*RISALAH TASAUF oleh TG Haji Daud Bukit Abal.*
*SIRI KEDUA*
*BISMILLAH 1*
Segala perkara yang salah dan kufur yang didapati akandia pada orang-orang melayu dan lain daripada mereka itu amat banyak, setengah daripadanya itu disebut akandia disini untuk jadi contoh dan dijaga akan nya supaya selamat ugama.
1. Nabi Muhammad s.a.w. itu Zat Tuhan, misalnya seperti garam ialah air laut bukan lainnya, berubah namanya itu kemudan daripada bekunya jua, ini iktikad kufur.
2. Zat Tuhan itu nafas Muhammad, sifat Muhammad itu nyawa kita, ini iktikad kufur.
3. Diri kita ini adalah tuhan dan Muhammad dan Adam, ini iktikad kufur.
4. Nabi Muhammad itu jadi Rasul di dunia, jadi tuhan di akhirat. Ini iktikad kufur.
5. Nabi Muhammad ini bukan sebenar, yang sebenarnya, yang satu lagi. Ini iktikad kufur.
6. Nabi Muhammad itu ialah tuhan. Ini iktikad kufur.
7. Sebenar aku itu sifat Muhammad, sebenar-benar Muhammad itu sifat tuhan. Ini iktikad kufur.
8. Nyawa aku tubuh Muhammad, nyawa Muhammad Zat tuhan, Zat tuhan sifat Muhammad, nyawa aku, akulah yang sebenar-benar Zat yang bernama Allah yang ku puji dengan kata, Lailaa Hua, maknanya tiada wujudku hanya wujud Allah. Ini iktikad kufur.
9. Tuhan itu memerintah makhluk, Allah itu memerintah akhirat. Ini iktikad kufur.
10. Batin insan itu Allah, lembaga insan itu Muhammad, rupa insan itu Adam. Ini iktikad kufur.
11. Sifat Allah SubhanahuwaaTaala itu ruh bagi Nabi Muhammad, sifat Muhammad s.a.w. itu ialah ruh bagi manusia, sifat manusia itu ialah ruh bagi binatang. Ini iktikad kufur.
12. Nabi Muhammad itu bergilir menghaib dengan Allah Taala. Nabi Muhammad menghaib dulu, maka tiada ghaib ia, Allah Taala kata kepadanya, tu tu. Kemudian Allah Taala pula menghaib, maka ghaib ia. Ini iktikad kufur.
13. Dekat nak mati itu nampak cerah yang amat cerah ialah Zat tuhan. Ini iktikad kufur.
14. Tuhan itu putih seperti kapas di busur. Ini iktikad kufur.
15. Nur itu Zat Allah, Nur itu Muhammad. Ini iktikad kufur.
16. Dekat nak mati Nampak cahaya atau nak sembahyang nampak cahaya. Maka itu ialah tuhan. Ini iktikad kufur.
17. Dipandang ketika hendak Sembahyang akan ruh dirinya hingga nampak tengok rupa itu terlebih baik daripada Sembahyang empat puluh tahun. Ini iktikad kufur.
18. Asyhadu itulah sebenar-benar syahadat. Syahadat itulah tubuh Allah, nyawa Muhammad, tubuh Muhammad nyawa aku, ghaib Allah dalam Muhammad ghaib Muhammad dalam aku. Ini iktikad kufur.
19. Muhammad yang sebenarnya itu Qadim. Adapun Muhammad berbini beranak ini bukan sebenar. Ini iktikad kufur.
20. Masa sehari semalam itu 24 jam maka Nabi 25 itu salah kerana tidak muwafakat dengan masa itu dan yang betulnya 24 jua. Dibuang akan Nabi Muhammad kerana ia bukan Nabi. Ini iktikad kufur.
21. Asyhadu itulah sebenar-benar syahadah. Syahadah itulah tubuh Allah nyawa Muhammad. Tubuh Muhammad nyawa aku ghaib Allah dalam Muhammad ghaib Muhammad dalam aku. Ini iktikad kufur.
22. Tuhan itu berupa dengan rupa manusia dan berpakai dengan pakaian hijau, berserban dengan serban hijau dan berkuda hijau. Ini iktikad kufur.
23. Allah, Muhammad, Adam itu satu kerana katanya Zat Muhammad itu sifat Allah dan Adam itu Afa'al Allah dan ketiga-tiga itu Qadim. Ini iktikad kufur.
