Wednesday 29 June 2016

Hakikat Insan

TERPUTUSNYA MAKRIFAT
Apabila anda sudah terputus dari makrifat bererti anda itu akan kembali kepada Syariat Muhammad.. Persoalannya ialah, apakah pengertian Syariat Muhammad itu di dalam pandangan Makrifat? Ahli2 makrifat tidak pernah tinggal daripada Syariat Muhammad..
Jawapannya:
Sunnah Rasul itu ada 4 saja..
SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATONAH,
SYARIATULLAH itu ROH...
ROH itu NUR MUHAMMAD...
NUR MUHAMMAD itu AKU...
Bukan jangan tinggal perbuatan syariat...
Tetapi Jangan tinggalkan SYARIATULLAH (AKU)...
Menyatakan AKU

Orang Hakikat/Makrifat Juga Tidak Meninggalkan Syariat Allah
Orang syariat solat 5 waktu, maka orang hakikat/makrifat juga solat 5 waktu..
Tetapi adakah orang syariat yang bersolat itu tahu, bahawa siapakah yang berdiri, yang bertakbir, yang membaca fatihah, yang rukuk, yang sujud, yang duduk tahiyyat dan yang memberi salam itu...?
Maksud ringkasnya, adakah orang syariat tahu bahawa siapakah yang mengerjakan solat...?
Jika golongan syariat tidak tahu maka apakah yang akan terjadi kepada mereka-mereka ini di dalam mentauhidkan Allah Taala di dalam ibadah mereka serta kehidupan mereka sehari-hari...?
"JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI"

Islam Syariat? Islam Keturunan?
Islam Rahmatan Lil 'Alamin?
Kesilapan kita ialah kita suka menghakimi dan menjatuhkan hukum terhadap orang lain.. Kita mengatakan, "Oh, orang ini tidak bersolat - Dia seorang yang jahat; Dia terkeluar daripada Islam!"
Bagaimana kamu tahu? Itu adalah penghakiman Allah S.W.T.. Kamu menghakimi diri kamu sendiri.. Kerana Rasulullah S.A.W. bersabda, "Man 'arifa nafsahu faqad 'arifa rabbahu" - Sesiapa yang mengenali dirinya sendiri, maka dia akan mengenali Tuhannya."

No comments:

Post a Comment