Wednesday 29 June 2016

hakikat puasa

RAHSIA ATAU MAKSUD PUASA DIFARDHUKAN PADA SIANG HARI
Jika ditilik dengan cermat, siang atau malam itu hanyalah istilah bagi menggambar keadaan BUMI dengan CAHAYA MATAHARI..
Bilamana BUMI menerima pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami SIANG..
Bilamana BUMI tanpa pancaran CAHAYA MATAHARI maka dikatakan BUMI mengalami MALAM..
Jadi jika situasi di atas dibawa kepada DIRI, maka dapatlah dikiaskan seperti berikut :
BUMI itu adalah kiasan kepada JASAD..
CAHAYA MATAHARI itu adalah kiasan kepada ROH..
SIANG itu adalah kiasan kepada HIDUP @ KEHIDUPAN (Jasad bersama Roh)...
MALAM itu adalah kiasan kepada MATI @ KEMATIAN (Jasad tanpa Roh)...
PUASA itu adalah kiasan kepada proses mengenal diri - mengenal Allah..
Maka dari kiasan di atas dapatlah ditafsirkan bahawa rahsia atau maksud difardhukan puasa pada siang hari itu ialah…
“ MENGENAL DIRI (Puasa) difardhukan pada setiap manusia yang masih HIDUP (Siang) sebelum datangnya MATI (Malam) “
Maksudnya, setiap manusia yang masih hidup perlu mengenal diri dan mengenal Allah sebelum datangnya kematian.
APAKAH YANG SEBENAR DICARI DI DALAM PUASA
Kita sedia maklum, di dalam bulan Ramadhan adanya Lailatul Qadar, maka lailatul qadar inilah yang dicari di dalam puasa..
Jika Lailatul Qadar itu dibawa kepada DIRI maka yang dicari di dalam puasa adalah mencari yang sebenar-benar HIDUP dan sebenar-benar WUJUD..
Bagaimanakah caranya…?
Semasa di dalam alam rahim dan sebelum dilahirkan ke alam syahadah @ alam dunia, Allah s.w.t. telah meniupkan atau menyatukan ROH ke dalam JASAD maka terciptalah MANUSIA..
Setelah dilahirkan ke alam syahadah atau alam dunia, MANUSIA akan dikepilkan atau dibekalkan dengan satu sifat yang dipanggil AKU atau KEAKUAN..
Maka semasa manusia masih HIDUP, sifat KEAKUAN ini perlu dileburkan sebelum datangnya MATI..
Proses meleburkan sifat keAKUan ini dinamakan PUASA atau Mati Sebelum Mati..
Seperti kita sedia maklum, setiap manusia dilahirkan dengan penzahiran 7 sifat maani iaitu :
SAMAK, BASAR, KALAM, QUDRAT, IRADAT, HAYAT, ILMU,
Semenjak dari lahir, 7 sifat maani ini akan sentiasa terzahir selagi manusia masih hidup.
Disebabkan sifat KEAKUAN yang kuat, manusia menyangka bahawa ke-7 sifat di atas adalah miliknya :
BASAR -- aku yang melihat
SAMAK – aku yang mendengar
KALAM – aku yang berkata-kata
QUDRAT – aku yang berkuasa
IRADAT – aku yang berkehendak
HAYAT – aku yang hidup
ILMU – aku yang tahu
Proses PUASA atau "Mati Sebelum Mati" itu, ialah dengan menafikan 7 sifat maani di atas dan mengisbatkan kepada yang empunya sifat, ALLAH MAHA AGUNG..
BASAR – Yang melihat itu ALLAH, bukan mata aku
SAMA' Yang mendengar itu ALLAH, bukan telinga aku
KALAM – Yang berkata-kata itu ALLAH, bukan mulut atau lidah aku
QUDRAT – Yang gagah itu ALLAH, bukan kaki dan tangan aku
IRADAT – Yang berkehendak itu ALLAH, bukan aku
HAYAT – Yang hidup itu ALLAH, bukan aku
ILMU – Yang tahu itu ALLAH, bukan aku
Maka setelah melalui proses di atas, maka mengenallah sudah si manusia bahawa sesungguhnya JASADnya itu pada hakikatnya MATI tidak pernah hidup dan yang sebenar-benar HIDUP itu hanya ALLAH MAHA AGUNG sahaja..
Manakala setelah Baqa’ di dalam WAJAH ALLAH maka tetaplah atau TABDI lah menusia itu bahawa sesungguhnya ALLAH itu HIDUP-NYA dan WUJUD-NYA tanpa berAWAL dan tanpa berAKHIR..
LAA HURFUN WALA SHAUTIN…
AHAD, AHAD, AHAD….
Sesungguhnya kefahaman itu milik Allah Maha Agung..
Usah mengambil faham...
Kerana faham itu milik Allah..

No comments:

Post a Comment