24. Allah berada di diri seorang yakni HULUL @ Ittihad. Ini iktikad kufur.
25. Allah menjelma dalam sesuatu tempat dan di dalam orang yang elok rupanya. Ini iktikad kufur.
26. Anak mata itu ialah Allah. Ini iktikad kufur.
27. Roh @ nyawa itulah Allah. Ini iktikad kufur.
28. Roh itu daripada Nur Allah apabila berhubung Nur roh itu dengan Nur Allah nescaya bersatulah ia. Ini iktikad kufur.
29. Rupa insan itu alam. Lembaga insan itu Muhammad dan Batin insan itu Allah. Ini iktikad kufur.
30. Sebenar-benar insan itu nyawa, sebenar-benar nyawa itu Muhammad. Sebenar-benar Muhammad itu Allah. Ini iktikad kufur.
31. Allah itu berjisim, Allah itu banyak. Ini iktikad kufur.
32. Sebenar-benar insan itu Muhammad, sebenar-benar Muhammad itu insan, sebenar-benar insan itu rahsia, sebenar-benar rahsia itu wujud Allah. Ini iktikad kufur.
33. Muhammad bapa ruh, Ada bapa jasad, sekelian manusia daripada keduanya. Maka jadilah sekelian manusia itu Qadim pulang kepada wujud yang satu. Ini iktikad kufur.
34. Allah, Muhammad, berbual-bual kata Allah aku tua, kata Muhammad aku tua. Ini ilmu kebal bagi manusia. Ini iktikad kufur.
35. Zikir aku sebenar adalah Zat. Ini iktikad kufur.
36. Makna Laillah itu aku sebenar Zat Allah. Ini iktikad kufur.
37. Setengah mereka itu mengaku berjumpa Nabi & Nabi itu suruh zikir Zat iaitu aku sebenar Zat Allah. Jika iktikad ia sebagaimana zahirnya itu nescaya jadi kufur. Dan tentang keadaan itu Nabi dan zikir itu zat kedua-duanya itu subahat kerana zahirnya itu menyalahi syarak dan diambil akandia di alam (malakut) yang tiada padanya jaminan syarak maka tiadalah diterima akandia sebagaimana zahirnya itu hanya ditakwil akan subahat itu mengikut bagaimana kaedah ahli suluk iaitu keadaan katanya aku sebenar Zat Allah itu sebagai cermin untuk buat menilik dan buat mengambil gambar akan sifat-sifat yang di dalam hati salik itu. Seolah-olahnya hendak diberitahu kepadanya akan keadaannya hari-hari mengaku akan dirinya itu tuhan dengan sebab mengakunya berkhabar-khabarnya, ingatnya hari-hari, aku berbuat ini, aku berbuat itu, ini hak aku, itu hak aku, ini aku tahu, itu aku tahu, ini aku beri makan, itu aku beri makan, ini aku menyembah, itu aku menyembah, dan lain-lain lagi. Kesemuanya itu kosong hatinya itu daripada ingat padanya akan tuhan. Maka alangkah yang demikian itu sangat zahir mengaku ketuhanan sehingga timbul dalam cermin itu oleh akuannya itu dengan terang-terang, inilah setengah daripada merbahaya dan kerosakan orang yang masuk di dalam malakut dengan ketiadaan ada baginya Sheikh Murshid Murbi Arwah.
38. Nabi Muhammad itu dijadi daripada Nur Allah, jika diiktikad bersifat Allah Taala dengan nur yakni dengan cahaya dan diambil akan cahaya itu dibuat akan Nabi Muhammad s.a.w., nescaya jadilah ia kufur, kerana nur dengan makna cahaya itu sifat makhluk. Dan jika diiktikadkan dijadi akan Nabi s.a.w. itu daripada Zat Allah Taala atau daripada sifatnya barang mana sifatpun, nescaya jadilah ia kufur juga, kerana menunjuk ia atas berjuzuk zatnya dan perpindahannya jadi makhluk pula dan atas bercerai sifat daripada Zatnya.
39. Sekelian makhluk ini sifat Allah Taala, dijaga iktikad makhluk ini perbuatan Allah Taala maka perbuatan itu sifatnya maka yaitu betul kerana berbuat itu sifat yang harus bagi Allah Taala lagi Amrun Iktibari bukan Amrun wujudi. Dan jika diiktikad, bersifat Allah Taala dengan makhluk nescaya jadilah ia kafir kerana makhluk Allah Taala ini baharu lagi Amrun Wujudi maka mustahil bersifat Allah Taala dengan yang baharu lagi Amrun Wujudi. Dan pula bukanlah kesemua makhluk ini sifat, hanya setengahnya itu sifat dan setengahnya itu Zat, maka Zat itu tiada berdiri ia dengan yang lain sekali-kali hanya berdiri ia dengan sendirinya dan sifat yang tidak wujudiah itu bukan ia makhluk Allah Taala kerana ia Amrun Iktibari. Dan perkataan setengah daripada orang sufi, makhluk ini berdiri dengan Allah Taala itu bukan maknanya itu, makhluk ini sifat Allah Taala hanya maknanya itu, ada makhluk ini dengan mengadakan nya oleh Allah Taala, atau makhluk ini perbuatan Allah Taala.
