu tetap ada tetapi barang Mati.. Tanpa Roh..
Maka Rohlah yang harus dipandang/ dilihat akan kenyataanNya yang sebenar.. Tubuh hanya mengikut apa yang Roh itu berkehendak..
Inilah Mati Sebelum Mati yang menjadi ISTILAH bagi mempelajari ilmu Makrifat (Tok Kenali).
Setelah sedar, mengetahui bahawa yang sebenar jasad itu mati, dan yang hendak dikenal itu adalah Roh.. Maka belajarlah akan hal Roh yang cuma sedikit..
Yang ada jua segelintir memanggil ianya sebagai ZAT.. ZAT atau ROH hanya berlainan NAMA tetapi membawa maksud yang sama..
Bila mana orang yang sudah mengenal Roh ia secara tidak langsung telah mengenal Allah..
Kenal Garam.. Masin datang sendiri..
Kenal Gula.. Manis datang sendiri..
Bila mana jasadnya telah mati.. Jasad hanya menyerahkan segalanya kepada kerja Roh @ Allah.
Bila mengenal Allah..
"Rahmat Mendahului Kemungkaran.. "
Jelas terzahir akan kelakuan Jasad itu.. Kerana Allah itu Rahmatan lil Alamin.. Allah itu Rahman & Rahim..
Amiin²

No comments:

Post a Comment