Wednesday 29 June 2016

hakikat faham

KEFAHAMAN ITU MILIK ALLAH
Assalamualaikum w.b.t.. Terima Kasih dan Bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana dengan KeizinanNya kita boleh berjumpa lagi pada saat ini, Baik.. Dalam persoalan Binasa, semua orang tahu.. Bahawasanya kehidupan makhluk ini binasa, setelah kita mengenal diri, diri kita dikatakan binasa...
Persoalannya di sini, binasa, binasa diri itu nak hantar ke mana? binasanya diri itu nak bawa ke mana? Binasanya diri itu nak kirim kepada siapa?
Kita belajar ilmu makrifat ilmu berserah diri, ilmu binasakan diri, ilmu menyerah diri kepada Allah. Tapi Persoalannya, nak serah ke mana? Nak binasa bagaimana?
Nak serah tangan... Tangan masih kita miliki... Nak serah kaki, kaki masih kita miliki... Nak serah ibadat, ibadat kita, berulang2 buat, serah ini hari... Esok ada lagi ibadatnya, serah lagi.. Erti serah ini, semuanya berserah, kalau binasa! Binasanya sekali..
Kalau serah, serahnya sekali.. Seumpama binasanya alam ini, kiamat sekali sahaja, kenapa nak binasa, binasa, berapa puluh kali nak serah? Berapa ribu kali nak binasa? Apakah kita binasa sekali, jadi pulak.. Binasa lagi, jadi pulak.. Serah sekali ambil balik, serah sekali ambil balik, seolah2 kita ini mempermain2kan Allah!
Tuan-tuan semua kena faham, apa itu erti berserah, apa tu erti binasa, cuba fikir sedalam2, cuba renung... Kita nak berserah kepada Allah, kita serah ini hari... Waktu zohornya kita serah, selepas solat kita ambil balik.. Tunggu pula semasa asar, serah lagi ibadah kepada Allah.. Selepas bagi salam sahaja, ambil balik ibadah itu, pakai balik ibadah itu.. Masuk magrib pula, serah lagi kepada Allah.. Lepas bagi salam sembahyang maghrib ambil balik, sekali lagi pakai.. Begitukah erti Penyerahan kepada Allah? Begitukah erti binasa? Lepas bercakap binasa.... ambil balik, cakap lagi supaya kita binasa, habis bercakap binasa, ambil balik..
Begitukah erti binasa?
Begitukah erti penyerahan?
Apa maksud binasa ini? Setelah kita belajar menerima Allah, Barang siapa mengenal diri, Mengenal Allah.. Barang siapa mengenal Allah, Binasa jasad.. Man Arafa panafsahu, Fakod Arofa parobbahu.. Fakod Arofa parobbahu, Fakadlajasad.. Barang siapa mengenal diri Mengenal Allah. Barang siapa mengenal Allah Binasa jasad. Persoalannya Di sini... Binasa yang bagaimana?
Kepada tuan-tuan yang dikasihi sekalian, dengar baik2... Perhati baik2 apa yang saya khabarkan ini, maksud binasa ini... Pada hari ini, marilah kita faham dulu kaedah Kalimah Syahadah.. Yang kedua, mari kita fahami erti Fana dan Baqa.. Sebelum kita bercerita Fana dan baqa, mari kita kupas dahulu mengenai 2 kalimah syahadah.. Barang siapa nak memahami erti binasa, mari kita berbicara tentang Kalimah Syahadah.
Kalimah Syahadah itu, kita ambil dulu bahagian kalimah Tauhid, kalimah Tauhid... LAA ILAHA ILLA ALLAH, LAA itu kita nafikan... Kita tolak, kita buang, kita binasakan seluruh Alam ini, LAA kita binasakan seluruh makhluk ALAM ini, itu maksud LAA binasa.. Tetapi penghujung binasa, penghujung penyerahan, penghujung fana, penghujung nafi, berhentinya kepada isbat, LAA kita nafikan, penghujung nafi itu kita isbatkan kembali.. Mula2 kita buang, kita serah, kita kembalikan.. Penghujung kepada serah, penghujung kepada kembali, kita ambil balik.