40. Apabila masuk khalwat pandang huruf aliff dihadapannya hingga sampai kelangit dan pandang akan segala yang lain pula yang termaklum di sisi mereka itu berserta pandang satu cahaya jika nampak akandia kuning atau putih itulah Nur Muhammad. Apabila nampak cahaya Muhammad itu, maka dapat lihatlah satu cahaya lagi yang tiada boleh hendak sebut sifatnya itulah dia cahaya Nurullah.
*Jika iktikad begitulah rupa cahaya Allah Taala, nescaya jadilah ia kufur dengan dua perkara:*
1) Lihat tuhan, kerana barang yang dilihat sebelum mati ini bukan tuhan.
2) Tuhan itu berupa cahaya, kerana tuhan itu tidak berupa dan tidak bercahaya.
41. Ucapan setengah mereka itu, Lailahaillah, ghaiblah aku di dalam Nurullah. Jika diiktikadkan ada bagi Allah Taala itu sifat Nur dengan makna cahaya sehingga dapat seorang di dalamnya nescaya jadilah ia kufur kerana cahaya itu sifat baharu.
42. Perkataan setengan mereka itu, Tuhan itu tidak bersalahan jika dikehendaki dengan perkataan itu, tidak bersalahan tuhan itu dengan makhluk atau tidak bersalahan Tuhan dengan sama-sama Tuhan, nescaya dijadilah ia kafir, kerana menunjuk perkataan itu atas serupa Tuhan dengan makhluk dan atas berbilang-bilang Tuhan subhanaha waTaala.
43. Ada di sisi setengah mereka itu ilmu tak sembahyang yakni ilmu amalan yang gugur wajib sembahyang atas yang beramal akannya. Ini iktikad kufur.
44. Muqaranah setengah mereka itu, Allah menyembah, Allah bersembah, jika iktikad ia akan keadaan dirinya yang bersembahyang itu ialah Allah menyembah ia akan dirinya sendiri, nescaya jadilah ia kufur kerana mengaku dirinya itu Allah dan jika tidak iktikad begitu nescaya tiada sah sembahyang itu.
45. Sembahyang itu sembah Nur Muhammad. Ini iktikad kufur.
46. Sembahyang sembah diri iatu dekat nak sembahyang itu tilik kepada cermin kemudian takbir sembahyang, jika iktikad ia dengan sembahyangnya itu akan sembah dirinya tidak sembah Tuhan nescaya jadilah ia kufur.
47. Dipandang ketika hendak sembahyang itu akan ruh dirinya apabila nampak ia, maka takbiratul ihram ia dengan katanya, Allah, Muhammad bukan dengan Allah Akhbar dan niat beriman ia kepada rupa yang ia nampak itu bukan kepada iman yang zahir itu, kata setengah mereka itu sebelum nampak itu tidak wajib lagi sembahyang atas mereka itu kerana tak ada syarat wajib lagi. Ini iktikad kufur kerana menghalal akan sembahyang dengan ketiadaan takbiratul ikhram dan kerana menafikan wajib sembahyang sebelum nampak itu.
48. Sujud sembahyang itu sujud akan Adam. Ini iktikad kufur.
49. Rukuk sembahyang itu kucup pusat Nabi Muhammad atau sembah pusat Nabi Muhammad. Ini iktikad kufur.
50. Sembahyang itu tidak payah rukuk, sujud hanya memadai dengan niat sembahyang di dalam hati sahaja sebagai niat yang termaklum di sisi mereka itu. Ini iktikad kufur.
51. Jibrail tersilap bawa wahyu kepada Nabi Muhammad yang sebenarnya wahyu itu hendak dibawa kepada Saidina Ali. Ini iktikad kufur.
-------------------------------------
*RISALAH TASAUF*
Oleh:
Allahyarham Tuan Guru Haji Daud bin Haji Umar Al-Libadi, beliau ialah Murbi Arwah (Murshid) bagi seluruh ikhwan Tarikat Ahmadiah yang mengambil Talkin Zikir daripadanya. Meninggal dunia pada 1 Safar 1396 Hijrah bersamaan 1hb. Februari, 1976.
CnP Ayah Deen 🌹🌹🌹
No comments:
Post a Comment