Thursday 18 August 2016

ws

Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh kepada para sahabat sahabat yang memberikan salam. Alhamdulillah. Terima kasih semua diatas segala perkongsian ilmunya disini. Sedikit perkongsian dari saya. Moga bermanfaat buat semua.

Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.

Merayapnya semut dimalam gelap gelita, bergugurannya dedaun dihutan belantara dan bertiupnya angin ditengah samudera lautan, tidak lari dari ilmu ketetapan yang telah Allah tetapkan melalui kitab Luh Hul Mahfuz. Apa patutkah Luh Hul Mahfuz yang pula dipersalahkan?. Sedangkan Luh Hul Mahfuz itu juga, adalah ciptaan dari ilmu Allah Yang Maha Berkuasa!. Jika semuanya tidak bersalah dan tidak mahu mengaku bersalah, apakah Allah yang Maha Suci Lagi Maha Berkuasa itu pula yang patut dipersalahkan?. Mustahil Allah dipersalahkan. Allah itu Maha Suci. Bagi mencari salah siapa, seumpama mencari punca siapa dulu antara ayam dengan telurnya. Ayam asalnya dari telur manakala telur pula asalnya dari ayam. Antara ayam dengan telur siapakah yang dulu?. Jika kita hendak mencari siapa dulu, siapa kemudian, siapa salah, dan siapa silap, sampai kiamat pun benda ini tidak akan selesai, tidak putus dan tidak akan bertemu penghujungnya.

Dalam hal mencari jawapan atau jalan penyelesaiannya, ia tidak ada siapa dulu, siapa kemudian, siapa salah, siapa silap, siapa benar dan siapa salah. Semua yang terjadi dan segala yang berlaku itu, adalah bagi menzahirkan kehebatan, kebesaran, kebijaksanaan, dan kesempurnaan ilmu Allah. Jika kita pandang dari sudut salah atau silap, benar atau tidaknya, kita tidak akan dapat ketemu kata putus dan tidak akan berjumpa dengan erti muktamad. Pokoknya pandanglah keatas sifat kesempurnaan Allah. Allah boleh berbuat apa sahaja mengikut citarasa ilmuNya. Segala yang berlaku dan yang terjadi, samada yang baik ataupun buruk itu, bukan untuk diperbahas atau untuk diperdebatkan siapa salah dan siapa benar!.

Tujuan dijadi dan dilakukan kejadian serta kelakuan itu, adalah semata mata untuk memperzahir, mempernampak, memperlihat dan memperjelaskan sifatNya, kepada mereka mereka yang masih lagi kurang jelas!. Allah hendak tunjukkan rupa parasNya, Allah tidak ada rupa paras, tidak berhuruf dan tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim yang boleh ditunjuk, dipertonton atau diperlihatkan melalui bentuk hitam atau putih. Jadi untuk Allah  memperkenalkan diriNya supaya dikenali oleh sekalian makhlukNya, maka diperlakukanlah kelakuan serta kejadian kejadian seumpama itu. Semoga dengan itu makhluk manusia dapat mengenali Allah melaluinya. BAGI SESIAPA YANG MAHU BERFIKIR. Kepada mereka mereka yang tidak ada akal, tunjuklah apapun, zahirlah apapun dan perlihatlah apapun, mereka tetap akan buta, buta dan buta selama lamanya.

Akhir kata dari saya....
Kejadian yang datang dari Allah itu, adalah suatu yang terbit dari ilmu Allah, segala yang terbit dari ilmu Allah itu, Maha Suci, adil dan saksama. Kesemua sifat buruk, jelek, keji dan sifat ketidak sempurnaan makhluk itu, bukan bagi mengambarkan kejinya sesuatu perkara, tetapi bagi memperlihatkan betapa sempurnanya Allah itu....

Terima kasih Ya Allah.

Aamiin Ya Allah.

ZAINI ZAKARIA..

No comments:

Post a Comment