Thursday 27 October 2016

HAKIKAT PENCIPTA

HAKIKAT PENCIPTA
Sebelum Allah itu bernama Allah, atau Zat yang di sembah ini menzahirkan DiriNYA dengan panggilan Allah..
Allah itu tidak mempunyai nama, Allah itu tidak dapat di rasa, Allah tidak dapat disentuh, Allah tidak dapat difikirkan, Allah tidak dapat dikaji dan Allah tidak dapat diumpamakan dengan apa sekalipun..
Perkataan "Zat" itu juga bersalahan.. Hanya bagi merujuk kepada DiriNya yg dinamakan Allah, kerana Allah itu TIADA ZAT..
Tiada zat membawa maksud.. Allah bukan berasal dari sesuatu.. tetapi sebaliknya setiap sesuatu itu berasal dari Allah..
Allah itu bukan berjirim, bukan berjisim, termasuk lah bukan Zat..
Zat itu hanya nama bagi memudah faham untuk menunjukkan Maha Berkuasa, Maha Hebatnya Allah..
Allah (Hakikat Pencipta) ini lah yang di panggil AHAD/ESA.. Ahad itu adalah nama bagi menunjukkan tentang Ahadiah @ Tunggal yang Maha Esa.
Allah itu maha suci, Maha tinggi, Maha Tunggal.. Tidak ada segala sesuatu pun yang dapat mengenali diriNya melainkan DiriNya sendiri..
Kerana Allah itu tidak dapat difikir, dilihat, disentuh.. maka mustahil bagi makluk itu mengenali diriNya.. Melainkan hanya diriNya sendiri yang dapat Mengenal Hakikat DiriNya..
Allah itu nama, nama yang tidak lain dan tidak bukan menyatakan perihal Hakikat Pencipta..
Bila mana menyebut ALLAH tidak ada maksud lain selain merujuk kepada Hakikat Pencipta dan Hakikat yang disembah..
Bila mana Allah itu tidak bernama bagaimanakah makluk boleh mengenalinya?
Bagaimana makhluk dapat menyembah, menyebut, menyatakan, fikirkan perihal Allah?
Jika tiada nama, bagaimana makluk dapat membicarakan perihal Allah.. Tanpa nama, Allah tidak dapat dikenali dan hanya berada di alam AhadiahNya yang kosong sunyi sepi melainkn diriNya sendiri..

No comments:

Post a Comment