Thursday 25 August 2016

Hakikat Insan

Tuan Guru saya ada berpesan, ''Jika kita memiliki sedikit ilmu, jangan pula sampai jadi Bakhil.. Akan tetapi, di dalam proses bertabligh itu, jangan pula sampai jadi Riyak.. Kerana sebaik-baik manusia, ialah yang memiliki sifat Tawadhuk''.
admin Sheikh al-Islam


APAKAH ALLAH ITU BERUMAH ?
Perkataan "Baitullah" atau "Rumah Allah" itu, bukan bermaksud Allah itu ada rumah.. Rumah Allah yang dimaksudkan itu, adalah sekadar METAFORA atau KIASAN atau SIMBOLIK sahaja.. Allah itu Maha Suci dari segala sesuatu.. Allah itu Maha Besar, Maha Sempurna, yang tidak memerlukan segala sesuatu, termasuklah tidak memerlukan rumah sebagaimana manusia memerlukan rumah sebagai tempat tinggal..
Golongan Syariat berkias Baitullah itu di Mekah.. Sebahagian golongan Makrifat berkias Baitullah itu di Qalbu Mukmin (dalam Hati orang Mukmin)..
Realitinya, Allah itu tidak berumah di Mekah dan Allah itu juga bukan bertempat di dalam Hati orang Mukmin.. Itu hanyalah perkataan KIASAN semata-mata.. Mustahil Allah itu memerlukan rumah di Mekah seperti manusia memerlukan rumah.. Mustahil juga Allah itu menempatkan DiriNya hanya di dalam Hati orang-orang Mukmin (Yang Benar) sahaja, sedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang, yang menciptakan orang-orang Kafir (Al-Kafirun) dan orang-orang Engkar (Al-Musyrikin)..
Allah itu Omnipresent atau Al-Wujud (Wujud pada sekalian yang Ada dan Tiada).. Allah Wujud pada orang-orang Yang Benar (Al-Mukminun).. Allah Wujud pada orang-orang Kafir (Al-Kafirun) dan Allah Wujud pada orang-orang Yang Engkar (Al-Musyrikin)..
Wujud Allah itu meliputi pada setiap ruang yang bertempat dan pada setiap ruang yang tidak bertempat.. Dia Wujud pada setiap ruang waktu dan setiap ruang yang tidak berwaktu.. Itu tandanya Allah itu Maha Sempurna, yang tidak memerlukan rumah sebagaimana manusia memerlukan rumah, termasuklah tidak memerlukan rumah di Mekah dan tidak memerlukan rumah di dalam hati orang-orang Mukmin..
Itu tandanya Allah itu Omnipotent atau Al-Qudrat (Maha Berkuasa lagi Maha Kuat), yang tidak memerlukan segala apa pun..
Itu tandanya Allah itu Omniscient atau Al-Ilmun (Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana), yang pengetahuanNya meliputi pada orang Islam, pada orang bukan Islam, pada orang Mukmin, dan pada orang Musyrikin.

KESIMPULAN
Menunaikan HAJI ke BAITULLAH itu bermaksud :
PERGI KEPADA AKU YANG SATU.. YANG BERUMAH DI DALAM SETIAP DIRI YANG SEDAR !
Jika engkau SEDAR, makanya engkaulah Si Mukminun itu !
Jika engkau LALAI, makanya engkau adalah ibarat KELDAI yang hanya sekadar mengangkut kitab-kitab di belakangmu dan membawanya ke hulu ke hilir.

No comments:

Post a Comment