Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan

Dosa SYIRIK itu, teramat halus sekali..
Tak perlu menyembah patung berhala..
Tak perlu percaya tangkal azimat..
Cukup sekadar melihat DUA wujud..
Iaitu wujud AKU dan wujud DIA..

WALLAHU KHOLAQAKUM WA MA TA'MALUN
Ertinya: Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan. Apa-apa juga yang dilakukan oleh hamba, perkataan, tingkah laku, gerak dan diam, namun semua itu sudah lebih dahulu pada Ilmu, Qoda dan Qadar / Takdir Allah s.w.t.
WA MA RAMAITA IDAZ RAMAITA WALA KINNALLAHURAMA
Ertinya: Tidaklah kamu yang melempar (Hai Muhammad) tetapi Allah-lah yang melempar ketika kamu melempar.
LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIEM
Ertinya: Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAH
Ertinya: Tidak bergerak walau satu zarah pun melainkan dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment