Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan


MANUSIA (Makhluk)
Untuk apa makhluk dijadikan, Apakah tugas makhluk? Untuk menyatakan Allah, Untuk beribadah kepada Allah?
Bagaimana untuk menyatakan dan beribadah kepada Allah?
Nyata dan ibadah itu membawa kepada berbagai maksud, di antaranya.. Taat kepada Allah, Mematuhi dan melaksanakan segala perintahNya.. Meninggalkan segala laranganNya..
Menundukkan, merendahkan, menghilangkan dan melenyapkan diri makhluk hingga tidak lagi kelihatan segala sesuatu dari segi Zahir mahu pun Batin melainkan Allah semata-mata.
Bagaimana caranya untuk melenyapkan diri makhluk?
Dengan membuang segala sesuatu yang bersifat makhluk. Matikan diri daripada segala sesuatu bersifat makhluk. Buang segala NAMA yang bernama, buang segala sifat yang berSIFAT, buang sgala AF'AL yang membuat, buang sgala zat yang berZAT.
Apabila segala sifat makhluk itu mati.. Maka nyatalah sifat Allah..
Bila mana segalanya di pulangkan dan di kembalikan kepada pemilik asalnya Allah.. Maka..
Allah itulah Asma bagi segala NAMA, Allah itu lah Sifat bagi segala SIFAT. Allah itu lah perbuatan segala AF'AL, Allah itulah ZAT yang mempunyai ZAT.
Allah itu menginginkan dirinya untuk di kenali.. Kerana itu Allah memperkenalkan diriNya melalui penzahiran ILMUNya.. Ilmu Allah lengkap dengan segala NAMA, SIFAT, AF'AL dan ZAT.
Apabila telah nyata Allah, maka rendah lah diri, tertunduk lah diri. Yang Maha Agung hanya Allah, yang Maha Wujud hanya Allah.
Inilah tujuan menyatakan Allah dan beribadah.. Inilah ibadah yang tidak pernah putus (Solat Daim).. Sesuatu perhubungan yang sentiasa tidak putus sepanjang waktu.

No comments:

Post a Comment