Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan

MENGINGATI ALLAH
Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (namaNya) sebanyak-banyaknya, [QS. Al-Ahzab: Ayat 41]
Sampai saat ini kita sering mendengar ayat ini dibacakan berulang-ulang oleh para alim ulamak, baik di majlis taklim mahu pun di atas mimbar pada saat menjelang solat Jumaat.
Namun, kebanyakan dari mereka tidak menjelaskan secara terperinci dan jelas apa itu mengingat.
Akhirnya pengetahuan umat pun terbatas pada yang selama ini mereka fahami sahaja. Bahawa mengingat disamakan dengan membaca, atau menyebut nama-nama Allah berulang-ulang, baik dengan bersuara mahu pun di dalam hati. Dan, ini tidak salah.
Namun, bila kita gali dengan lebih dalam lagi, maka kita akan mengetahui bahawa erti mengingat lebih dari sekadar menyebut atau membaca nama-nama Allah.
Mengingat bermakna mengetahui. Atau mengenali. Dan, daripada mengetahui maka seseorang akan mudah untuk mengingat.
Pada kesempatan kali ini, izinkan saya kembali menuliskan erti mengingat yang sesungguhnya.
Saya akan tuliskan kembali surah Al-Ahzab ayat 41, dan perhatikan baik-baik.
"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat sebanyak-banyaknya."
"Ingatlah kepada Allah." Ini merupakan ayat perintah, yang menunjukkan bahawa seseorang wajib mengetahui siapa yang harus diingat.
Sebelum kita mengingat sebanyak-banyaknya, kita harus tahu dulu siapa yang harus kita ingat.
Setelah kita tahu siapa yang kita ingat, maka perintah selanjutnya adalah mengingat sebanyak-banyaknya.
Penafsir ayat ini membuat kalimat di dalam kurungan bahawa yang harus diingat itu adalah namaNya. Mengingat (namaNya) sebanyak-banyaknya.
Padahal ayat sebelumnya dijelaskan "ingatlah kepada Allah."
Bererti yang diingat itu adalah Allah, bukan namaNya.
"Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat sebanyak-banyaknya."
Kita boleh saja mengkritik erti dari ayat-ayat di dalam Al-Quran. Yang kita kritik adalah seseorang yang telah menafsirkan ayat tersebut. Bukan ayat-ayat Al-Qurannya. Tujuannya adalah agar kita mendapatkan pemahaman yang jelas tentang ayat yang kita dengar atau kita baca.
Mengingat sebanyak-banyaknya ertinya mengingat Allah sebanyak-banyaknya. Bukan mengingat namaNya.
Dan tidak hanya sekadar mengingat saja, tetapi juga kita diperintahkan untuk menemuiNya.
Setelah menemuiNya baru kita mengingatNya sebanyak-banyaknya.
Setelah kita mengingatNya, maka perintah selanjutnya adalah: bertasbih kepada-Nya. Seperti tertulis pada ayat berikut:
وَّ سَبِّحُوْهُ بُكْرَةً وَّاَصِيْلًا
Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. [QS. Al-Ahzab: Ayat 42]
Bertasbih mempunyai makna berganda. Menyebut dan berbuat.
Bertasbih dapat dilakukan dengan cara menyebut-nyebut nama Allah. Bertasbih dapat dilakukan pula dengan cara berbuat dengan sifat-sifat Allah.
Menyebut dan berbuat merupakan rangkaian dari bertasbih kepada Allah.
سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. [QS. Al-Hadid: Ayat 1]
Ayat ini menjelaskan bahawa ternyata seluruh alam semesta yang ada di langit mahu pun di bumi turut bertasbih kepada Allah.
Konsep bertasbih ini ada hubungannya dengan mengingat. Mengingat sebanyak-banyaknya, setelah itu bertasbih kepada Allah pada waktu pagi dan petang.
Kenapa dinyatakan pagi dan petang? Kenapa tidak dinyatakan setiap waktu. Dari pagi, siang, petang, sampai malam hari?
Jawapannya adalah: kerana pagi dan petang sudah merupakan rangkaian dari seluruh waktu dalam sehari.
Sebelum datangnya siang, tentu melewati waktu pagi terlebih dahulu. Begitu pula sebelum datangnya malam, melewati waktunya petang.
Ertinya: bertasbih pagi dan petang itu adalah bertasbih yang dilakukan tanpa henti.
Bertasbih ini bermakna berbuat, bertindak, atau bekerja untuk melakukan sesuatu yang sesuai dengan perintah dariNya.
