Monday 20 June 2016

ABUYA

🌹🌹 *BIOGRAFI SINGKAT* 🌹🌹
*ABUYA AS-SAYYID MUHAMMAD ALAWI AL-MALIKI AL-HASANI*

Di tulis oleh :
_Hai'ah ASH-SHOFWAH AL-MALIKIYYAH_

Abuya As-Sayyid Muhammad bin As-Sayyid Alwi Al-maliki Al-Hasani lahir di kota Makkah tahun 1365 H / 1945 M.

Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah Makkah, dimana ayah beliau As-Sayyid Alwi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makkah yang tempatnya sangat masyhur dekat Babussalam.

Setelah As-Sayyid Alwi Al-Maliki wafat, putra beliau  As-Sayyid Muhammad tampil sebagai penerus.

Disamping mengajar di Masjidil Haram, beliau diangkat sebagai dosen di Universiti King Abdul Aziz- Jeddah dan Univesiti Ummul Qura Makkah bahagian ilmu Hadith dan Usuluddin.

Cukup lama Abuya menjalankan tugasnya sebagai dosen di dua Universiati tersebut, hingga Abuya memutuskan untuk mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil membuka Majlis Ta’lim rumah beliau di Utaibiyyah kemudian pindah ke Rushoifah.

Abuya dikenali sebagai guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak berlebih-lebihan beliau berdakwah dengan cara :
- Merangkul tidak Memukul
- Mengobati tidak Menyakiti
- Menyayangi tidak Mencaci
Abuya ingin mengangkat drajat dan martabat Muslimin menjadi manusia yang berperilaku baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada sesama Muslim, terhormat dalam perbuatan, tindakan serta fikiran dan perasaannya.

Abuya adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur serta adil dan cinta kasih terhadap sesama manusia.

Abuya selalu menerima dan menghargai pendapat orang dan menghormati orang yang tidak sealiran dengannya atau tidak searah dengan thariqahnya.

Abuya tidak pernah mengkafirkan orang yang bersebarangan dengan pendapat beliau, walaupun mereka mengkafirkan Abuya.

Ketika kunjungan Abuya ke Malaysia pada bulan Syawwal 1423 / Desember 2002 Abuya Memberi amanah kepada murid Abuya tertua, KH. Ihya’ Ulumuddin untuk membuat wadah bagi para alumni atas pendapat dari Abuya As-Sayyid Ahmad, putra Abuya.

Alhamdulillah pada Tanggal 2 Muharram 1424 H / 5 Mac 2003 sebanyak 25 murid senior Abuya berkumpul di kediaman KH. Muhyiddin Nor Pondok Pesantren Darussalam Tambak Madu
Surabaya.

Semua sepakat mewujudkan amanah Abuya untuk berda’wah secara berjama’ah dengan di beri nama *Hai’ah ASH-SHOFWAH AL-MALIKIYYAH* yang sekarang pejabat pusatnya di Jln. Gayungsari Surabaya sebelah timur Masjid Al-Akbar Surabaya.

Abuya wafat hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan 1425H  / 30 Oktober 2004 M dan dimakamkan di pemakaman Al-Ma’la disamping makam isteri Rasulullah, Siti Khadijah binti Khuwailid. Dan yang menyaksikan permakaman beliau seluruh umat muslimin yang berada di Makkah pada saat itu termasuk para ketua jabatan, ulama, para pelajar yang datang dari seluruh pelosok negeri, baik dari luar Makkah atau dari luar negeri.

Semuanya menyaksikan hari terakhir beliau sebelum disemayamkan, semua menyaksikan jenazah beliau setelah disolatkan di Masjidil Haram setelah solat Isya’ yang dihadiri oleh tidak kurang dari sejuta manusia.

Abuya wafat meninggalkan 6 putra :
As-Sayyid Ahmad, (Khalifah Abuya sekarang),
As-Sayyid Abdullah,
As-Sayyid Alwi,
As-Sayyid Ali,
As-Sayyid Al- Hasan dan
As-Sayyid Al-Husen serta
beberapa putri-putri yang tidak boleh disebut satu persatu disini.

Demikian sekilas sejarah biografi Abuya As-Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani.

*ASH-SHOFWAH AL-MALIKIYYAH*
 🌷 Cinta Rasul Community 🌷
   🌷 Malaysia Cinta Rasul 🌷

No comments:

Post a Comment