Sunday 22 January 2017

APAKAH HIDUP INI....

APAKAH HIDUP INI HANYA SEKADAR MENJADI PELAKON DAN HANYA MELAKONKAN WATAK YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PENGARAH?
Orang mengatakan bahawa kita ini adalah PELAKON yang hanya melakonkan saja watak lakonan mengikut skrip yang telah ditulis oleh PENGARAH.
Terserah padamu!
Engkau boleh saja menjadi pelakon dan melakonkan watak mengikut skrip yang telah tertulis, jika itu yang engkau mahukan. Engkau sendiri yang memilih untuk jadi pelakon dan mengikut skrip yang telah ditetapkan. Itu fahamanmu, maka, itulah yang engkau pilih!
Namun, AKU ini bukan sekadar pelakon. AKU menulis skrip KU sendiri dan AKU menjadi pengarah dalam lakonan KU.
AKU mengatakan bahawa AKU ini adalah LAKONAN! Bukan sekadar PELAKON! Pelakon itu hanya sebahagian kecil dari aspek lakonan. Pelakon memang tertakluk kepada skrip dan pengarahan, tetapi LAKONAN itu meliputi hal KESELURUHAN, yang tidak hanya terhad kepada pelakon. Lakonan itu meliputi pelakon, meliputi pengarah, meliputi penulis skrip, meliputi krew pengambaran, meliputi penonton, meliputi perniagaan, meliputi kursus pembelajaran, meliputi hiburan, meliputi fikiran malah meliputi apa saja.
Fikirkan.....
Engkau menonton filem yang telah siap dilakonkan. Bagaimana mungkin engkau boleh mengubah cerita yang telah siap? Engkau tidak mungkin bisa menukarkan cerita yang telah siap itu jika engkau menganggap diri engkau hanya sebagai seorang pelakon di dalam filem yang telah disiapkan itu. Pelakon di dalam filem yang telah disiapkan itu hanya bersifat ‘halusinasi’ atau tidak wujud. Pelakon itu hanya wujud di dalam filem, bukan wujud realiti!
Namun, jika engkau SEDAR, nantinya engkau akan mengerti bahawasanya engkau itu juga adalah seorang PENONTON. Penonton yang meliputi hal lakonan. Jika engkau menginginkan, engkau bisa saja menukar cerita yang telah siap itu dengan membuat cerita baru. Untuk membuat cerita baru, perlu kepada proses pengambaran yang baru. Perlu kepada kos penerbitan yang baru, namun ianya masih tetap boleh dilakukan. Edit atau buang saja filem atau CD yang telah siap itu dan gantikan dengan cerita baru. Pokoknya, cerita itu masih tetap boleh ditukar walaupun prosesnya sukar!
Jika engkau tidak suka kepada pelakon di dalam filem yang telah siap itu, engkau bisa saja menggantikan dengan pelakon baru mengikut mahumu. Maksudnya, engkau adalah penonton yang bisa saja menjadi Pengarah, bisa jadi Penulis Skrip, bisa jadi Pelakon, bisa jadi Penerbit, bisa jadi Juru Kamera atau bisa jadi Penonton saja. Segalanya mengikut mahumu.
Contoh:
Engkau adalah PENONTON yang sedang menonton pertunjukan wayang kulit. Jika engkau menganggap diri engkau itu sebagai patung wayang kulit yang hanya dimainkan oleh Tok Dalang, maka engkau tidak mungkin bisa menukar cerita mengikut mahumu, kerana kesemua patung, dimainkan oleh Tok Dalang. Namun, jika engkau SEDAR bahawa engkau itu seorang PENONTON, maka engkau bisa saja mengubah cerita itu mengikut mahumu. Engkau bisa saja pergi ke tempat Tok Dalang dan menggantikan tugasnya. Engkau bisa saja jadi Tok Dalang jika itu yang engkau mahu!