Seperti alam semesta bertasbih kepada Allah. Matahari, bulan, bintang, planet, angin, hujan, dan sebagainya. Semua bekerja sesuai dengan kudratnya.
Tidak ada satu pun dari benda-benda itu yang menyimpang dari perintah Allah.
Bertasbihnya alam semesta merupakan rangkaian dari aktiviti yang telah diatur oleh Allah SWT.
Begitu pula dengan kita, manusia.
Tubuh kita dari hujung rambut sampai hujung kaki turut bertasbih kepada Allah.
Tasbih yang tidak bersuara.
Tasbih yang dimaksud adalah aktiviti seluruh organ tubuh kita. Tubuh yang bergerak siang dan malam, sehingga tubuh kita dapat berkembang dengan baik.
Dari awalnya anak-anak membesar menjadi remaja dan dewasa. Dari kecil semakin menjadi besar dan sihat.
Dan, kelebihan kita sebagai manusia adalah, bahawa kita dianugerahkan Qalbu. Dengan Qalbu inilah kita dapat menyaksikan Tuhan secara live.
Setelah proses penyaksian ini terjadi, maka langkah selanjutnya adalah mengingat. Mengingat Dia yang telah kita saksikan.
Sehingga ayat ke 41 dari surah Al-Ahzab ini tidak sekadar dibaca saja. Melainkan juga mampu kita fahami dengan benar.
Selain itu perintah untuk mengingat Allah merupakan kewajipan bagi orang-orang yang beriman.
"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat sebanyak-banyaknya."
Bagi orang-orang yang belum beriman tentu tidak akan tertarik untuk mendalami ayat ini.
Bahkan tidak ada keinginan untuk mencari tahu bagaimana caranya mengingat Allah itu.
Bila kita membaca subhanallah, alhamdulillah, lailahailllah, Allahuakbar. Ini bukan mengingat Allah, tetapi mengagungkan nama Allah. Mengagungkan Allah dengan tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir.
Sedangkan mengingat, mutlak melalui proses penyaksian.
Ada perintah untuk mengingat, dan ada pula perintah untuk bertasbih.
Sebagai manusia yang dianugerahkan akal, gunakan akal kita untuk berfikir, menelaah, merangkum, dan memahami.
Sehingga fikiran kita selalu berkembang, cerdas dan dinamik.
Dalam membaca ayat-ayat di dalam kitab suci Al-Quran, tidak cukup sekedar mengerti ertinya saja, tetapi juga harus memahami maksud dan tujuannya. Bila perlu, dapat membuktikan.
Kerana pembuktian itu dapat menguatkan keyakinan.
Banyak ayat-ayat Al-Quran yang kita tahu terbukti kebenarannya. Dan, kita tidak perlu ragu untuk membuktikan bahawa Allah itu memang ada dan dapat dibuktikan keberadaannya.
Jika kita bertahan dengan keyakinan lama bahawa Tuhan tidak dapat disaksikan, maka selamanya kita tidak bisa bertemu dengan Tuhan. Kerana di akhirat nanti Tuhan pun tidak akan mengaku bahawa dirinya Tuhan.
Nabi di utus ke dunia ini untuk menunjukkan jalan dan caranya untuk mengenal Tuhan.
Proses pengenalan kepada Tuhan ini, telah melewati waktu dan masa yang sangat lama dan panjang. Dari sejarah diciptakannya nabi Adam AS, sampai nabi terakhir Muhammad SAW.
Awalnya para nabi menemukan caranya masing-masing untuk berinteraksi dengan Tuhan.
Kemudian Nabi Muhammad SAW menyempurnakannya dengan cara yang paling mudah dilakukan.
Sebagai tokoh yang cerdas dan dinamik, Rasulullah telah membuktikan sendiri bahawa perjumpaan dengan Tuhan itu benar-benar terjadi. Dan selanjutnya ia ingin umatnya mengikuti pula jejaknya.
Lalu diciptakanlah sebuah kaedah yang sederhana dan praktikal, yang dapat dilakukan oleh sesiapa pun juga.
Hubungan kita dengan Tuhan akhirnya dapat dilakukan di mana saja tanpa ada yang membatasi, juga tidak terikat oleh waktu, 24 jam sehari semalam.
Sehingga ayat yang mengatakan: "Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat sebanyak-banyaknya", boleh kita lakukan dengan benar.
Jadi, bukan jumlah atau bilangan yang menjadi ukuran dalam mengingat. Melainkan kesempurnaan dalam mengingatNya. Bahawa yang dimaksudkan dengan "ingatlah kepada Allah, dengan mengingat sebanyak-banyaknya", adalah: benar-benar ingat kepada Allah, bukan ingat akan namaNya.

No comments:

Post a Comment