Wednesday 19 October 2016

Karomah Siwak

Karomah Siwak (السِّوَاكْ)

" Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم bersabda, Senjata seorang mukmin ialah Siwak (kayu sugi). Syaitan akan lari daripada orang yang ada Siwak. Kerana Siwak itu membuatkan hati Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم gembira. Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم bersabda dalam Hadith, daripada Anas Bin Malik, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Wahai Anas barangsiapa yang mencintai aku, maka dia beramal dengan sunnah aku, dan setelah dia beramal dengan sunnah ku, dia bersama aku di dalam Syurga.

Ganjaran Siwak itu sangat tinggi, Di dalam Hadith Soheeh, Jika solat dua rakaat dengan Siwak lebih baik daripada solat 70 rakaat tanpa Siwak. Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم bersabda, Siwak ialah senjata orang mukmin. Sebenarnya kita sentiasa membawa dua senjata, yang pertama ialah Wudhuk dan yang kedua ialah Siwak. Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم juga bersabda dalam Hadith Soheeh, Wudhuk itu senjata orang mukmin.

Jagalah dua perkara ini, maka Allah سبحانه وتعالى akan perintahkan dua Malaikat untuk sentiasa menjaga kamu. Tidak ada sesiapa dikalangan Jin dan Manusia yang berani kacau kamu dengan kejahatan. Inilah sunnah dan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم.

Kita boleh lihat di zaman ini, ada sesebuah keluarga tidak ada kasih sayang antara satu sama lain, bahkan satu kampung, satu negeri, satu negara, mereka semua berjalan dibawah manhaj yang satu, tapi tidak ada kasih sayang antara mereka. kenapa?

Bukankah Sunnah dan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم itu mentahqiqkan ( menyebarkan) kasih sayang antara manusia? kalau saya sendiri mengamalkan sunnah dan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, kamu semua juga mengamalkan sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم dengan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, maka tidak akan ada masalah antara kita semua. Tidak ada hasad dan perbuatan yang jahat sesama kita, sebab kita semua sudah jaga Adab dan Sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه واله وصحبه وسلم.

Al Imamul Haddad berkata, sesungguhnya musibah, bala dan wabak yang berlaku atas Umat Nabi Muhammad صلى الله عليه واله وصحبه وسلم disebabkan perbuatan mereka sendiri. Sebab mereka telah jauh daripada Sunnah dan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, lalu Allah سبحانه وتعالى menguji mereka dengan macam macam ujian.

Semakin jauh dengan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم , semakin jauh dengan Adab Rasulullah صلى الله عليه وسلم, semakin jauh dengan Akhlak Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, maka semakin banyak ujian dan musibah yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى.

Ada sebuah kisah di dalam Hadith Soheeh, daripada zaman Saidina Umar Al Khattab yang melibatkan satu peperangan antara orang Islam dan Musuh Allah dan musuh Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, Allah سبحانه وتعالى telah melambatkan kemenangan atas pasukan Saidina Umar disebabkan mereka tidak menjaga satu Sunnah dan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم.

Mereka berperang dari pagi sehingga ke petang tidak selesai. Sehingga Saidina Umar pun hairan dan berkata, kenapa lambat untuk kita menang, dari pagi sampai sekarang kita masih belum berjaya, apa yang kita dah buat? Kemudian Saidina Umar panggil semua pasukannya dan mereka semua berkumpul disisi Saidina Umar Al Khattab.

Tujuan Saidina Umar memanggil mereka adalah kerana nak muhasabah diri dengan pasukannya. Kemenangan Allah سبحانه وتعالى tidak akan lambat melainkan jika ada salah atau sudah meninggalkan satu Sunnah daripada Sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم.

Lalu Saidina Umar pun bertanya kepada mereka , kita berkumpul disini sebab nak muhasabah diri, sudah kah kamu semua qiamulail? kami semua sudah bangun qiamulail wahai Amirul Mukminin. Solat Isyraq? Kami sudah solat Isyraq. Solat subuh berjemaah? kami semua solat subuh berjemaah wahai Amirul Mukminin. Tapi kenapa kita lambat menang?

Saidina Umar Al Khattab teruskan juga bertanya satu per satu Sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم dengan mereka, sehinggalah beliau tahu apakah yang mereka tinggalkan. Rupanya ada diantara mereka tidak ada Siwak. Kemudian Saidina Umar berkata, Disebabkan perkara inilah Allah سبحانه وتعالى melambatkan kemenangan atas kita, Marilah cari Siwak.

Kemudian mereka semua berpecah untuk mendapatkan Siwak daripada pokok pokok yang ada di tengah padang pasir itu. Situasi ini telah meragukan musuh Allah dan musuh Nabi Muhammad صلى الله عليه واله وصحبه وسلم (Kafir) kerana pada awalnya pasukan Saidina Umar berhadapan dengan mereka, tiba tiba mereka semua berkumpul dan sekarang terus berpecah kesini dan kesana.

Mereka pun ikut kemana semua pasukan Saidina Umar ini pergi, setelah itu mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat, bahawa pasukan Saidina Umar itu menggosok gigi mereka dengan kayu, orang kafir semua sangka mereka sedang mengasah gigi dengan kayu itu, kemudian mereka akan makan kita. Allahuakbar. Allah yang buat hati mereka takut.

Musuh Allah dan Musuh Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم semuanya terus lari sehingga tertinggal semua barang barang, senjata , dan makanan mereka. Lihat bagaimana Allah سبحانه وتعالى memberi kemenangan atas Orang Islam dengan Berkat satu Sunnah dan Adab Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم sahaja.

Sangat jauh dengan logik akal kita manusia makan manusia, tapi orang kafir tetap juga lari kerana tidak ada Iman di dalam mereka. Senjata banyak macam mana pun, tetap lari atas senjata kita yang kecil, iaitu Siwak. Tetap juga lari atas kesatuan kita semua yang menjaga Adab, Akhlak dan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم. "

Murobbi Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى

No comments:

Post a Comment