Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan

HAKIKAT MENGENAL
Bila mana telah mengenal ilmu Mengenal Diri, maka mengenal lah ia akan Hakikat Pencipta dan mengenal akan hakikat kehidupan.
Oleh kerana Allah menginginkan dirinya dikenali, maka Allah memperkenalkan diriNya melalui Nur @ Cahaya.
Nur ini juga dikenali dengan berbagai nama "Nur Muhammad" Ahmad, Roh Kudus, Hakikat Muhammad, Hakikat Syahadat dan lain-lain.
Dengan Nur Muhammad ini lah, yang menampakkan kepada makhluk akan penzahiran Allah.
Dengan Nur Muhammad lah seluruh seru sekalian Alam, makhluk dapat mengenali hakikat diriNya melalui penzahiran Nur IlmuNya.
Muhammad inilah yang pertama-tama sekali Nabi Adam melihatNya..
Muhammad ini lah yang sebenar-benar diri yang mengenal..
Muhammad inilah Hakikat "Amanah" (Dipercayai). Diri yang tidak pernah mengkhianati diriNya sendiri. DiriNya sendiri yang tahu dan percaya terhadap segala sesuatu.
Muhammad inilah Hakikat "Siddiq" (Benar). Yang tidak pernah mendustakan diriNya. Hanya diriNya sendiri yang tahu akan kebenaran. Kebenaran segala sesuatu.
Muhammad inilah Hakikat "Fatonah" (Bijaksana). Hanya diriNya sendiri yang tahu akan kebijaksanaanNya terhadap sesuatu. Yang diriNya tidak Bodoh.
Muhammad ini lah Hakikat "Tabligh" (Menyampaikan). Yang tidak menyembunyikan segala sesuatu dari diriNya. Hanya diriNya sendiri yang tahu akan hakikat apa yang ingin disampaikan.
Muhammad inilah yang menzahirkan akan Hakikat Pencipta yakni Allah yang Maha Esa/ Ahad.
Siapakah Muhammad, Roh Kudus, Makhluk, Jasad, Aku , Engkau, Kita, Kamu, Jin, Syaitan, Alim, Jahil, Quran, dan lain-lain?
ORANG KATA MENGENAL ALLAH ITU HARUS LAH MENGENAL DIRI.. MENGENAL DIRI ITU ADALAH "MATI SEBELUM MATI".. KALAU TAK MATI.. ITU NAMANYA SYOK SENDIRI..
Mati Sebelum mati itu cuma istilah yang diguna pakai oleh orang-orang yang belajar tentang Ilmu Makrifat. (Tok Kenali)
Tetapi maksud "Mati Sebelum Mati" yang sebenar itu., bila mana Diri Jasad itu mampu di Matikan/ di Fanakan/ di Leburkan.
Lebur juga bukan bermaksud di hancurkan Diri Jasad itu.. di kubur atau di musnahkan Jasad itu hidup-hidup.. Sampai lebur dan mati.. Jasad itu tetap ada seperti asalnya..
Ia cuma kiasan yang bermaksud Mati kan Sikap ke "Akuan Diri" agar dapat bisa melihat Hakikat siapa yang sebenar berkuasa di dalam tubuh Jasad itu.. Bahawasanya yang berkuasa di dalam Diri Jasad itu adalah Roh..
Bila mana Roh itu lah punca Jasad tubuh itu bisa Hidup dan melakukan kehidupan harian..
Terlihatlah akan Tubuh Jasad itu hanya bergantung kepada Roh untuk Hidup dan melakukan kehidupan harian..
Ini menandakan bahawasanya Jasad itu hanya Patung/Mayat/Kaku, tanpa adanya Roh..
Ini lah yang di panggil Mati sebelum Mati.. Kerana diri Jasad belum lagi dikebumikan.. Belum jadi arwah..
Tetapi bila mana manusia itu tidak mencari ilmu untuk mengenal akan Tuhannya, di situlah terbit "Keakuan Diri"
