Monday 17 October 2016

ANTARA NUR MUHAMMAD DAN NABI MUHAMMAD

ANTARA NUR MUHAMMAD
DAN NABI MUHAMMAD
Hakikat Nur Muhammad ini perlu diterangkan dengan lebih lanjut dan jelas agar dapat difahami oleh semua orang.
Apa itu Nur Muhammad?
Apa hubungannya dengan diri Nabi Muhammad?
Apa hubungannya dengan diri manusia?
Di dalam mata pelajaran ilmu Hakikat dan Makrifat, Nabi Muhammad dan Nur Muhammad itu, adalah berbeza sama sekali.
Nabi Muhammad adalah manusia. Anak daripada seorang ayah yang bernama Abdullah dan ibunya yang bernama Aminah. Lahirnya di Mekah dan makamnya di Madinah.
Tetapi hakikat "Nur Muhammad" adalah cahaya atau ruh, jiwa yang tunggal, jiwa- jiwa yang terpuji. Hakikat Nur Muhammad itu ada dalam diri tiap- tiap manusia, dan tentu sahaja ada di dalam diri kalian semua, sebagai mana ada di dalam diri para Nabi Allah dan RasulNya, serta wali- wali Allah.
Nur Muhammad itu hanya ada SATU namun ada di dalam diri semua umat manusia. Jika engkau memikirkan tentang perkara ini dengan akal fikiranmu, boleh menjadi bingung dan pening.
Lalu apa hubungannya antara Nur Muhammad itu dengan diri Nabi Muhammad?
Diri Nabi Muhammad itu, batiniahnya telah bersambung/ wushul serta hancur lebur dalam hakikat Nur Muhammad atau dapat juga dikatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah TAJALLI SEMPURNA daripada Nur Muhammad. Sedangkan pada manusia secara umumnya, batiniahnya itu masih putus disebabkan masih terselimuti oleh hawa nafsu.
Pakaian dasar dari Nur Muhammad itu adalah KEINDAHAN (JAMAL), maksudnya adalah keindahan 'Akhlakul Karimah' di mana dengan keindahan itu selalu bersifat sistematik (tersusun kemas) seumpama longgokan sampah yang berserakan dan tidak berharga, lalu diaturkan (disusun kemas) menjadi suatu keindahan.
Yang sebenarnya Nabi Muhammad yang ada di Makkah itu adalah wujud lahiriah sahaja. Demikian juga halnya para Nabi yang lain, mahu pun wali- wali Allah, kesemuanya tiada lain adalah tajalli daripada Nur Muhammad.
Oleh sebab itulah Rasulullah bersabda bahawa dirinya diutus hanya untuk memuliakan dan menyempurnakan akhlak manusia.
Itulah sejati, diutusnya Nabi Muhammad, sebenar-benarnya adalah untuk mengembalikan manusia kepada kemurnian fitrah dasarnya, mengembalikan mereka agar wushul dan bersambung kembali; lebur hancur kepada Nur Muhammad.
Agar engkau sekalian menjadi "MUHAMMAD" itu sendiri secara hakikatnya, iaitu makhluk yang terpuji, INSAN yang kamil/ sempurna, iaitu kembali kepada fitrah dasar penciptaan manusia. Maka, sesungguhnya syafaat yang sejati, itulah sebenarnya selawat yang sejati itu.
Ini kerana, hanya Nur Muhammad sahaja yang dapat mengenal Allah, itulah tujuan akhirnya yang hendak dicapai agar dapat menjadi Muhammad secara hakikatnya dan mengenali TuhanNya.
Salah persepsi daripada orang ramai, adalah mereka- mereka ini seakan ingin mengikut membabi buta 100% lahiriah Nabi Muhammad, dengan pakaian ala Arab dan timur tengah, berjanggut panjang tanpa berkumis, berserban dan berjubah labuh, dan lain- lain lagi, adalah yang bersifat lahiriah sahaja. Padahal tujuannya Nabi itu diutuskan, adalah untuk menjadikan kamu seorang MUHAMMAD secara hakikatnya, menjadi makhluk yang terpuji dan mengenal Allah. Maka dari itu, jadilah Muhammad secara hakikatnya, kerana itulah hakikat yang sesungguhnya.
Dan lagi, ketika ingin menjadi Muhammad atau seperti Muhammad, ketahuilah, bahawa tidak harus bernama Muhammad, misalnya jika ingin menamakan anak kamu supaya namanya mencerminkan akhlaknya, contohnya nama Ahmad, Adam, Darwish, Danish, dan lain- lain.
Itu semua maknanya sama sahaja, yang berbeza cuma bahasa panggilan sahaja. Pada hakikatnya, boleh dinamakan apa sahaja asalkan ertinya baik dan bagus, kerana perkara yang paling penting adalah sikap dan perilaku kamu itu yang harus mencerminkan Muhammad (Yang Terpuji).
Kita mungkin tak boleh lagi melihat Nabi Muhammad kerana beliau sudah wafat..
Tetapi kita masih boleh bertemu para Muhammad yang lain secara hakikatnya..
Nur Muhammad itu masih ada sampai sekarang, menerangi alam semesta ini. Agar kita semua dapat melihat dan menjadi saksi (bersyahadat), bahawa Nur Muhammad itu ada dan nyata. Mereka adalah cahaya penerang bagi seluruh kehidupan ini. Amiin²
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
11 Comments
Komen
Faiz D. Ace Pehhh bukak habis admin
Hakikat Insan Zaman ini, bukan zaman berahsia lagi..
Zaman ini, zaman penyebaran rahsia..

Umat islam pada hari ini, hanya islam pada nama dan i.c. sahaja.. Namun hati penuh dengan syirik dan kufur kepada Allah s.w.t.

Maka itulah, menjadi tanggunjawab setiap yang bergelar MUHAMMAD itu, untuk bertabligh dan menyampaikan.

No comments:

Post a Comment