Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan

NAFI DAN ISBAT
BERPISAHKAH HAMBA DENGAN ALLAH DAN BERSATUKAH ALLAH DENGAN HAMBA
Roh ketika belum bercantum dengan jasad amat arif akan hakikat ini, namun apabila diuji dengan diberikan jasad dia terhijab dengan jasad tanah tersebut.. Sehingga apabila dia mendengar, dia sandarkan pendengaran itu pada telinganya.. Di sinilah berlakunya syirik jali apabila pada iktikadnya, dia meyakini bahawa telinga yang menyebabkan dia mendengar bukan Allah..
"Nafi dan Isbat"
Hendaklah disandingkan
Di dalam setiap nafasmu
Di dalam setiap langkahmu
"Nafi dan Isbat"
Adalah kalimah yang paling utama
Adalah kalimah pembuka
Rahsia sang hamba dengan TuhanNya
"Nafi dan Isbat"
Menafikan wujud yang lain.. Hanya Isbat pada wujud Allah yang hakiki.. Wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya.. Maka wajib bagi dirimu.. Memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya.. Jika kamu memandang wujudmu.. Tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu.. Dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu.. Maka kufurlah iktikadmu hancurlah amal Islam kamu..
"Nafi dan Isbat"
Menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu.. Melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradat dan hayat.. Hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua.. Maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan.. Buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati.. Maka jika kamu iktikadkan segala sifat tersebut.. Tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu.. Isbatkan adalah hak Allah.. Maka kufurlah kamu.. Maka binasalah segala amalmu..
"Nafi dan Isbat"
Menafikan akan segala Asma’ yang ada.. Hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat.. Tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat, tiada yang memudaratkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya.. Melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilikinya.. Jika engkau tiada mengiktikadkan di sebalik kehidupan mu.. Bahawa nama-nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu.. Dalam pelbagai bentuk dan wajah.. Maka zindiklah kamu.. Dan tiada manfaat akan segala ibadahmu..
"Nafi dan Isbat"
Menafikan segala apa jua perbuatan yang ada.. Walaupun satu zarah debu yang berterbangan.. Dalam segala gerak dan diam.. Melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilikinya.. Jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu.. Adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk.. Maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu..
Oleh itu wahai saudaraku..
Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat..
Dengan para Murabbi Tareqah Sufiah yang Haq..
Sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan..
Sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul..
Tanpa pintu kebenaran ini..
Maka amalmu penuh kerosakan..
Kelakuan Islam mu penuh kemunafikan..
Engkau hanya Islam di sisi manusia..
Tapi Islam mu belum benar di sisi Allah..
LA ILA HA ILLA ANA
Sebutlah apa sahaja, Allah itu, tetap tidak boleh dipisahkan dengan sesuatu!
Sekecil mana pun sesuatu tetap di situlah ada Allah dan sebesar mana pun sesuatu wajib di situlah juga ada Allah!
Allah tidak boleh berpisah dan Allah itu juga tidak boleh bersatu dengan tiap sesuatu yang maujud itu..
Sesungguhnya berpisah itu Allah jua dan bersatu itu juga adalah Allah..
Nafi dan Isbat itu, berpisah tidak bersatu pun tidak!
Antara makhluk dan Allah pun sedemikian juga adanya!
Barang siapa faham apa itu Nafi dan faham apa itu Isbat, maka fahamlah ia mana diri dan mana Khaliq!
Dan itu barulah benar-benar bersyahadah!
Seumpama tidak boleh berpisah dan tidak berduanya antara malam dengan sifat siang!
'Nafi dan Isbat' itu,,
kita contohkan seumpama kain dan warna kain yang kita pakai sekarang, yang hendak kita pisahkan dengan mengoyakkannya.
Adakah warna merah pada kain atau baju yang kita koyak itu, boleh dipisahkan? Sudah tentunya tidak boleh, sebab kedua-duanya sekali akan terkoyak.
Adakah warna merah itu bersatu dengan kain.. Apa yang mustahil ialah warna tidak mungkin menjadi kain, dan kain pula tidak mungkin menjadi warna..
Tidak akan bertukar antara kain dengan warna! Bercerai tetapi tidak tertanggal dan pastinya tidak bersatu..
Apabila faham kita akan makna Nafi dan fahamlah kita akan makna Isbat, maka dengan sendirinya akan fahamlah kita siapa hamba dan siapa itu Allah!
Inilah yang dikatakan bahawasanya antara hamba dengan Allah itu, bercerai tidak berpisah tiada! Yang pastinya tanpa kain warna pun tiada..
kalimah LA itu ertinya tiada, tiada di mana?
Maksudnya tiada yang sedang berlaku di makhluk..
Yang sedang berlaku di makhluk itu adalah :
HAK ALLAH BUKAN HAK MAKHLUK
TIADA HAK MAKHLUK MELAINKAN HAK ALLAH
LA ertinya tiada tetapi sebenarnya ada (Tidak ada hak makhluk, yang ada hanya hak Allah).
Bila disebut LA, sudah pun ada Tuhan..
Bukanlah LAILAHA itu, tiada Tuhan dan ILLALLAH, baru ada Tuhan..
LA itu datang dari mana?
Adakah LA itu hak makhluk?
Tidak ada, yang ada HAK ALLAH..
Tiada yang lain yang berlaku itu, melainkan Allah..
Akhir sekali, tiada yang ada melainkan Allah..
Jadi barulah bertepatan yang kalimah itu cukup luas..
"LA MAUJUD ILALLAH"

No comments:

Post a Comment