Wednesday 22 June 2016

Nabi Musa

Waktu Nabi Musa as sedang berusaha menglahkan Firaun beliau menghadapi berbagai kesukaran kerana beberapa amalan Firaun yang mendapat perlindungan Malaikut kerana digemari oleh Allah swt.. Antara sifat Firaun yang baik ialah (1) Firaun mengakui Tuhan itu satu dan pengakuan ini tertulis di atas pintu istananya, (2) Firaun bangun dari tidurnya paling awal sekitar waktu subuh walaupun bukan untuk solat, (3) Bila Firaun makan dia tidak tinggal sebiji pun nasi dalam pinggannya, (4) Firaun suka menderma dan berdiri di pintu istana pada waktu-waktu tertentu untuk menyampaikan derma dengan tangannya sendiri. Sukarlah bagi Nabi Musa menumpaskan Firauan kerana amalannya itu menyebabkan Malaikat melindunginya. Oleh itu Nabi Musa as telah berdo'a kepada Allah swt untuk mendapat bantuannya. Berkat do'a Nabi Musa as perangai Firaun mula berubah atas nasihat kawan-kawannya. Rakan seperdosaan Firaun telah menasihati Firaun supaya tidak beramal bangun tidur terlalu awal seperti buruh atau kuli; sesuai dengan kebesaran Firaun maka beliau pun lewatkan bangun tidurnya sehingga lepas matahari naik. Seterusnya Firaun dinasehati lagi sehingga beliau tidak makan seperti orang miskin sehingga sebiji nasi pun tidak tinggal seperti makannya pengemis yang lapar. Firaun pun memulakan hidangan semewah mungkin sebagai tanda kekayaan dan keRAJAannya sedangkan beliau makan sedikit sahaja. Sahabat seperdosaan Firaun kemudiannya menawarkan tenaga pegawai yang ramai untuk menyampaikan derma jangka waktu supaya tangan Firaun tidak kekotoran dan berkuman seterusnya Firaun tidak perlu letih berdiri menyampaikan hadiah dengan tangannya sendiri. Setelah lengkap perubahan sikap Firaun, tanpa berubah syarat-syarat untuk mendapat perlindungan Malaikat Firaun maka Firaun pun musnah dalam lautan yang dibedahkan dengan tongkat Nabi Musa. Dari pengajian ini dapatlah kita fahami bahawa seseorang ketua negara yang suka berderma akan dapat mempertahankan kedudukannya. Bagi ketua sesebuah negara yang berderma untuk menutup amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasanya dengan berhutang besar untuk membantu keluarga, kawan dan suami isteri berpesta, selain melabur tanpa perhitungan dan merugikan negara kegiatan menderma akan terhenti apabila negara tidak berdana lagi. Berertilah negara kita sedang menunggu masa untuk hancur jika ketua negara terus bermaharalela. Wallahua'klam. SBJ.

No comments:

Post a Comment