Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan


DOA DAN TAKDIR
Setiap yang berlaku, samada nikmat atau musibah, telah pun ditetapkan oleh Allah s.w.t. semenjak dari sebelum penciptaan alam ini lagi.. Semuanya bukan perkara baharu, bahkan telah siap tertulis di dalam kitab Luh Mahfuz milikNya itu, sebelum penciptaan langit dan bumi berlaku..
Begitu juga dengan doanya seorang hamba.. Makbul atau ditolak doa itu, juga telah siap tertulis sedari azali, bahkan sebelum hamba itu lahir ke dunia lagi.. Maka itu, janganlah pernah sesekali merasakan bahawa doa kita itu mampu mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Jika setiap kali seorang hamba itu berdoa, dan setiap kali itu juga Allah s.w.t. mengabulkan doa, maka Allah s.w.t. itu bukanlah bersifat Maha Mengetahui.. Kerana masih bergantung kepada doa seorang hamba untuk membuat keputusanNya..
Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, pekerjaan Allah itu hanya sekali KUN, maka FAYAKUN lah.. Bukan KUN, KUN, KUN.. Namun demikian, perbanyakkan doamu kepadaNya.. Itu tanda seorang hamba yang benar-benar berserah dan hanya mengharapkan redhaNya semata-mata.. Amiin
Admin Sheikh al-Islam

No comments:

Post a Comment