Syaratnya, engkau perlu BERGERAK, BERUSAHA dan BERSUSAH PAYAH untuk menjadi Tok Dalang. Engkau mungkin perlu bergaduh, mungkin dimarah penonton lain, mungkin dicederakan dan dihalau keluar oleh pengawal atau mungkin saja engkau dibunuh atau terbunuh. Walaupun ia proses yang sukar, namun ianya masih boleh dilakukan!
Jika engkau menggunakan AKAL, nescaya engkau takut atau teragak-agak untuk melakukannya, kerana AKAL itu sering menimbang BOLEH atau TIDAK. Sering menimbang BAIK atau BURUK. Akal berfungsi mengikut rentetan pengalaman. Jika engkau tiada pengalaman menjadi Tok Dalang, nescaya akal engkau itu sukar untuk merealisasikan apa yang engkau mahu.
Bayangkan.....
Jika AKU ini adalah seorang GILA yang tidak menggunakan peranan akal. AKU naik ke pentas dan terus jadi Tok Dalang dan melakonkan lakonan mengikut kehendak Ku!
Ternyata, AKU boleh untuk tidak mengikut skrip Tok Dalang yang telah siap. Ternyata AKU bisa melakonkan mengikut skrip AKU sendiri.
Perlakuan Ku mungkin nampak gila di mata penonton manusia biasa, namun tidak pada Diri AKU!
AKU-lah si Gila yang mencorakkan lakonan Ku sendiri!
Makanya.....
Siapa bilang AKU hanya sekadar pelakon?
BENARKAH KITA INI HANYA SEBAGAI PELAKON YANG MELAKONKAN WATAK KEHIDUPAN MENGIKUT SKRIP YANG TELAH DITETAPKAN?
MANU-SIA diciptakan sebagai makhluk yang sangat sophisticated yang mempunyai segala kepandaian dan kreativiti. Jantung, Otak dan DNA adalah gadget-gadget 'build-in' di dalam jasad yang menyimpan pelbagai CODE tentang rahsia DIRI manusia. Jika kod-kod ini dapat di DECODE, kita mampu mengaktifkan TENAGA Diri (Roh) yang membolehkan kita menjadi MANU-SIA luar biasa (karomah), kerana sememangnya kejadian setiap Diri MANU-SIA itu 'by default' sudah diciptakan dengan pelbagai karomah. Malangnya, kita sendiri yang selalu lalai dan terlupa bahawa Diri kita ini terbina dari TENAGA berkaromah yang sangat sophisticated.
Ramai di antara kita mengatakan bahawa skrip kehidupan kita ini telah ditulis dan kita hanya menjadi PELAKON yang sekadar melakonkan saja watak-watak yang telah ditetapkan oleh PENGARAH. Benarkah?
KEHIDUPAN DALAM SKRIN
Engkau sedang menonton drama dari komputer atau Hand Phone (HP). Drama yang kelihatan di skrin HP itu ada pelbagai watak. Jika engkau menganggap bahawa Diri engkau adalah watak yang ada di dalam skrin HP itu, tentunya engkau tidak tahupun bahawa engkau sedang berlakon. Watak-watak itu tidak ubah bagai watak makhluk 'MATI' yang hanya wujud di dalam skrin HP itu sahaja. Watak-watak di dalam skrin HP itu tidak boleh berbuat apa-apapun kerana watak-watak drama dalam skrin HP itu sebenarnya hanyalah ilusi imej yang terhasil dari susunan cahaya yang dicipta melalui manupulasi prosessor dan gadget elektronik di dalam set HP. Segala imej yang terhasil di atas skrin HP itu adalah mengikut 'programming system' set HP berkenaan.
Jika kehidupan di dalam skrin itulah perspektif engkau, maka engkau memang tidak boleh berbuat apa-apapun dan engkau akan sentiasa 'terpenjara' di dalam skrin HP tersebut. Inilah dimensi kehidupan pasif, yang hanya menerima dan melakonkan saja watak-watak yang telah ditetapkan pencipta HP. Segalanya tertakluk mengikut skrip sistem pengaturcaraan dari pencipta HP tersebut.
