Friday 17 June 2016

ISTERI

ISTERI WALI ALLAH YANG SUKA BERLETER :)

Lebih kurang 500 tahun yang lalu tinggal seorang Wali Allah      yang bernama Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani...
Syeikh Abdurrahman mempunyai seorang isteri.Isterinya ini     setiap hari akan berleter  berleterr  berleterrr  berleterrrr.....

Tetapi Syeikh Abdurrahman ini hanya bersabar sahaja mendengarkan leteran daripada isteri nya setiap hari.
Bertahun-tahunlah begitu sehingga pada suatu hari Syeikh Abdurrahman sudah tidak tahan lagi mendengarkan leteran isterinya.Semakin lama semakin tajam.Semakin lama semakin pedas.Semakin lama semakin sakit dia mendengarkannya.       Maka dia tidak dapat lagi bertahan dengan leteran itu..

Lalu Syeikh Abdurrahman mengambil keputusan untuk lari dari rumahnya, Maka beliau telah pergi ke sebuah kawasan pergunungan dan di atas gunung itu ada sebuah gua. Sebaik saja dia memasuki gua itu dia berjumpa dengan dua orang lelaki yang sedang beribadah kepada Allah di situ.

Salah seorang daripada mereka telah berkata kepada Syeikh Abdulrrahman:
"Jika tuan ingin menyertai kami boleh sahaja tetapi dengan satu syarat" kata salah seorang lelaki itu.
"Apakah syarat nya? " tanya Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani.
Jawab si fulan itu, "Ketika giliran tuan membawa makanan, tuan haruslah membawa makanan untuk kita bertiga".
"Baiklah, itu tidak menjadi masalah"jawab Syeikh Abdulrrahman.

Pada keesokan paginya salah seorang daripada mereka berdoa kepada Allah SWT agar diberikan makanan.Maka dengan kuasa Allah SWT, terkabullah doanya.Datanglah makanan yang diminta.
Pada waktu tengahari pula, seorang lagi berdoa kepada Allah SWT dan bertawasul.Lalu dimakbulkan juga permintaannya.

Syeikh Abdurrahman ketika itu tidak tahu bahawa dia itu adalah seorang Wali Allah.Apa yang dia tahu ialah bahawa dia sedang lari daripada isterinya.

Maka sampailah giliran Syeikh Abdurrahman pula berdoa.Lalu dia pun berdoa.Subhanallah, alangkah terperanjatnya beliau kerana Allah telah memakbulkan doanya.Maka datanglah makanan yang diminta di hadapan mereka bertiga.Lalu merekapun makan bersama- sama.Akan tetapi makanan yang dimakan oleh Syeikh   Abdurrahman lebih lazat daripada makanan kedua-dua orang lelaki itu.Maka bertanyalah kedua-dua orang lelaki itu kepada Syeikh Abdurrahman.

"Mengapakah makanan tuan lebih lazat daripada makanan kami berdua? Dengan siapakah tuan telah bertawassul?"
Syeikh Abdurrahman menjawab : " Jika kamu berdua hendak tahu dengan siapa saya bertawassul,kamu berdua harus memberitahu kepada saya dengan siapa kamu telah bertawassul terlebih dulu.."

Lalu salah seorang daripada lelaki itu memberitahu kepada Syeikh Abdurrahman." Kami datang atas arahan Syeikh kami untuk datang ke hadramaut ini untuk menuntut daripada seorang Wali Allah yang kami telah dengar daripada mulut Syeikh kami itu akan namanya Syeikh Abdurrahman Banjar Al Bani.Maka sejak kami sampai  di sini kami telah bertawassul dengan nama beliau sahaja."

Syeikh Abdurrahman menjadi terkejut. "SUBHANALLAH!!! Nama yang kamu berdua sebutkan itu adalah nama saya sendiri." terang Syeikh Abdurrahman.

"SUBHANALLAH!!! Betulkah begitu?" tanya kedua lelaki itu.Lalu mereka berciuman dan berpelukan kerana kegembiraan.Lantas salah seorang drpd lelaki itu bertanya. "Wahai Syeikh dengan siapakah pula tuan telah bertawassul?"

"Saya tidak tahu dengan siapa saya bertawassul,saya hanya bertawassul  dengan orang yang kamu tawassulkan." jawab beliau.
(Yakni Syeikh Abdurrahman bertawassul dengan dirinya sendiri)
"Wahai Syeikh Abdurrahman, daripada manakah tuan mendapat kedudukan yang tinggi seperti ini?"tanya kedua lelaki itu.
"Saya tidak mempunyai ibadat yang banyak, amalan sunat juga tidak banyak saya lakukan.Qiamullail saya juga tidaklah banyak, seperti biasa biasa sahaja... Tapi mungkin dengan satu asbab maka darjat yang tinggi ini dikurniakan kepada saya.Selama bertahun-tahun saya telah bersabar dengan leteran isteri saya" cerita Syeikh Abdurrahman.

Mereka berdua pun berkata."Ya mungkin juga dengan sebab tuan bersabar dengan isteri tuan maka Allah SWT telah menaikkan darjat tuan setinggi ini"....
Syeikh Abdurrahman lalu menjawab. "Jadi mengapa saya harus terus duduk di sini? Tidak patutlah lagi saya berada di sini.Saya sepatutnya perlu terus bersabar dengan isteri saya dan makam saya akan terus ditingkatkan oleh Allah"

Lalu Syeikh Abdurrahman pun pulanglah semula ke rumahnya dengan azam akan terus bersabar jika isterinya berleter.. 😅

No comments:

Post a Comment