Seumpamanya dalam kita berkalimah, dalam kita ucap perkataan LAA,,, umpamanya kita serahkan tangan kita kepada Allah, itu peringkat binasa.. Serah kepada Allah, tetapi kita tidak boleh duduk di atas perkataan binasa, kita tidak boleh duduk di tahap binasa, kita kena lanjutkan lagi, iaitu setelah kita sebut perkataan LAA kita sambung ILAHA, ILAHA ini isbat.. Mula2 kita nafi, LAA nafi, kita isbat balik ILAHA.. Jika mula2 tahap nafi kita serahkan tangan kepada Allah, dalam tahap isbat kita ambil balik, kita pakai balik, kita guna balik, kita kumpul balik, kita cantum balik, mana2 kita buang tadi, mana2 kita nafi tadi, mana yang kita serah tadi, kita ambil balik, kita pakai balik, kita guna balik, kita cantum balik, kita kumpul balik, sebagaimana ada sekarang ini.
Sekarang ini saya nak tanya.. Ada Tidak tangan? Ada tidak kaki? Ada tidak mulut dan jasad tuan-tuan sekalian! Tentunya ada bukan? Jikalau ada ertinya, binasa itu penghujungnya adakan balik! Itulah saya maklumkan di sini, mula2 kita di tahap Fana, lepas pada Fana kita pergi kepada penghujungnya Baqa, Baqa ini kekalkan balik sebagaimana yang ADA.. Mula2 kita fana, fana ini binasa, penghujungnya baqa. Baqa ertinya kekalkan balik, ambil balik apa yang kita buang tadi.. Jadi sekarang ni ada tidak jasad kita? Ada itu sifat siapa? Cuba baca balik sifat 20.. Ada itu ertinya WUJUD.. WUJUD itu sifat siapa? Wujud itu sifat ALLAH.. Jadi kita ini ada atau tidak? Jawabnya ADA.. ADA itulah ALLAH.. Jangan mengaku pula kita Allah! Adanya kita itulah Allah.
Jadi pada hari ini, saya harap tuan-tuan semua fahamlah.. Jangan hanya sekadar berbicara sahaja, binasa, binasa, serah, serah.. Tetapi kita tidak tahu penghujung kepada binasa, kita tidak tahu penghujung kepada berserah.. Pada hari ini mula2 kita berserah, mula2 kita pulangkan, mula2 kita binasakan diri kita kepada Allah, tetapi penghujung nya, kita ambil balik, kita pakai balik, kita kumpul balik, kita cantum balik apa yg kita buang tadi! Adakan balik sebagaimana yang adanya kita sekarang ini! Tetapi ingat, setelah diadakan kembali, ADA itu sifat siapa? ADA itu sifat ALLAH.. Makanya setelah ALLAH ITU bersifat ADA, maka binasalah seluruh sekalian ALAM ini... Saya harap dengan penerangan yang ringkas ini, bolehlah tuan-tuan semua serba sedikit mengambil iktibar....
Jadi, saya ulang sekali lagi, apa maksud binasa.. Binasa ini ertinya pulangkan kepada Allah, kembalikan kepada Allah.. Tetapi ingat, penghujung binasa itu, adalah kumpul balik, cantum balik, adakan balik.. Mula2 kita serah kepada Allah, kemudian kita ambil balik.. Mula2 kita pulangkan kepada Allah, kita ambil balik.. Pakai balik, guna balik, sebagaimana yang sedia ada sekarang ini, tetapi ingat! Setelah diadakan balik, harus ingat, ada itu sifat ALLAH, setelah di adakan Balik, ADA itu sifat ALLAH. Setelah Adanya Sifat Allah, maka binasalah sifat adanya PADA makhluk.. Sifat ADA pada makhluk itu binasa, setelah ADA Sifat ALLAH, jadi penghujung Fana itu Baqa.. Penghujung nafi itu isbat.. Penghujung kepada binasa itu adakan balik, tetapi ingat! ADA itu Sifatnya Allah

No comments:

Post a Comment