Sunday 21 August 2016

Hakikat Insan

“Hakikat tanpa syariat, adalah kepalsuan... dan syariat tanpa hakikat, adalah sia-sia...”
Ketika memulai solat dengan “Wajjahtu waj-hiya lillaa-dzii fatharas-samaawaati wal-ardho haniifam-muslimaw- wamaa ana minal-musy-rikiin..” (Kuhadapkan wajahku kepada wajahNya Zat yang menciptakan langit dan bumi, dengan keadaan lurus dan berserah diri, dan tidaklah aku termasuk orang-orang yang musyrik..)
Seharusnya seorang hamba sudah menemui frekuensi atau gelombang kepada Tuhan, menemukan wajahNya yang Maha Agung, sehingga kita tidak termasuk orang musyrik yang menyekutukan Tuhan..
Kita dengan mudah menuduh musyrik kepada orang lain, tanpa sedar kita hanya mengenal nama Tuhan sahaja.. sementara yang hadir dalam solat kita, berupa wajah-wajah lain selain Dia..
Kalau wajahNya sudah ditemukan di awal solat, maka ketika sampai kepada bacaan Al-Fatihah, disana benar-benar terjadi dialog yang sangat akrab diantara hamba dengan Tuhannya...
Syariat tidak mengajarkan hal-hal seperti ini kerana syariat hanya berupa hukum atau aturan.. Untuk lebih memahami dengan mendalam, maka diperlukan metodologi 'tarekat', iaitu jalan yang dipilih oleh hamba untuk mengenal penciptanya.. Pencarian itu tidak pula terhenti sehingga seorang manusia itu sampai kepada maqam 'HAKIKAT' dan 'MAKRIFAT'.
Admin Sheikh al Islam

No comments:

Post a Comment