Thursday 25 August 2016

*TAZKIRAH

_*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*_
_*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ*_

_*TAZKIRAH PAGI SELASA*_
_*20 ZULKAEDAH 1437M*_
_*23 OGOS 2016M*_
_*Dan bacakanlah kepada mereka khabar berita kepada seorang yang kami beri kepadanya ilmu pengetahuan mengenai ayat ayat Allah*_
_*Sebagaimana firman Allah dalam surah Al A'raf ayat 175-178*_
📕 📌 🌺 🌸 🌷 🌷 👇

_*Surah Al-Araf, ayat 175:*_
_*وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ*_

*_Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat._*

 *_Surah Al-Araf, ayat 176:_*
*_وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ_*

*_Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir._*

 *_Surah Al-Araf, ayat 177:_*
*_سَاءَ مَثَلًا الْقَوْمُ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَأَنفُسَهُمْ كَانُوا يَظْلِمُونَ_*

*_Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri._*

 *_Surah Al-Araf, ayat 178:_*
*_مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ_*

*_Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi._*

 *_Surah Al-Araf, ayat 179:_*
*_وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ_*

*_Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai._*

 http://www.ibnukatsironline.com/2015/05/tafsir-surat-al-araf-ayat-179.html?m=1
 https://tafsirsunnah.me/2016/06/28/araf-ayat-175-178/
📢 📢 📢 🔊 🔊 🔊
_*DISIARKAN OLEH TANBIHUL GHAAFILIN LAJNAH PENERANGAN&PERHUBUNGAN MEDIA PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK KL*_
_*Semoga ada manfaatnya kepada kita semua*_
📕 📌 🌺 🌸 🌷 🌷 👆 _*BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN*_
_*PAS PARTI BERKEBAJIKAN UNTUK RAKYAT*_

No comments:

Post a Comment