KESEDARAN
Namun, jika engkau SEDAR, nantinya engkau akan tahu bahawa Diri engkau itu, bukanlah makhluk MATI yang hanya wujud di dalam skrin HP. Jika engkau SEDAR, nantinya engkau akan mengerti bahawa engkau itu adalah makhluk HIDUP yang tersangat canggih. Jika engkau SEDAR, nantinya engkau akan tahu yang kecanggihan Engkau itu boleh mengeluarkan Diri engkau dari skrin HP tersebut. Jika engkau berjaya mengeluarkan watak engkau dari hidup di DALAM skrin HP, nantinya engkau akan SEDAR bahawa ada kehidupan di LUAR skrin HP. Nantinya engkau akan SEDAR bahawa watak engkau bukan lagi tertakluk kepada skrip sistem pengaturcaraan. Jika engkau LALAI dan TIDAK SEDAR, engkau sendiri yang memilih untuk terus berada di dalam skrin HP dan berterusanlah engkau hidup menjadi watak watak yang terpenjara di dalam skrin HP itu. Maka berteruslahlah engkau menerima takdir mengikut 'programming language' atau skrip yang dicipta oleh pencipta HP.
KEHIDUPAN DI LUAR SKRIN
Bila berada di luar skrin HP, engkau ibarat berada di dalam suatu dimensi kehidupan yang lain. Ini adalah dimensi kehidupan yang sangat dinamik. Dalam dimensi kehidupan ini, engkau boleh saja menjadi penulis skrip bahkan engkau boleh saja menjadi pengarah jika engkau mahu. Sebagai pengarah engkau bisa saja menulis dan mengolah skrip bahasa pengaturcaran engkau sendiri.
Nah... Jika begitu, ternyata engkau bukanlah sekadar menjadi pelakon yang sekadar melakonkan watak-watak mengikut skrip yang telah ditulis. Ternyata engkau bisa saja menulis skrip engkau sendiri dan mengarahkan drama kehidupan mengikut kemahuan Diri engkau sendiri. Engkau bisa saja menjadi pencipta HP yang bisa memainkan apa saja skrip sistem pengaturcaraan yang engkau mahukan. Namun, engkau perlu belajar mencipta HP terlebih dahulu sebelum engkau boleh memanipulasi sistem HP. Ini bukan ilmu yang mudah, tapi bukan pula mustahil!
Bila engkau SEDAR, nantinya engkau akan mengerti bahawa menjalani kehidupan di LUAR SKRIN sebagai Pengarah/Pencipta HP itu juga, tidak bermakna jika tiada penonton. Pengarah memerlukan penonton untuk "MENYAKSIKAN" karya hasil pengarahannya. Apalah gunanya menjadi pengarah jika tiada penonton? Apalah gunanya menjadi pencipta jika tiada pengguna? Penonton itu merupakan hal yang sangat penting bagi pengarah, manakala pengarah merupakan hal yang sangat penting bagi penonton kerana tanpa pengarah, apa yang boleh ditonton oleh penonton? Tentunya si pengarah perlu melakukan kerja-kerja pengarahan, menghasilkan karya yang nantinya boleh ditonton oleh penonton.
Bila engkau makin memahami, nantinya engkau akan faham bahawa engkau bisa saja memilih dunia kehidupan engkau sendiri dan bisa saja memilih watak apa yang engkau mahukan. Engkau bisa saja jadi watak 'MATI' yang terbelengu di dalam skrin. Engkau boleh saja menjadi watak 'HIDUP' sebagai penulis skrip atau pengarah dan mengarahkan skrip kehidupan mengikut mahumu. Engkau juga boleh saja jadi Penonton yang hanya menonton segala karya si pengarah. Namun, jika engkau menjadi penonton, jadilah penonton yang SEDAR akan apa yang engkau tonton.
Engkau pilih saja apa mahumu. Inilah 'free will' atau Sunatullah (Undang-Undang Allah) yang diberikan kepada setiap MANU-SIA.
Namun, walau apa saja pilihanmu, engkau perlu sentiasa SEDAR!
KESEDARAN akan MENGENALKAN !!!
Perkongsian dari FB Tuan Shahibul Karib

No comments:

Post a Comment