Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan

Pesanan Ikhlas Buat Para Jemaah Haji.. "Labbaik Allah Umma Labbaik"
Ibadah haji merupakan puncak ibadah, diundang oleh Dia, Penguasa Dunia Akhirat.. Seharusnya disana berjumpa dengan yang mengundang yaitu Pemilik Ka’bah, pemilik dunia akhirat, Tuhan sekalian alam..
Tapi apa terjadi, yang dijumpai disana hanya berupa dinding dinding batu yang ditutupi kain hitam.. Pada saat wukuf di Arafah itu adalah proses menunggu, menunggu Dia yang dirindui oleh sekalian hamba untuk hadir dalam kekosongan jiwa manusia.. Namun yang ditunggu tak pernah muncul..
Di sini sebenarnya terletak kesilapan umat Islam di seluruh dunia, terlalu disibukkan dengan aturan syariat hingga lupa akan ilmu untuk melaksanakan syariat itu dengan benar iaitu Tarekat.. Ketika ilmu Tarekat dilupakan, bahkan sebahagian orang jahil menganggap ilmu warisan Nabi ini sebagai bidaah, maka pelaksanaan ibadah menjadi kacau bilau..
Kalau ajaran-ajaran agama yang kita kenal melalui syariat itu tidak dilaksanakan dengan metodologi yang benar (Thariqatullah), maka ibadah akan menjadi kosong hanya sekadar memenuhi kewajipan agama sahaja.. Solat hanya mengikuti rukun-rukun dengan gerak kosong belaka, badan bergerak mengikuti gerakan solat namun hati berkelana entah kemana-mana.. Sepanjang solat akan muncul berjuta khayalan kerana roh masih di alam dunia belum sampai ke alam rabbani..
Badan seolah-olah khusuk beribadah sementara hatinya lalai, menari-nari di alam duniawi.. dan yang didapati dari solat itu bukan pahala tetapi ancaman neraka..
Harus di ingat bahawa “lalai” yang dimaksudkan di sini bukan sekadar tidak tepat waktu, tetapi hati sepanjang ibadah tidak mengingat Dia.. Bagaimana mungkin dalam solat dapat mengingat Dia kalau di luar solat tidak dilatih berzikir (mengingat) Dia? dan bagaimana mungkin seseorang dapat berzikir kalau jiwanya belum disucikan?
Urutan latihannya sesuai dengan perintah Allah di dalam surat Al-‘Ala, “Beruntunglah orang yang telah disucikan jiwanya/rohnya.. kemudian dia berzikir menyebut nama Tuhan.. dan kemudian dia mendirikan solat...”
Admin Khairunnisa'

No comments:

Post a Comment