Monday 27 June 2016

ISTERI

ISTERI WALI ALLAH YANG SUKA BERLETER 
Lebih kurang 500 tahun yang lalu tinggal seorang Wali Allah yang bernama Syeikh Abdul Rahman Bajanhaban.
Syeikh Abdul Rahman mempunyai seorang isteri.Isterinya ini setiap hari akan berleter berleterr berleterrr berleterrrr.....
Tetapi Syeikh Abduk Rahman ini hanya bersabar sahaja mendengarkan leteran daripada isteri nya setiap hari.
Bertahun-tahunlah begitu sehingga pada suatu hari Syeikh Abdul Rahman sudah tidak tahan lagi mendengarkan leteran isterinya.Semakin lama semakin tajam.Semakin lama semakin pedas.Semakin lama semakin sakit dia mendengarkannya. Maka dia tidak dapat lagi bertahan dengan leteran itu..
Lalu Syeikh Abdul Rahman mengambil keputusan untuk lari dari rumahnya, Maka beliau telah pergi ke sebuah kawasan pergunungan dan di atas gunung itu ada sebuah gua. Sebaik saja dia memasuki gua itu dia berjumpa dengan dua orang lelaki yang sedang beribadah kepada Allah di situ.
Salah seorang daripada mereka telah berkata kepada Syeikh Abdul Rahman:
"Jika tuan ingin menyertai kami boleh sahaja tetapi dengan satu syarat" kata salah seorang lelaki itu.
"Apakah syarat nya? " tanya Syeikh Abdul Rahman Bajanhaban .
Jawab si fulan itu, "Ketika giliran tuan membawa makanan, tuan haruslah membawa makanan untuk kita bertiga".
"Baiklah, itu tidak menjadi masalah"jawab Syeikh Abdul Rahman.
Pada keesokan paginya salah seorang daripada mereka berdoa kepada Allah SWT agar diberikan makanan.Maka dengan kuasa Allah SWT, terkabullah doanya.Datanglah makanan yang diminta.
Pada waktu tengahari pula, seorang lagi berdoa kepada Allah SWT dan bertawasul.Lalu dimakbulkan juga permintaannya.
Syeikh Abdul Rahman ketika itu tidak tahu bahawa dia itu adalah seorang Wali Allah.Apa yang dia tahu ialah bahawa dia sedang lari daripada isterinya.
Maka sampailah giliran Syeikh Abdul rahman pula berdoa.Lalu dia pun berdoa.Subhanallah, alangkah terperanjatnya beliau kerana Allah telah memakbulkan doanya.Maka datanglah makanan yang diminta di hadapan mereka bertiga.Lalu merekapun makan bersama- sama.Akan tetapi makanan yang dimakan oleh Syeikh Abdul rahman lebih lazat daripada makanan kedua-dua orang lelaki itu.Maka bertanyalah kedua-dua orang lelaki itu kepada Syeikh Abdul rahman.
"Mengapakah makanan tuan lebih lazat daripada makanan kami berdua? Dengan siapakah tuan telah bertawassul?"
Syeikh Abdul Rahman menjawab : " Jika kamu berdua hendak tahu dengan siapa saya bertawassul,kamu berdua harus memberitahu kepada saya dengan siapa kamu telah bertawassul terlebih dulu.."
Lalu salah seorang daripada lelaki itu memberitahu kepada Syeikh Abdul Rahman." Kami datang atas arahan Syeikh kami untuk datang ke hadramaut ini untuk menuntut daripada seorang Wali Allah yang kami telah dengar daripada mulut Syeikh kami itu akan Namanya Syeikh Abdul Rahman Bajanhaban .
Maka sejak kami sampai di sini kami telah bertawassul dengan nama beliau sahaja."
Syeikh Abdul rahman menjadi terkejut. "SUBHANALLAH!!! Nama yang kamu berdua sebutkan itu adalah nama saya sendiri." terang Syeikh Abdul rahman.
"SUBHANALLAH!!! Betulkah begitu?" tanya kedua lelaki itu.Lalu mereka berciuman dan berpelukan kerana kegembiraan.Lantas salah seorang drpd lelaki itu bertanya. "Wahai Syeikh dengan siapakah pula tuan telah bertawassul?"
"Saya tidak tahu dengan siapa saya bertawassul,saya hanya bertawassul dengan orang yang kamu tawassulkan." jawab beliau.
(Yakni Syeikh Abdul rahman bertawassul dengan dirinya sendiri)
"Wahai Syeikh Abdul rahman, daripada manakah tuan mendapat kedudukan yang tinggi seperti ini?"tanya kedua lelaki itu.
"Saya tidak mempunyai ibadat yang banyak, amalan sunat juga tidak banyak saya lakukan.Qiamullail saya juga tidaklah banyak, seperti biasa biasa sahaja... Tapi mungkin dengan satu asbab maka darjat yang tinggi ini dikurniakan kepada saya.Selama bertahun-tahun saya telah bersabar dengan leteran isteri saya" cerita Syeikh Abdul rahman.
Mereka berdua pun berkata."Ya mungkin juga dengan sebab tuan bersabar dengan isteri tuan maka Allah SWT telah menaikkan darjat tuan setinggi ini"....
Syeikh Abdul rahman lalu menjawab. "Jadi mengapa saya harus terus duduk di sini? Tidak patutlah lagi saya berada di sini.Saya sepatutnya perlu terus bersabar dengan isteri saya dan makam saya akan terus ditingkatkan oleh Allah"
Lalu Syeikh Abdul rahman pun pulanglah semula ke rumahnya dengan azam akan terus bersabar jika isterinya berleter.. 😅
Cp.

No comments:

Post a Comment