Merasa dirinya (jasad) yang Hidup.. Dirinya yang Berkuasa.. Tanpa dia sedar bahawa diri itu lah yang Tidak Mengenal akan Roh lah yang sebenar benar yang menghidupkan dia.. Yang menggerakkan dia.. Yang berkehendak, dan sebagainya.
Sebagai Contoh:
Bila mana merasa Diri Jasad itu Ada, Aku yang berkuasa, Aku yang Kuat, Aku yang melihat, Aku yang Mendengar, Aku yang Kaya, Aku yang Cantik, Aku yang Memilih.. Segalanya Aku.. (Mengaku Memiliki Semuanya Miliknya)
Maka itulah yang dianggap Tidak Mati. (Diri yang tidak mengenal Hakikat Diri yang Sebenar Diri @ Roh)
Sedangkan.. Tubuh Jasad itu tidak mampu pun Berkuasa, Kuat, Mendengar, Melihat, Berkehendak, dan lain nya, andai tubuh jasad itu sendiri TIDAK disertai adanya ROH.
Jika tidak adanya Roh maka ia sama lah seumpama jasad itu menjadi mayat (mati) yang lengkap anggota tetapi tidak punya gerak @ Tidak Hidup.. Ia ibarat Mati/ Kaku/ Keras.
Jelas lah bahawa diri jasad itu mati tanpa Roh.. Roh lah yang Sebenar Benar diri yang berkuasa..
Tubuh Jasad hanya makhluk untuk menzahirkan/ memperkenalkan akan adanya Roh.
Andai diri jasad itu TIDAK ADA/ TIDAK WUJUD.. Bagaimanakah ROH itu bisa dikenal.. Bagaimanakah rupa paras Roh.. Tubuh Roh.. Bentuk roh..
Roh itu sesuatu perkara hal yang berkaitan tentang batin (ghaib) yang tidak nampak.
Bagaimana nak mengenal sesuatu yang tidak nampak? Sesuatu yang Batin? Adakah bisa yang Zahir ini mengenal yang Batin.. Yang Batin hanya dapat di kenal dengan Batin..
Bagaimana batin (Roh) nak di kenal.. Maka tercipta Zahir untk memperkenalkan adanya Batin..
Makanya wujud Diri Jasad / Makhluk bagi menzahirkan adanya ROH.
Bila mana sudah memahami Hakikat sebenar di dalam Tubuh Jasad itu ada suatu kuasa yang menzahirkan segalanya tentang Hidup Jasad iaitu KUASA ROH.
Maka faham lah bahawa jasad itu sebenarnya kaku, mati TANPA ada hakikat Roh. (Mati Sebelum Mati)
Jasad itu tetap ada.. Tetapi barang Mati.. Tanpa Roh..
Maka Roh lah yang harus di pandang / di lihat akan kenyataanNya yang sebenar.. Tubuh hanya mengikut apa yang Roh itu berkehendak..
Ini lah Mati Sebelum Mati yang menjadi ISTILAH bagi mempelajari Ilmu Makrifat (Tok Kenali).
Setelah sedar, mengetahui bahawa yang sebenar jasad itu mati, dan yang hendak di kenal itu adalah Roh.. Maka belajar lah akan hal Roh yang cuma sedikit..
Ada juga segelintir memanggil ianya sebagai ZAT.. ZAT atau ROH hanya berlainan NAMA tetapi membawa maksud yang sama..
Bila mana orang yang sudah mengenal Roh.. Ia secara tidak langsung telah mengenal Allah..
Kenal Garam.. Masin datang sendiri.. Kenal Gula.. Manis datang sendiri..
Bila mana jasadnya telah mati.. Jasad hanya menyerahkan sgalanya kepada kerja Roh @ Allah..
Apabila mengenal Allah..
"Rahmat Mendahului Kemurkaan"
Jelas terzahir akan kelakuan Jasad itu.. kerana Allah itu Rahmatan lil Alamin.. Allah itu Rahman & Rahim..
Amiin

No comments:

Post a Comment